Bab 2
Satu goyangan tangan dibahu menyedarkanku dari lena. Syarifuddin, teman yang baru ku kenali kira-kira hampir 9 jam yang lalu menyegih menunjukkan 32 mutiaranya yang tersusun rapi. “Awak…dah sampai dah…” ujarnya sambil senyum. Hish, murah senyuman sungguh! Kalau aku tergoda, sape nak jawab tu??
Aku yang baru tersedar terpisat-pisat memandang keliling. Beberapa orang yang sedang berjalan di ruang tengah bas tersekat-sekat menunggu penumpang di depan turun terlebih dahulu. Suasana di luar sana masih lagi gelap. Sekilas aku memandang jam Bum Equipment bertali emas di tangan pemberian Umi sempena ulangtahunku ke 19 tahun yang lalu. 5.30 minit pagi.
Sebentar kemudian aku kembali memandang Syarifuddin yang manis tersenyum. Aku membalas senyumannya lalu mengemaskan rambutku yang sedikit kusut itu. “Tadi saya dah kejutkan awak semasa nak sampai tadi, tapi… awak tak sedar pun” Si Syarifuddin yang peramah itu melanjutkan perbualan.
“Iye ke? Eeee… malunya saya!” Giliran aku pula menyengih. Malu menyelubungi wajah Charina. Rona merah mewarnai kulitnya. Mujurlah suasana pagi yang agak kelam dan suasana yang sejuk itu menyelamatkan dirinya.
“Maaflah, saya tak sedarpun.” Kami bangun dan berlalu turun untuk mengambil beg pakaian di perut bas.
Sewaktu aku berpusing untuk berlalu ke tempat biasa di tempat menunggu, rupanya Syarifuddin sedang berdiri tidak jauh di belakangku bersama sebiji beg sederhana besar dan sebuah beg sandang.
Sewaktu aku berpusing untuk berlalu ke tempat biasa di tempat menunggu, rupanya Syarifuddin sedang berdiri tidak jauh di belakangku bersama sebiji beg sederhana besar dan sebuah beg sandang.
“Tunggu sape, tunggu saya ke?” Soalku ramah, bergurau. Aku berjalan ke arahnya.
“Habis tu, nak tunggu tunggul kayu?” Syarifuddin berseloroh. “Awak balik ke Kampung Tikat, kan? Takpelah, kita tunggulah sama-sama kat situ sementara nak tunggu boyfriend awak datang ambik. Saya pulak tunggu isteri saya datang ambik. Apa salahnya kita berbual-bual dulu.”
Aku menjeling ke arah Syarifuddin yang berada di sisiku. Malas aku melayan perangai Si Syarifuddin yang tiga suku ini. Semenjak dari mula-mula berbual semalam, aku sudah dapat meneka yang Syarifuddin ini seorang yang peramah dan suka berjenaka.
“Saya balik dulu ya, Riff” Aku meminta diri 15 minit kemudian setelah Proton Wira yang dipandu ayah telahpun tiba. Syarifuddin mengangguk dan tersenyum.
“Jumpa lagi.” Aku sekadar berbahasa lalu mengangkat beg dan berlalu ke arah DAE 4851 yang sedang menunggu.
Satu ketukan perlahan kedengaran di pintu kamarku dan muncul Umi sejurus kemudian menyedarkanku daripada leka menatap gambar-gambar dari album yang terletak di kepala katilku yang comel ini. Umi pernah bercerita yang katil ini adalah hak milik arwah nenek, Nek Ya yang ditempah oleh arwah Atuk Li dari kayu jati sewaktu menyambut ulangtahun perkahwinan mereka 15 tahun beberapa tahun lalu.
Namun setelah mereka tiada, katil ini sudah tidak digunakan lagi. Jadi, daripada berhabuk terbiar, Abah memberi kebenaran kepadaku untuk menggunakannya bagi mengganti katilku yang dahulu. Setelah di varnish kembali, ia umpama katil baru yang amat menawan dengan warna kayunya yang berkilat begitu menyerlah. Aku menambah tiang di ke empat penjuru katil ini bersama lelangit berenda yang begitu indah dijahit oleh Umi mengikut citarasaku.

Umi berjalan lembut menghala ke arah katilku lalu duduk di sisi katil. Dia membawa sebungkus bungkusan di tangannya lalu menghulur ke arahku. Aku bingkas merendahkan suara stereo.
“Apa ni Mi?” Pantas tanganku membuka plastik itu. “Eh, lawanya baju kebaya ni. Untuk Erin ke?” Umi tersenyum dan mengangguk.
“Cuba pakai, Umi nak tengok”
Aku mencuba kebaya labuh kain lace berwarna kuning air yang bermanik indah itu dan menggayakannya di depan Umi.
Aku mencuba kebaya labuh kain lace berwarna kuning air yang bermanik indah itu dan menggayakannya di depan Umi.
“Haa… lawa pun anak Umi. Dah boleh kahwin dah.” Umi berseloroh. Dia merenungku seketika. “Takpe la… Umi keluar dulu, ada kerja di dapur… tapi Umi nak minta Erin pakai baju ni tengahari esok, ya.”
Dahiku berkerut.
Dahiku berkerut.
“Eh, kenapa pulak Umi?” Soalku pantas, hairan dengan permintaan Umi itu. Umi tersenyum tanpa menjawab. Ish, confuse aku….. Bakpo lagu ni nih? Bakponyo Umi? Umi berjalan keluar tanpa menjawab. Aku mengekori Umi dengan kebaya yang masih tersarung di badan sambil merengek meminta penjelasan.
“Nanti Abah balik dia cerita” putus Umi akhirnya.
Aku mengeluh kecil kemudian berlalu ke bilikku. Apakah ada rahsia di antara Umi dan Abah? Pertanyaan itu berlegar-legar di kepalaku sepanjang petang itu.
Penjelasan dari Abah tentang pertunanganku dengan seorang anak rakan karibnya sesungguhnya memeranjatkanku. Serasa mataku sarat dengan bintang-bintang. Aku tidak menduga dan tidak pernah terlintas di hatiku yang aku akan bertunang pada keesokan harinya atau lebih tepat lagi pada tengahari esok. Dan aku juga tidak menjangka yang aku akan bertunang dan menamatkan alam remajaku sebegini cepat.

Telah seminggu aku pulang ke bandar ini, namun tiada seorang pun yang bercerita akan perkara ini kepadaku. Atau mereka sememangnya sengaja tidak mahu memberitahuku. Entahlah….
Mengikut penjelasan Abah, Majlis Perkahwinanku akan berlangsung setahun selepas Majlis Pertunanganku yang akan berlangsung pada tengahari esok. Ini bererti aku akan berkahwin dalam pertengahan Mei tahun depan. Menurut Umi, pihak sebelah sana mahu kami bernikah selepas tiga bulan kami bertunang, tetapi Abah dan Umi meminta dilanjutkan lagi agar aku dan pasanganku lebih bersedia. Oleh itu, mereka sama-sama sepakat untuk melangsungkan perkahwinan kami setahun lagi.

Aku tunduk membisu. Air mataku hampir menitis tetapi aku cuba mengawalnya agar ia tidak tumpah di hadapan kedua ibu bapaku ini. Aku tahu, tiada gunanya aku membantah. Semuanya sudahpun diatur rapi oleh keluarga kedua belah pihak, cuma tuan empunya diri sahaja yang masih belum mengetahuinya, ataupun baru sahaja mengetahuinya seperti aku ini.
Namun jauh di sudut hati, aku berasa sedikit terkilan dengan tindakan Umi dan Abah kerana tidak sedikit pun meminta kebenaran daripadaku, atau paling tidak pun, meminta pandangan dariku selaku tuan empunya diri yang akan tunangkan dan seterusnya juga yang akan diakad nikahkan.
Meskipun begitu, aku pasrah dengan pilihan Umi dan Abah ini. Aku percaya setiap ibu bapa inginkan kebahagiaan ke atas anak-anak mereka. Dan aku juga berharap agar pilihan kedua orang tuaku ini sudi dan ikhlas menerimaku sebagai isterinya. Bukannya menerima kerana paksaan daripada orang tua.
Umi, Abah dan Abangku, Chairul Azlan sibuk berbincang mengenai perancangan majlis keesokan hari, sementara Rini, adikku itu menyibukkan diri menumpang sekaki mendengar dan menyampuk perbualan orang-orang dewasa itu.

Aku bingkas bangun setelah menyedari tidak mengapa jika aku berbuat demikian. Rini pula terus mengekori aku ke bilik setelah melihat aku berlalu. Aku membuka stereo dan mencari channel Manis FM, satu-satunya stesyen swasta yang beroperasi di Kelantan sahaja.
Rini yang baru sahaja melabuhkan punggungnya ke tilam empuk di katilku bangun mengambil botol comel berisi gula-gula yang berada di atas almari di sudut bilik. Setelah mengambilnya beberapa biji dan mengunyahnya, dia kembali melemparkan badannya yang lampai itu ke atas katilku.
Aku bergerak ke sisi almari pakaian dan mengambil sebuah majalah Jelita yang berada di atas rak buku-buku cerita dan majalah yang tersusun rapi.

“Kak… Abang Arie tu handsome la kak…..” Suara Rini sambil memasukkan sebiji lagi gula-gula hudsons ke dalam mulutnya.
Aku tersenyum nipis. Tanganku ligat membelek majalah. Tadi, sewaktu Umi mengunjukkanku sekeping gambar, mungkin gambar bakal tunanganku, aku menolak lembut. Buat sementara ini biarlah ia menjadi rahsia kepadaku. Aku masih belum bersedia untuk melihatnya. Apabila tiba masa dan ketikanya, akan aku ketahui juga akhirnya. Pasti.
“Kak… Rini tahu Kakak tak suka kan dengan pertunangan ni. Tapi, apa boleh buat, mak dan ayah Abang Arie yang bersungguh benar nak menyatukan Kakak dengan Abang Arie tuh. Mula-mula tu, Umi ngan Abah nak tanya pendapat Akak dulu, tapi…. entahlah… Rini pun tak tau…….” Panjang celoteh adik bongsuku ini. Aku memandang wajah adikku yang berusia 16 tahun ini.
“Entahlah Rini…. Kakak pun tak tahu nak cakap apa.” Lemah aku bersuara. “Tapi…. Kakak rasa macam tak percaya yang Kakak dah nak kahwin. Kakak rasa semacam Kakak dipaksa berkahwin. Entahlah…. Semuanya berlaku sekelip mata. Terlalu pantas.” Akhirnya terluah juga perasaan yang terpendam di lubuk hatiku.
“Sampai Kakak rasa semacam Kakak nak aje bantah pertunangan ni. Tapi Kakak tak mampu. Kakak percaya niat Umi dan Abah baik. Semua orang tua mahukan kebahagiaan ke atas anak-anak mereka.” Luah Charina tulus. Sebentar dia menentang wajah adiknya dan kemudian kembali memandang majalah yang terbentang di hadapannya.
Charini memandang wajah kakaknya yang bersih. Dia bangun dari katil dan berjalan perlahan menuju ke kerusi yang diduduki kakaknya.
“Kak…. Rini percaya Umi dan Abah tau apa baik dan buruknya keputusan yang mereka ambil.” Ucap Rini lembut. Tangannya erat menggenggam bahuku seolah memberi semangat. Dan aku membalas genggaman itu. Erat.
“Apalah Kakak ni… orang lain kalau nak kahwin gembira memanjang je, Akak ni… sedih plak…! Ish, tolak rezeki betul!! Kalau Si Teja anak Mak Long Zizah tu tentu dah melonjak-lonjak tak sabar mintak maknya kahwinkan dia segera.” Rini kembali kepada perangai asalnya yang kepoh itu.
Sambil mulutnya yang becok itu bercakap berserta aksinya sekali. Macam budak tak betul saja. Terlonjak-lonjak macam kera. Aku tergelak kecil. Aku cuba membayangkan karenah Teja jika dia di tempat aku. Mesti terlonjak-lonjak kesukaan bila dia tahu akan dikahwinkan.
Sebelum ini sudah tiga kali dia bertunang dan tiga kali juga putus tunang. Dan setiap kali pertunangannya itu, mesti kepoh mulutnya bercerita kononnya bakal suaminya itu orang beradalah, anak Dato’lah, cucu Rajalah dan entah hapa-hapalah….. tambahan lagi jika pemuda itu berwajah tampan…. Hmmh…. Makin naiklah toncangnya tu… Kalau jalan tu, asyik mendabik dada aje. Entahlah, apalah nak jadi dengan dua pupu ku yang seorang itu. Sekarang umurnya baru menjangkau 22 tahun sudah sibuk benar mencari teman sebagai ganti. Hari ini dengan si A, esok pulak dengan si B, lusa pulak dengan si C. Takut benar jika digelar andartu. Hmmh, yang seorang ni pulak, orang nak kahwinkan, macam tak suka pulak. Manusia….. manusia….. tidak pernah bersyukur dengan apa yang ditentukan !
“Kak nak tau, Abang Arie tu handsomelah Kak….. Rini dah tengok gambar dia yang mak ayah dia bawa arie tuh. Dengarnya, terror jugak dalam bab-bab agama nih…. Jangan alim-alim kucing dah le ya, Kak… he… he…."
"Fuh, kalaulah pakwe Rini handsome macam tuh…..” mulut Rini terus merepek-repek tetapi tidak aku hiraukan.
Aku membaringkan badanku ke katil dan menutup mukaku dengan bantal kecil yang beropol-ropol indah itu. Tidak lama kemudian aku hanyut dibuai mimpi.

No comments:
Post a Comment