Thursday, February 22, 2007

Novelku ... Give a Try to baca.. heheh...


Bab 1



Suasana sunyi dan tenang sewaktu mendengar kuliah Undang-undang Perniagaan dan Komersil dari Prof. Madya Dr. Shahabudin kira-kira sejam yang lepas mulai bertukar. Masing-masing mulai riuh dan sibuk untuk berjumpa dengan ahli kumpulan kertas kerja yang baru sahaja diumumkan oleh pembantu Prof. Madya Dr. Shahabudin sebelum kelas berakhir tadi.
Charina cepat-cepat mengemaskan nota-nota kuliahnya dan berjalan pantas menghala ke arah pintu Dewan Kuliah 1 yang luas itu meninggalkan suara-suara yang semakin membingitkan. Tangannya sudah pun memulas tombol pintu apabila dia terdengar satu suara memanggilnya jauh dari belakang. Tidak perlu dia menoleh untuk melihat siapa kerana dia kenal suara itu adalah milik Anita, rakan karibnya yang ditinggalkan secara tergesa-gesa tadi.
“Hei, Rin… Rin… tunggu sekejap” panggil Nita sambil mengejar Charina. “Hish, Erin ni…. Erin… Rin…” panggil Nita sambil mempercepatkan langkahnya.
Charina yang sudah di muka pintu berpaling sambil bercakap melawan arus suara yang amat riuh rendah itu kerana kira-kira lebih 100 pelajar di dalam Dewan Kuliah 1 itu yang sibuk mencari ahli-ahli kumpulan masing-masing.
“Nita… Sorry, aku nak cepat nie… adahal sekejap. Err.. pasal group kita tu.. nanti aku call Si Saiful tanya dia bila kita nak discuss, atau… nanti aku singgah kat bilik kau karang…” Habis bercakap Charina terus berlalu kerana dia sudah terlewat untuk menghadiri perjumpaan ahli pementasan drama yang disertainya kerana kelas yang berakhir agak lewat. Langkahnya diatur secepat mungkin, dan sesekalinya dia berlari-lari anak sambil memegang erat buku-bukunya agar tidak terjatuh. Nasib baik Panggung Percubaan, tempat mesyuarat itu agak berhampiran dengan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, fakultinya.
Charina tiba di foyer Panggung Percubaan lewat 20 minit daripada masa yang dijanjikan. Hampir kesemua mata memfokus ke arahnya kerana kedatangannya secara tiba-tiba itu membuatkan perbincangan yang telahpun bermula terhenti seketika. Charina menghadiahkan senyuman nipis kepada semua yang ada sebagai tanda memohon kemaafan di atas gangguan itu. Sebelum sempat dia meminta maaf, satu sindiran dari seorang ahli telahpun dilepaskan ke arahnya.
“Lina… lain kali, kalau dah lewat macam ni. Baik jangan datang terus…. Mengganggu konsentrasi orang sahaja…” Keras suara yang keluar dari mulut Shahrul yang berada di sebelah kanan Foyer Panggung Percubaan itu. Hati Charina tersentak. Dia tahu, sindiran itu ditujukan khusus buatnya tetapi Si Shahrul sengaja menggunakan nama Darlina untuk melepaskan sindirannya itu.
“Baru saja nak join berlakon, dah buat hal. Hari ni 20 minit, besok…. ntah-ntah 2 jam pulak yang lewatnya” sambung Si Shahrul lagi dan sebelum dia menyambung kuliah tidak rasminya, Charina telah mendahului untuk mematahkan kata-katanya.
“Maaf, saya bukan sengaja nak melewatkan diri, tapi…. kelas tadi tamat 10 minit lewat.” Pantas dan lancar Charina bersuara lalu berjalan memasuki kelompok dan duduk di sebelah Putri Mawarni yang kosong. Mukanya merah menahan malu. Dan Putri menepuk-nepuk perlahan bahu Charina sambil menghadiahkan senyuman manis.
“Sabar Rin…. Dia jarang macam tu.. hari ni ntah camane baran semacam jer… mesti baru gaduh dengan awek dia tu….” Bisik Putri sambil menepuk pahaku perlahan. Aku membalas senyumannya tawar dan mengangguk kecil.
“Hish, kalau ya pun awak tu bergaduh dengan awek, pandai-pandailah control ‘temper’ tu…. Takkan gaduh ngan awek, orang lain yang nak di marahnya…” Aku membebel sendiri. Putri yang di sebelah tersenyum mendengar bebelanku. Helleh! macam dia sorang je yang ada awek. Uweek !! Nak muntah aku !!!
Selepas itu kami tekun mendengar taklimat daripada Shidi, pengarah drama ‘Seribu Gunung Tujuh Lautan’ ini. Sehingga kini, para pelakon masih belum diserahkan watak. Kami hanya diberi skrip terlebih dahulu dan watak-watak itu akan diketahui pada petang keesokannya. Apa watak sekalipun yang akan diperolehi aku berserah, yang penting penglibatanku ini boleh mengisi masa-masa lapangku dengan perkara yang berfaedah dan sesungguhnya minatku yang terpupuk semenjak dari bangku sekolah lagi ini terisi. Lebih kurang sejam setengah kami berbincang, akhirnya kami bersurai setelah berjanji untuk berjumpa untuk berlatih pada keesokan petangnya.

“Oh… di sini kau rupanya….”
“Eh…, kau Nita… apahal?” Soal Charina sambil mengurut-urut dadanya, terkejut! Beberapa orang rakan yang turut sama berada di bilik TV itu berpaling ke arah kami sebentar dan kemudian kembali menonton Mega Movie yang ditayangkan di layar TV. Charina membelek-belek majalah Remaja yang dipegangnya dari tadi sambil menunggu penjelasan dari Anita.
“Takde apa, cuma…. semasa aku panggil kau tadi… yang kau kelam kabut sangat tu apasal?” Soal Anita bersungguh ingin tahu.
Sebenarnya selepas tamat mesyuarat pementasan drama petang tadi, aku terus balik ke bilik tanpa singgah di blok Anita yang terletak bersebelahan dengan blokku seperti yang dijanjikan. Kami tinggal di kolej yang sama., Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) tetapi berlainan blok. Di kolej ini terdapat 5 blok kesemuanya, 2 blok perempuan dan 3 blok lelaki dan ura-ura yang tersebar di kalangan warga KOSASS kebelakangan ini mengatakan pada semester hadapan akan berlaku perubahan di mana ia akan bertukar kepada 3 blok perempuan dan 2 blok lelaki.
Sebelum itu, aku sempat menelefon Saiful, ketua kumpulan untuk Kertas Kerja Commercial Law kami, dan aku diberitahu akan tugasku dan waktu perjumpaan kami yang seterusnya. Tidak larat rasanya aku untuk mendaki tangga untuk ke bilik Nita yang berada di tingkat 3 itu. Niat di hati, sekejap lagi untuk ke biliknya, tetapi nampaknya Nita dulu yang datang mencariku.
“Oh, I see…. Takde…. Semasa aku keluar ke tandas tadi semasa take five tu… Razmie jumpa aku, dia kata ada mesyuarat kilat untuk pelakon-pelakon drama untuk Hari Keluarga Fakulti kita nanti. So, that’s whylah…. Aku terlupa nak cakap kat kau tadi….”
“Hmmh, kau nie memanglah… kesian aku kena jalan balik sorang-sorang tadi tau.” Adu Nita manja.
“Hek eleh…. Macam tak biasa ….. Dah ada orang offer nak ambik hantar, sombong!” Aku mengenakannya dalam baik. Nita mencebikkan mulutnya. Aku tau Hadi, rakan sekuliah kami berminat untuk menjadikan Nita sebagai makwenya tetapi Nita sering mengelak dengan bermacam alasan. Mungkin dia belum bersedia ataupun mungkin juga dia sudah ada seseorang yang bertakhta di hatinya kini. Itu aku tidak pasti kerana meskipun agak rapat, namun kami kurang mendedahkan rahsia hati kami berkaitan soal cinta. Mungkin belum masanya.
Lagipun, pada pandanganku aku malu digelar perasan jika kita menceritakan hal tersebut. Soal peribadi dan cinta adalah privacy. Lainlah jika rakan-rakanku mahupun Nita melihat sendiri apabila ada senior ataupun rakan sekuliah yang cuba mengurat di hadapan mereka. Itupun sekadar berakhir dengan usik-mengusik sesama sendiri. Maklumlah, mulut tempayan boleh ditutup, namun mulut manusia siapa yang boleh menutupnya melainkan si empunya diri. Entahkan cerita yang sejengkal ditambah menjadi sedepa, yang sedepa pulak ditambah menjadi berjela-jela. Sudah-sudahnya semua fakta dalam cerita itu karut semata.
“Eh, Nita… nak tau… tadikan Si Shahrul tu sindir aku sebab aku sampai lewat semasa mesyuarat tu… Malu gila aku. Ada ke patut dia marah aku depan-depan semua orang tu. Nasib baik dia tu Penolong Pengarah. Kalau tak nak juga aku melawan balik. Putri cakap dia gaduh dengan awek dia…. Tapi ter ‘melepas’ geram kat aku plak….”
“Eh, apasal gaduh ngan awek tapi lepas geram kat orang lain. Gilo apo Si Shahrul tu?” Suara kami yang kuat itu menarik perhatian rakan-rakan yang berada di situ.
Beberapa Senior yang berada di situ menjeling-jeling kami. Setelah menyedari kami mengganggu konsentrasi mereka terhadap cerita itu, aku mengajak Nita ke bilikku di tingkat 2. Sambil berjalan kami berbual-bual rancak.
“Rin… tadikan, Si Andartu tu sekat aku kat biliknya bila aku hantar jawapan Tutorial 4 di bilik dia tadi. Ada ke patut dia kata aku ciplak esei Business Culture tu 100% dari buku… dari buku apa tu?” Soal Nita padaku, mungkin dia terlupa judul buku yang dia pinjam dari library untuk membuat assignment Cross-Culture beberapa minggu lepas.
“Entah…. Aku pun lupa….” Ucapku senang.
“Ha ah... buku entah…. aku pun lupa…….eh….”
Aku ketawa. “Apalah kau ni Nita…. Muda-muda lagi dah melatah…”
Anita bercekak pinggang sambil memasamkan mukanya. “Rin… aku marah ni, tahu?” Ujar Nita padaku, bergurau! Mukanya yang manis itu sengaja dimasamkan.
“Iyo la tu, makcik….” Ujarku lalu mencuit pinggangnya yang ramping itu.
Anita yang kegelian terus mengejarku dan aku berlari pantas ke muka pintu bilik yang ternganga luas. Terperanjat teman sebilikku, Syikin dan Yati yang asyik berborak itu. Tidak lama kemudian, Anita tiba dengan nafas yang tercungap-cungap.
“Eee… budak berdua ni kenapa ni…. Apa yang dikejarkan ni….?” Suara Syikin, confuse dengan keadaan kami yang kepenatan.
Roommatesku yang seorang ini merupakan rakan sefakultiku, tetapi berlainan course, aku mengambil Bacelor Pentadbiran Perniagaan sedangkan Syikin mengambil Bacelor Perakaunan. Sekarang dia dan aku berada di semester dua di UPM ini. Umurnya juga telah menjangkau 24 tahun, empat tahun melebihi usiaku sendiri. Namun, pada pertemuan kami kali pertama dulu, aku menjangkakan umurnya sebayaku. Mungkin rupa dan sikapnya yang periang dan masih keremajaan. Rupanya Yati yang sebaya denganku juga beranggapan sama sepertiku. Yati juga berada di semester kedua di dalam Bacelor Sains Pembangunan Manusia. Syikin merupakan oversea student, di mana dahulunya dia belajar di University of Wales di England, tetapi akibat masalah kesihatan, dia balik ke tanah air dan kembali menyambung pelajaran di sini untuk tempoh selama setahun setengah sahaja iaitu selama tiga semester sahaja. Ini bermakna semester hadapan merupakan semester akhirnya.
Syikin yang berasal dari Johor ini memang bijak orangnya. Sepanjang dua semester dia di sini, resultnya sentiasa melebihi 3 pointer. Satu tahap pencapaian yang sering menjadi impian pelajar-pelajar di universiti. Namun, jika seseorang pelajar itu mencapai pointer 3.5 ke atas, mereka akan diberikan satu anugerah khas yang dipanggil Anugerah Dekan. Sementara Yati berasal dari Terengganu dan aku sendiri berasal dari Kelantan. Anita pula berasal dari Pahang. Sementara seorang lagi rakan sebilikku ialah Kak Azlina yang berasal dari Melaka. Setelah penat berborak dan meminjam nota Finance aku, Nita beransur pulang dari Blok Napuh ini dan menuju ke bloknya, Blok Pelanduk.




Suasana semakin hangat. Masing-masing mula menyingsing lengan baju.
“Lin… cakap tu biar beralas sikit!!”
“Apa? Tak betul lagi cakap Lin tu? Kakak rapat dengan Azri tu kerana kakak gilakan harta bapaknya, kan?” Tekan Azlin keras.
“Cakap tu biar baik-baik sikit. Cakap siang pandang-pandang , cakap malam biar bersuluh….” Belum habis kakaknya bercakap Azlin sudah menjampuk.
“Cakap Lin tu dah memang baik dan dah pun diakui oleh Unilever, Kak…” Sindir Azlin lagi. “Hah, sekarang ni kakak rapat dan keluar pulak dengan Zaimie… yalah, siapa tak kenal, Zaimie tu kan anak Pengarah Urusan Megah Corporation. Tentulah loaded, kan Kak…..” Sindirnya lagi. “Dah banyak Akak kikis duit dia? Dah habis maruah Akak dia robek…?!!”
“Lin….”
"Akak ingat telinga saya ni tak sakit… hati saya ni tak pedih bila orang cakap kakak saya sundal…. Gila harta… Malah saya pun turut dituduh sundal. Apa kakak ingat saya tak ada perasan malu….." Suara Azlin kian meninggi.
"Lin….," bergetar suara Normi menahan sabar, namun akhirnya….
“PAP!!” Satu tamparan singgah keras ke pipi Azlin. Azlin menangis pilu dan selepas menampar Azlin, Normi bergegas ke pintu bilik dan berlari keluar sambil menahan tangis.
"Maafkan Akak, Dik… Akak tak sengaja… Akak terlalu ikut perasaan…..," rintih Normi di dalam hati. Bahunya terhenggut menahan tangis namun akhirnya empangan airmatanya yang tertahan dari tadi turut pecah.
“CUT!!”
“Excellent… latihan kita tamat di sini saja. Besok sambung lagi.” Ucap Shidi selaku tukang arah dan mula berlalu.
“Waa… reallah lakonan kau tadi, Rin..” puji Putri kagum.
“Ya ke? Terima kasih… Agak-agak boleh menang award, dak?” Ucapku bergurau! Sambil mengelap mukaku yang berpeluh, aku berjalan ke bilik persalinan. Sesaknya…!! Di dalam pementasan drama ini aku berlakon sebagai Normi, kakak kepada Azlin yang dilakonkan oleh Darlina. Drama bercorak kekeluargaan ini akan dipersembahkan pada Hari Keluarga fakulti kami kira-kira dua minggu lagi, dan dengar khabarnya pihak fakulti akan mencalonkan drama ini sebagai calon ke pertandingan drama antara fakulti di UPM ini. Dan kumpulan drama yang menang pula akan dihantar mewakili UPM untuk pertandingan drama antara universiti kelak.
Setelah siap berpakaian aku melangkah keluar untuk pulang. Bersendirian. Boringnya…. Pelawaan dari Zali untuk menghantarku pulang dengan Cagiva Mitonya sebentar tadi aku tolak dengan baik meskipun dia beria-ia benar untuk menghantarku. Sebenarnya aku tidak mahu terhutang budi dengan sesiapa pun, terlebih lagi jika dia itu adalah insan bernama lelaki.
Seboleh mungkin aku tidak mahu terhutang budi dengan mereka kerana aku takut kalau-kalau budi yang mereka curahkan tidak terbalas olehku. Entahlah, setiap orang mempunyai prinsip mereka yang tersendiri, tetapi ini adalah prinsip diriku!
Baru saja aku melangkah beberapa langkah meninggalkan Panggung Percubaan itu, satu deruman enjin motosikal yang laju menuju ke arahku dari belakang. Aku cepat-cepat berjalan ke sisi jalan. Takut dirempuh atau terlanggar. Rupa-rupanya Shahrul yang menunggang motosikal TZM miliknya melepasiku meninggalkan kepul-kepul asap yang memutih di sekelilingku.
Aku menggelengkan kepala perlahan. Hairan dengan sikapnya itu. Apa la yang disakitkan hati sangat pada aku ini, aku pun tidak tahu. Semalam, dia menyindirku. Sedangkan hari ini, sepatah haram pun tidak ditegurnya aku sedangkan dengan rakan-rakan yang lain, dia nampaknya amat mesra bergurau senda. Cuma kami hanya berdialog di dalam drama sahaja kerana kami telah dipasangkan sebagai pasangan kekasih. Dan sebagai pasangan kekasih kami terpaksa berpura-pura mesra, berpegangan tangan di mana itu semua hanya menyakitkan hatiku sahaja.
Tetapi aku sesungguhnya terpaksa untuk senyum kepadanya, bertentangan mata dengannya, dan ketahuilah sesungguhnya hatiku amat jengkel terhadap semua itu. Untuk menolak watak itu, aku sudah tidak punyai keberanian kerana beberapa jam yang lalu aku telah di ‘brain wash’ oleh beberapa pelakon senior yang terbabit. Kononnya baru berlakon dah berlagak, dah pandai demand ! Aduh, sakitnya hatiku apabila mendengar semua itu. Tetapi dalam masa yang sama hendak juga aku tergelak apabila dikatakan demand…. Hik!hik! Macam pelakon-pelakon terkenal jer, nak demand ttuu wa cakap lu… hik! hik!
Ketika aku melalui Fakulti Ekologi on the way pulang ke kolej, dari jauh aku ternampak Shahrul sedang bercakap-cakap dengan seorang gadis, makwenya mungkin! Apabila aku semakin mendekati untuk melalui kawasan itu, aku terpandangkan wajah si gadis yang masam mencuka sementara mulut Shahrul yang terbuka tertutup dengan suara perlahan. Mungkin tengah memujuk. Apabila semakin hampir aku cuba tidak menghiraukan merpati sejoli yang sedang berdiskusi itu…. atau dengan lebih tepatnya…. sedang bertengkar!!
Namun aku pasti, mata Shahrul memfokus tajam ke arahku sewaktu aku melewati mereka. Eeee…. budak jantan sekor ni… apaaalah salah aku …. Tapi… lantaklah… suka hati kaulah Shahrul, asal aku tak buat apa-apa dosa kat kau….dah….!!


Peperiksaan akhir untuk semester pertama ini sudahpun berakhir kira-kira 5 jam yang lalu dengan berakhirnya kertas terakhirku, Decision Making, MGT 2112 ini. Ketika ini aku sedang bersiap-siap untuk ke Pasar Malam di Seri Serdang kerana sudah berjanji dengan Sheeda, floormateku yang mempunyai sebuah Proton Iswara Aeroback pemberian kedua orang tuanya. Aku apalagi, orang dah ajak….. Kecil tapak tangan, Padang UPM aku tadahkan…. Lagipun besok aku akan berangkat pulang ke tanah kelahiranku nun di Kelantan, Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Hampir sepetang aku menghabiskan masa mengisi barang-barangku ke dalam kotak untuk disimpan ke dalam ‘pantry’ kerana bilik yang ditinggalkan perlu dikosongkan. Hmmh….




No comments: