Wednesday, February 28, 2007

~EighT~



Bab 8

"Charina Shafini, ada orang nak jumpa di bawah sekarang….," terdengar laungan dari seorang siswi dari tingkat bawah. Charina yang sedang enak menonton siaran drama bersiri kantonis Cina itu tersentak apabila mendengar namanya dilaungkan. Dia bergegas mendaki anak tangga menuju ke arah biliknya yang berada di tingkat dua untuk mengenakan baju yang lebih kemas dan membetulkan keadaan dirinya sebelum bertemu tetamunya itu. Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya itu, dia melangkah turun ke foyer blok.
Charina menduga Farid yang ingin menemuinya memandangkan dia sering ke mari menemuinya, meskipun kadang kalanya tanpa sebarang sebab , hanya sekadar untuk melepas rindu, begitulah alasan yang sering Farid utarakan apabila dia melarang Farid dari berkunjung menemuinya di KOSASS ini.
"Tak manis," begitulah alasan dari pihak Charina pula apabila Farid meminta sebab kenapa dia dilarang ke mari. Selain itu, dia bimbang sekiranya makwe Farid cemburu melihat perhubungan antaranya dengan Farid yang semakin intim itu. Tetapi Farid sering mengatakan dia tiada kekasih hati dan sedang mencari.
"Huh, lelaki…. Sering menafikan diri sudah berpunya, semata-mata untuk mencari koleksi lain…," itu pendapat Charina, tetapi dia tahu tidak semua lelaki bersikap sedemikian. Tetapi kalau-kalaulah yang tidak semua itu terkena kepada salah seorang daripada rakan-rakan lelaki yang merapatinya itulah yang ingin dia hindari. Lagipun, dia pernah melihat Farid bersama-sama seorang pelajar perempuan yang bertudung di food court beberapa hari yang lepas. Amat mesra sekali perlakuan mereka berdua. Sebelum itu dia terlihatkan Farid bersama gadis lain yang tidak bertudung dan agak seksi.
Tepat dugaannya apabila dia melihat Farid yang sedang releks di sebuah kerusi yang berada di foyer blok Napuh itu. Demi sahaja melihat Charina, Farid tersenyum manis sambil bangun menghampiri Charina yang berjalan menuju ke arahnya.
"Hai., Cik Charina Shafini… kenapalah setiap kali saya memandang Tuan Puteri semakin hari semakin jelita?" Mulut manis Farid mula menjalankan tugasnya seperti selalunya. Charina hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan.
"Hai Tuan Putera, kenapa setiap kali kita bertemu hanya ungkapan itu yang sering dikau lontarkan kepadaku? Apakah itu semua itu adalah ikhlas atau atas dasar membodek, mengampu, ambil hati atau perbuatan-perbuatan yang sama waktu dengannya?" Suara Charina pula membalas gurauan Farid tadi.
"Apakah kedatangan Tuan Hamba ini hanyalah semata-mata untuk memuji kecantikan hamba sahaja?" Sambungnya lagi.
Farid tergelak-gelak kecil. "Waa… hebatlah lakonan Tuan Puteri Kembang Semangkuk ini nampaknya … eh, Laici Segelas la.... Bikin tergugat hamba untuk memenangi hadiah pelakon terbaik kelak…. Nanti hamba tak dapatlah cari makan, Tuan Puteri," ujar Farid lagi Dia tergelak-gelak kecil apabila menyebut laici segelas itu. Begitu juga dengan Charina yang turut tergelak apabila mendengar laici segelas itu disebut. Peristiwa yang amat memalukan dirinya itu kembali menjelma di ingatannya.
"Dah lah, jangan disebut lagi peristiwa yang berlalu, malukan saya aje…," Ujar Charina menamatkan gurauan mereka. "Sebenarnya kenapa awak datang sini ni? Tak boring ke selalu datang sini?" Soal Charina terus terang. Sebenarnya dia tidak berapa menyukai Farid sentiasa ke mari menemuinya, tetapi memandangkan Farid nampaknya suka ke mari, tidak sampai hati pula untuk dia menghalaunya.
"Eh, tak boleh ke…?" Suara Farid kembali. "Takpelah kalau orang tak suka…." Sambung Farid lagi seolah-olah berjauh hati.
Memang! Tapi suara itu hanya bergema di dalam kerongkong Charina sahaja.
"Bukan maksud saya begitu… tapi tak manislahkan kalau awak asyik datang jumpa saya, kita bukannya ada apa-apa hubungan. Makwe awak tak marah ke?" Jelas Charina membetulkan keadaan.
Farid mengatur langkah menuju ke kerusi yang terletak di bawah sepohon pokok yang rendang di Dataran KOSASS. Sebenarnya kerusi-kerusi itu memang disediakan khusus untuk pelawat-pelawat yang datang menemui pelajar di kolej ini dan ia juga bertujuan memudahkan para pelajar berdiskusi dan berbincang sesama sendiri. Biasanya jika musim peperikasaan semakin mendekat, pastinya kerusi-kerusi batu itu penuh diduduki. Tetapi jika tidak musim peperiksaan pun, kerusi itu selalunya dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang yang berborak-borak sesama sendiri.
"Charina, kan saya dah kata saya tak ada makwe, so, takde siapa yang nak marahkan saya…," Jelas Farid lagi. "Yalah, kalau orang dah tak sudi…. Nak buat macam mana kan…." Suara Farid lagi.
Charina turut melangkah menuju ke arah kerusi batu yang diduduki Farid itu dan duduk di kerusi yang bertentangan dengannya. Dia memerhati wajah pemuda berdarah bangsawan itu. Kacak! Tetapi tiada getaran di dadanya yang membolehkan dia menerima pemuda berdarah Tengku itu sebagai teman hatinya, sekalipun jika dia belum bertunang sebelum ini. Dia terdiam seketika mencari perkataan yang paling sesuai untuk tidak melukakan hati Tengku Farid .
"Farid, awak sedar tak yang kita ni baru sahaja berkawan, tak sampai pun sebulan lagi, jadi, saya rasa awak tak sepatutnya mengharapkan sesuatu daripada saya. Lagipun kita masih tak mengenali di antara satu sama lain, Farid." Dia terdiam seketika sebelum menyambung kembali . "Lagipun saya masih belum bersedia untuk terikat dengan sesiapa pun buat masa sekarang." Charina menundukkan kepalanya. Dia tahu, ayat terakhir tadi adalah dusta semata kerana sekarang dia telah pun terikat dengan Shahrul sebagai tunangannya.
Charina menelan liurnya perlahan. Keadaan sekeliling tenang meskipun terdapat beberapa pasang couple yang sedang berdating tidak jauh daripada kerusi mereka. Sementara di hujung sudut kawasan taman ini pula terdapat sekelompok pelajar-pelajar sedang berbual sesama sendiri, mungkin mereka itu adalah petugas yang menjaga koperasi kolej pada waktu itu bersama beberapa orang rakan yang melepak di situ.
"Kalau begitu takpelah, saya akan menunggu sehingga awak bersedia kelak." Jawab Farid pula tidak berputus asa.
Charina mengeluh perlahan. Eeeee…. Kenapalah susah sangat dia ni nak faham….!! keluh Charina di dalam hati. "Suka hati awak lah, tapi sebelum tu saya nak beritahu awak, hasrat hati awak tu tak akan kesampaian, baik awak lupakan sahaja hasrat hati awak tu. Saya lebih senang dengan hubungan kita sebagai kawan sahaja."
"Kenapa, apakah saya ni tak layak untuk awak… Saya ni berdarah hijau ke… atau saya ni berdarah kuning…… Apa salah saya Charina sehingga awak tak boleh menerima saya?" Suara Farid yang tadi perlahan kini meninggi sedikit sehingga menarik perhatian sepasang kekasih yang berada tidak jauh dari kerusi mereka itu. Si gadis berpaling-paling beberapa kali, sementara si lelakinya pula merenung mereka berdua.
Charina kenal budak perempuan tersebut merupakan pelajar perempuan daripada Blok Pelanduk sementara pelajar lelakinya pula adalah Setiausaha Blok Kijang yang pernah cuba menguratnya dulu sewaktu dia masih di Minggu Orientasi dan pernah beberapa kali mengutusi surat kepadanya tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas daripadanya.
Charina senyum nipis kepada pasangan itu yang mengenalinya dan kembali memandang Farid. Farid juga turut memandang ke arah pasangan tadi setelah menyedari diri mereka diperhatikan. Setelah itu dia kembali memandang Charina yang berada di kerusi di hadapannya itu.
"Awak tak patut bersuara tinggi macam ni terhadap saya." Suasana sunyi seketika. "Tapi… saya tetap tak dapat menerima awak sebagai kekasih saya…," Suara Charina lagi lembut. "Lagipun saya rasa lebih baik saya berterus terang sekarang kerana saya tak mahu awak menyalahkan saya di masa depan kelak. Saya tak mahu nanti awak kata saya memberi harapan terhadap awak pulak." Senyap.
Kebetulan di waktu itu Anita dan seorang rakan sebloknya lalu menuju ke koperasi melalui tempat duduk Charina itu. Dia mengangkat keningnya sambil melemparkan senyuman sinis. Charina membalasnya tawar. Tiada mood untuk menegur meskipun itu kawan sekuliahnya dan teman baiknya sendiri. Farid sekadar memerhati adegan itu tanpa bersuara. Charina juga turut senyap. Setelah beberapa minit, Farid kembali membuka mulutnya.
"Saya dapat rasakan awak adalah teman yang tepat untuk saya, jadi saya tak akan berputus asa, walau apa pun alasan awak… ," dia bersuara lalu bingkas dari tempat duduknya.
"Saya balik dulu…" Sebaik sahaja habis bercakap, Farid terus berlalu menuju ke Proton Wira Aerobacknya itu tanpa berpaling. Charina memerhati sahaja Farid yang berlalu ke keretanya.
Setelah itu dia kembali mendaki tangga menuju ke biliknya di tingkat dua. Sewaktu dia mendaki tangga dia ternampak satu notis mengenai Malam Meraikan Graduan (MMG) yang bakal diadakan untuk meraikan bakal-bakal graduan yang akan bergraduat pada bulan Julai nanti. Di notis itu menyediakan beberapa tempat kosong yang perlu diisi oleh para pelajar yang sukarela untuk menjadi ahli jawatankuasa kepada MMG itu.
Charina memerhatikan sudah terdapat beberapa nama yang mengisi nama mereka untuk AJK yang mereka pilih. Sepintas lalu dia memerhatikan notis tersebut. Mira, Zazila dan Rozana memilih untuk mengisi jawatan AJK Sambutan dan Protokol. Sementara Sheeda dan Dila pula mengisi untuk AJK Kesenian dan Kebudayaan. Dia berkira-kira sebentar sambil memerhati secara rambang beberapa AJK lagi yang masih mempunyai banyak kekosongan.
"Hmmm… ambil AJK Sambutan dan Protokol pun best gak ni, boleh pakai baju glamour-glamour sikit…." Putus Charina akhirnya, mengikut jejak tiga rakannya yang terdahulu. Tapi, dia tidak mempunyai pen untuk mengisinya. Jika lambat diisi, peluangnya akan terlepas ke tangan pelajar lain yang terlebih dahulu mendaftar nama. Tetapi untuk menaiki tingkat dua dan turun semula, malas pula rasanya…., fikirnya lagi. Kebetulan sewaktu itu Yati yang baru pulang dari kelas melalui kawasan itu.
"Woi… wak gapo sini nie…" tegur Yati menganggu Charina yang sedang leka. Dia juga menatap notis tersebut bersama coursematenya yang juga sering melepak di bilik mereka , Ita.
"Haa… molek jugok awok lalu, Yati… ni… sayo nok isi AJK ni tapi takdok pen. Pinjam pen awok sekejap." Suara aku kemudian. Mereka berdua turut memerhati notis itu.
"Haa… ok gak ni,Ti… Ita pun nak isi nama jugak… Errr, kita nak isi tang mana ni, Erin…" Suara Ita pula yang pekat dengan loghat Kedahnya itu.
"Erin nak isi dekat AJK Sambutan dan Protokol ni… Okay gak la… boleh pakai baju glamour… boleh pakai rossette lagi. Amacam, ok tak?" Soal aku meminta pendapat mereka sambil mengangkat kening beberapa kali.
"Ok, sounds like good idea." Ujar Ita bersetuju
"Comel….." Suara Yati pula turut bersetuju. "Kita bubuh nama Syiking sekali la…" Usul Yati kemudiannya.
"No probs…. Syiking pung Syiking lah…" Balasku mengajuk percakapan Ganu Yati yang pekat sambil mengisi nama kami, nombor matrik dan nombor bilik kami. Setelah itu kami beredar ke bilik. Sewaktu kami mendaki dua anak tangga, terdapat tiga orang lagi pelajar first floor yang singgah menatap notis tersebut. Kami berborak-borak sehinggalah tiba di bilik.
"Erin, budak yang selalu dok maghi jumpa Erin tu sapo? Gewe ko…" Soal Yati ingin tahu. Mungkin dia hairan kerana kebelakangan ini Farid kerap datang berjumpaku.
"Dok aih, kawan jer la…."
"Buleh cayo ko… sampai hari-hari maghi temu Erin, bukan gewe lagi?" Soal Yati lagi. "Takkan tok sir oyat jugok ko roommates…. ," pujuknya lagi ingin tahu.
"Tok tau la Yati…. Erin anggap dia macam biasa tapi… tok tau la dia tuh…." Ringkas aku menerangkan.
"Oooo… gitu…" Kami sampai di bilik. Ita pula menghala ke arah biliknya di 4206 sedangkan aku dan Yati ditempatkan di bilik 4201. Setelah tiba di bilik Kak Linz dan Syikin sedang menikmati minum petang bersama simpanan-simpanan dan stok makanan yang ada. Setelah menyalin pakaian, kami turut sama menyertai mereka dan tidak berapa lama kemudian Ita turut datang menyertai kami.


Minggu-minggu yang berikutnya kami kembali sibuk seperti semester-semester yang lepas dengan pelbagai aktiviti di kolej, individu mahupun ujian-ujian di fakulti. Namun itu masih tidak menghalang kami daripada bersuka ria keluar meronda sekitar ibu kota. Ada ketikanya kami akan beramai-ramai keluar bershopping di pasaraya-pasaraya di Kuala Lumpur yang tumbuh melambak untuk tujuan warga kota menghabiskan duit masing-masing, apalagi bagi golongan pelajar seperti kami, terutamanya selepas menerima wang pinjaman daripada MARA, JPA, PTPTN dan lain-lain sponsor lagi.
"Eh, Erin.. Yati…. malam ni kita ada mesyuarat AJK Sambutan MMG tu tau…" Ujar Syikin sewaktu dia muncul dari luar. Dia berjalan ke arah meja sambil meletakkan beg dan failnya ke atas meja tulisnya.
"Ya ke, tau kat ne?" Soalku ingin tahu.
"Kat papan notis kat bawah tu." Jawab Syikin pula sambil menyalin bajunya.
"Eh, tadi saya lalu bawah tu tapi takde apa-apa pun…," ujar Yati pula. Tadi dia baru balik dari bertugas di Koperasi KUP7.
"Baru tampal kot." Ujar aku menjawab bagi pihak Syikin.
"Linz mana?" Soal Syikin setelah melihat Kak Linz tiada di bilik.
"Mandi." Aku dan Yati serentak menjawab.
"Haa… nak gi mandi jugaklah… panas… ," suara Syikin sambil berlalu mengambil tualanya dan berlalu keluar.
"Ha… pergi la… busukk….," ujarku bergurau.
"Eleh, mentang-mentang la dia dah mandi….." balas Syikin.
"Haa… pergi nun mandi cepat-cepat, nanti takde air kang…" Yati pula menyampuk. Lagipun blok mereka dan terutamanya dua tingkat teratas, yakni tingkat 2 dan tingkat 3 sering keputusan bekalan air semenjak akhir-akhir ini.
"Orang nak pergi dah la…," balas Syikin lagi sambil mencapai barang-barang keperluannya dan terus berlalu. Sementara itu aku dan Yati kembali menyambung borak sementara menunggu Azan Maghrib.

Tuesday, February 27, 2007

Part SeBeN





Bab 7

Shahrul memandang syiling tanpa berkelip di kesuraman malam yang sebenarnya telahpun menjejak ke awal pagi itu. Telah puas dia memalingkan tubuhnya yang kekar itu ke kiri dan ke kanan. Kipas angin yang berpusing ligat di syiling itu terasa tidak berfungsi olehnya. Dia teringat akan kata-kata Charina tadi. Terasa berdesing akan kata-kata gadis manis tadi. Meskipun dia bercakap dalam nada lembut, tapi amat menyakiti hatinya.
Dia tahu, dia perlu tahu menjaga perihal Charina yang kini telah sah menjadi tunangannya itu. Dia telah sanggup menerima janjinya dengan Mamanya dan juga Umi Charina untuk menjaga Charina sepanjang mereka di sini. Mulanya dia menganggap itu hanyalah sekadar untuk menjaga kedua hati orang tua mereka sahaja, tetapi kini dia menyedari, keselamatan Charina adalah di bawah tanggungjawabnya. Namun begitu, kerana egonya sebagai lelaki, dia tidak menunjukkan perasaan ambil beratnya itu kepada Charina. Dia hanya mampu memerhatikan sahaja segala gerak-geri Charina dari jauh. Tambahan lagi dia pasti Charina juga tidak memberitahu rakan-rakannya akan pertunangan mereka itu.
Di kegelapan malam itu dia mengeluh perlahan. Kalau aku mengambil tahu pasal Charina, macam mana pula dengan Suraya? Hmmh, dia mengeluh kecil. Siang tadi Suraya telah pulang ke rumahnya yang berada di Bukit Damansara itu kerana merajuk dengannya kerana bertanyakan pasal Charina kepada seorang budak perempuan yang merupakan rakan sekursus Charina.
Bagi pihak dirinya sendiri, Shahrul merasakan dia bertanggungjawab ke atas Charina kerana sama ada mereka mahu ataupun tidak, mereka telah terikat di antara satu sama lain. Meskipun selama ini dia tidak menunjukkan sikap mengambil beratnya itu di hadapan Charina, namun, secara sembunyi-sembunyi dia tetap memerhatikan segala gerak-geri Charina dari jauh sahaja.
Sehingga kini, tiada satu masalah ataupun perihal yang tidak elok yang telah Charina lakukan. Malahan, dia merasakan semuanya amat sempurna. Dengan wajahnya yang diakuinya secara diam-diam, Charina amat menarik di matanya, malahan kecantikannya lebih asli daripada Suraya. Dengan solekan yang tipis dan olesan lipstik yang nipis berbanding Suraya yang agak tebal, namun Charina lebih menawan. Malah budi pekerti tunangannya itu juga amat baik pada pandangan matanya. Apapun, Suraya juga mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Mungkin kelebihan Suraya kerana dia seksi dan pandai mengambil hatinya. Mungkin juga kerana mereka telah lama bersama iaitu semenjak daripada mereka di dalam tahun pertama matrikulasi lagi menyebabkan mereka sudah memahami perangai masing-masing.
Sehingga kini hubungan mereka masih utuh biarpun sudah beratus kali mereka bertengkar dan berperang. Namun, setiap kali itu juga hati anak manja kepada Dato' Zaharuddin ini dapat dilembutkannya. Dia tahu, hati perempuan ini amat mudah dilenturkan, terutamanya setelah kaum lelaki memohon maaf berkali-kali dan membawakan sebarang hadiah sebagai galang ganti tanda mereka mengalah. Meskipun itu semua hanyalah helah daripada kaum-kaum Adam secupak cuma.
Namun, dia ikhlas akan perhubungannya dengan Suraya.
Kalau begitu, bagaimana pula perhubungannya dengan Charina? Secepat itu juga persoalan itu melintas di fikirannya. Akhirnya dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
Sewaktu itu, dia sedang menunggu Suraya yang sedang bercakap di telefon bimbitnya dengan seorang kawan. Kala itu, dia terpandangkan Charina dan Anita yang sedang menaiki tangga menghala ke aras satu. Mungkin Charina tidak terperasankannya di kala itu. Secara kebetulan, salah seorang daripada budak perempuan di situ bersuara mengatakan ada rakan lelaki rapat mereka yang berminat untuk meng 'ekjas' Charina dan kini sedang usaha menarik perhatian Charina. Tetapi malangnya ditolak secara baik oleh Charina.
Mendengarkan hal itu, Shahrul yang sebenarnya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan cerita itu berpura-pura tidak mengenali Charina dan bertanyakan pasal Charina terhadap dua orang freshienya itu, Ida dan Iza. Semasa mereka sedang berborak, Suraya datang dan apalagi, setelah mengetahui pakwenya bertanyakan soal perempuan lain, alamatnya meletuslah perang!
Puas sudah Shahrul memujuk dengan pelbagai helah namun tidak berjaya. Mungkin juga disebabkan mood Suraya yang kurang baik kerana telah dimarahi tutor Auditing kerana tidak menghantar tutorialnya di hadapan sekelas lagi rakan yang lain menyebabkan perasaannya mudah tersentuh. Sewaktu dia menghantar Suraya pulang di rumah yang disewanya bersama beberapa orang rakan-rakannya yang lain, Suraya terus memasuki ke rumahnya tanpa mengucap sepatah kata. Setelah dia menelefon Suraya pada sebelah petangnya, Dida, rakan serumah Suraya mengatakan Suraya telah pulang ke rumah orang tuanya di Bukit Damansara setelah kembali dari kelas tadi.
Sekali lagi Shahrul mengeluh perlahan beberapa kali. Hmmh, nasib kaulah Shahrul…. Dapat kekasih yang mudah merajuk……. Setelah sayup-sayup kedengaran ayam berkokok, mata Shahrul akhirnya terpejam dengan sendirinya.



Setelah kembali dari kelas pada petang itu, seperti biasa Shahrul dan rakan-rakannya bermain bola sepak di Padang A UPM. Namun kadang-kalanya pula ada juga mereka bermain sepak takraw di gelanggang bola tampar kolej mereka, Kolej Kelima. Terkadangnya pula, mereka turut beralih angin dengan bermain bola tampar ataupun badminton. Yang pastinya, aktiviti mereka pada sebelah petang penuh terisi.
Ada ketikanya pula mereka sengaja melepak di situ sekadar memerhati orang yang lalu lalang di situ sambil mengacau anak-anak gadis yang lalu lalang sama ada yang baru balik dari kelas mahupun yang melalui jalan itu untuk ke Kolej Keenam dan ke Kolej Canselor atau dengan nama lainnya dikenali juga dengan nama Kolej Keempat.
Sewaktu mereka baru memulakan game sepak takraw yang ketiga pada petang itu setelah berehat beberapa ketika, sepintas lalu Shahrul terpandangkan sebuah kereta Kancil model EX 850 yang berwarna Samudera Blue melalui jalan itu. Sekilas pandang dia terasa Charina yang berada di tempat duduk penumpang di hadapan menemani seorang lelaki yang memandu kereta Kancil itu dan terdapat seorang lagi perempuan di bahagian belakang kereta Kancil tersebut. Bagi memastikan pandangan matanya itu, dia memandang kereta tersebut yang sudah pun berlalu pantas menghala ke jalan utama. Kebetulan bola takraw yang telah disepak mula oleh Kamal tadi terjatuh menimpa kepalanya membuatkan kesemua yang berada di gelanggang itu tergelak serentak.
"Woit Kasut, apasal ni….. siang-siang hari pun masih mimpi ke? Kau pandang apa tadi?" Soal Kamal yang lebih dikenali sebagai Cicak di kalangan mereka kerana dia amat penggeli terhadap haiwan tersebut. Shahrul pula dipanggil Kasut kerana pada minggu orientasi beberapa tahun dulu, dia tersilap memakai kasut sukan yang berlainan pada kiri dan kanan kakinya, oleh kerana ingin cepat ke padang selepas tiupan wisel sebagai isyarat panggilan kepada budak-budak junior telah lama dibunyikan oleh senior. Untuk mengelakkan dari terkena dendaan senior, malu pula yang diterima sebagai habuannya. Namun dia hanya menonjolkan muka selamba meski pun malunya berbakul-bakul.
Shahrul membisu sambil berjalan mengambil bola takraw yang terkena kepalanya sebentar tadi yang kini berada di sudut kanan gelanggang sambil menggosok-gosok kepalanya perlahan. Perit jugak kepala terkena bola takraw ni, desisnya sendiri. Saki-baki ketawa masih kedengaran di sudut gelanggang yang seluas 25 x 30 kaki itu.
"Apalah kau ni Kasut, kalau nak tengok anak dara orang pun bukan begitu caranya. Pergi minta izin dengan mak bapa dia dulu, baru betul…." Suara Budin yang berada di kerusi penonton yang kebetulan melihat kereta yang berlalu tadi. "Setahu aku, awek tu budak KOSASS, orang Kelantan…. Haa… 'orang kampung' kau tu Kasut, takkan tak kenal kot. Tapikan…. Aku ada dengar cerita Si Farid AJK Rencam Blok Kelah tu tengah nak ayat budak tu sekarang ni….," sambung Budin lagi sambil mengunyah gula-gula getah . Sesekali dia membuat belon yang kemudiannya pecah menimpa mukanya yang bersih itu.
"Farid Si Mata Keranjang tu?" Soal Zaid pula pantas.
"Habis Farid mana lagi kalau tak Si Mata Keranjang yang perasan handsome tu… tapi tak sedar diri yang perangai tu macam beruk." Kutuk Budin habis-habisan. Sebenarnya dia merasa sakit hati kerana dia sendiri pernah mengurat Charina sewaktu mereka bertembung di Padang, tempat makan di Seri Serdang ini yang agak popular di kalangan pelajar UPM ini tetapi tidak berjaya. Sewaktu itu dia mencuba mengurat Charina kerana dicabar oleh Fattah, Farid dan Nizam yang turut sama makan semeja dengannya bertentangan dengan meja makan Charina bersama beberapa orang rakan perempuannya yang lain.
Sewaktu terpandangkan Charina dan tiga orang lagi rakannya yang berjalan menghala ke arah meja yang kosong di hadapan mereka, Farid telah mencabar Budin sekiranya dia berjaya mengurat dan mendapat nama gadis yang berbaju kemeja singkat berlengan panjang berwarna merah dan berseluar jeans lembut warna coklat itu, maka Nizam dan dia akan memberi RM50 sebagai galang ganti. Bagi menyahut cabaran tersebut, Budin dengan selambanya berjalan menuju meja yang diduduki keempat gadis tersebut lalu mencuba mengurat gadis sasaran mereka tersebut, tetapi tidak dilayan oleh Charina dan juga rakan-rakannya yang lain.
Memandangkan tidak mendapat maklumbalas daripada si gadis, Budin menukar niatnya daripada mengurat kepada mengacau mereka bagi menutup malunya kerana tidak mendapat layanan, dia sengaja menjatuhkan gelas yang berisi air laici yang baru sahaja dibawa oleh pelayan gerai sewaktu dia ingin bangun. Gelas tersebut tertumpah betul-betul di atas dada Charina menyebabkan bajunya lencun di bahagian dada. Pekikan terkejut terluah dari mulut Charina dan beberapa rakannya. Budin yang menyaksikan aksi tersebut tersenyum puas di dalam hati tetapi dia pura-pura terkejut dan memohon maaf berkali-kali. Charina yang terasa malu terus bangun dan berlalu dari situ diikuti oleh rakan-rakannya yang lain. Melihatkan hal tersebut, Budin terus berlalu ke arah rakan-rakannya. Sewaktu dia duduk di tempatnya, Farid tiba-tiba bangun dan berjalan menghala ke arah Charina dan rakan-rakannya menghilang.


Charina berjalan terus keluar dari tempat itu tanpa mempedulikan pandangan mata pelajar-pelajar dan orang ramai yang berada di situ. Dia tahu, ramai yang mendengar teriakannya sebentar tadi, dan dia juga perasan banyak mata yang tertumpu kepada dadanya yang lencun. Mira, Dila dan Anita yang mengekorinya itu cuba menyaingi langkahnya yang pantas itu.
"Gila budak lelaki tu…! Sewel agaknya…." Maki Mira yang sedari tadi geram melihatkan gelagat pelajar lelaki yang jelas cuba mengurat Charina sebentar tadi.
"Memang gila….," Charina terdengar Anita pula yang menyumpah seranah budak lelaki tersebut tetapi dia diam cuma. Langkahnya diatur pantas menuju ke kereta Kancil yang baru sahaja dihantar oleh abangnya, Azlan seminggu yang lalu.
Sebenarnya, kereta tersebut merupakan kereta Uminya, tetapi diberikan kepadanya setelah Umi berhasrat membeli sebuah kereta baru. Sehingga kini Umi masih belum membuat pilihan sama ada untuk membeli Toyota Vios ataupun Honda Civic, ataupun mungkin juga model terbaru Kia, Kia Sorento. Atau juga Umi mungkin menggunakan kereta Abah, dan Abah yang akan membeli kereta baru. Entah la… itu masih belum diputuskan tetapi yang pastinya, Umi telah menghantar kereta Kancilnya itu kepada Charina kerana kasihankan dia yang terpaksa berulang-alik dengan berjalan kaki selama ini untuk ke kuliah.
Masih Charina teringat bagaimana dia mengalami demam panas yang agak teruk sewaktu seminggu berada di UPM dahulu. Sewaktu itu dia masih lagi di dalam Minggu Orientasi Universiti. Demamnya itu berlarutan sehingga dua minggu lamanya, tetapi dia tetap menjalani aktiviti orientasi seperti biasa sehingga larut malam, adakalanya sehingga keluar muntah-muntah hijau.
Dan sewaktu mereka didenda oleh senior-senior, dia tetap menjalani denda tersebut seperti biasa biarpun pada ketika itu Kak Linz, roommatenya yang juga salah seorang seniornya menyuruh dia memberitahu AJK orientasi agar dia dikecualikan dari dikenakan denda, tetapi dia tetap ingin meneruskan aktiviti tersebut kerana tidak mahu dianggap mengada-ngada. Biarpun pada ketika itu dia merasakan badannya amat lemah sekali dan seringkali muntah-muntah yang agak teruk sehingga ada pada satu tahap, apabila dia muntah, tiada apa pun yang terkeluar daripada isi perutnya itu. Mungkin pada waktu dia masih belum dapat menyesuaikan diri kerana cuaca yang agak panas di kampus itu.
Charina membuka pintu kereta apabila tiba-tiba dia merasa satu tepukan di bahunya. Sepantas kilat dia berpaling. Rupa-rupanya Anita menepuk bahunya mengembalikan dia ke alam nyata. Matanya tertumpu kepada seorang pemuda yang berdiri berhampiran dengan Mira dan Anita. Mata Charina mencerun kehairanan memerhati pemuda yang kacak berkulit sawo matang yang berdiri memandang ke arahnya itu.
"Maafkan kami…." Ujar pemuda tersebut pendek.
Charina mengerutkan wajahnya sebagai tanda tidak faham.
Melihatkan kerutan di wajah Charina itu, Farid menyambung percakapannya.
"Sebenarnya, tadi tu kawan saya… maafkan dia kerana dia berbuat demikian kerana menyahut cabaran kami, maksud saya, cabaran saya dan dua lagi rakan saya yang lain…," Farid menarik nafas dan melepaskannya perlahan.
Charina terdiam seketika sebelum bersuara.
"Oo… jadi awaklah yang rancang semua ni. Awak sukalah saya jadi macam ni…. You’ve drop my waterface but now you said you’re sorry…..? Oh, please….!! Memang awak sengaja nak kenakan saya kan….?" Akhirnya terluah juga kemarahan di hati Charina. Jika dari tadi dia hanya membisu menahan kesabaran di hati, tetapi memandangkan bara yang disimpan dicurah dengan minyak, maka bersemaraklah jadinya bara tersebut. Charina mendengus kasar dan membuka pintu kereta pantas lalu menutupnya kuat.
Biar! Biarkan mereka tahu betapa sakitnya hati aku!! Apa… ingat aku ni takde air muka ke…?? Ingat aku ni tak tahu malu? Apa perasaan kamu jika dimalukan di hadapan orang ramai??
Rakan-rakannya yang lain turut menuruti jejaknya tanpa mempedulikan pemuda tersebut yang nampaknya masih ingin menjelaskan sesuatu. Charina menekan cluth, memasukkan gear dan menekan pedal minyak pantas dan cekap lalu memandu meninggalkan tempat yang memalukannya pada malam itu. Sementara Farid terus memerhati kereta Kancil warna biru itu sehingga hilang dari pandangannya.
Awak…! Dah lama saya minat awak… Saya nak kenal awak dengan lebih rapat lagi…, jerit Farid di dalam hati. Awak, siapa nama awak…..? Suara Farid di dalam hati . Niatnya pada awal tadi sewaktu melihat Charina dan kawan-kawannya bangun tadi adalah untuk meminta maaf dan sekaligus berkenalan dengan gadis tersebut yang telah lama diperhatikannya sewaktu awal-awal semester lepas lagi yang sesekali datang ke gerai ini. Tetapi memandangkan tiada kesempatan, sehinggalah malam itu dia mempunyai kesempatan tetapi telah dirosakkan oleh Budin dan juga dirinya sendiri.
Kesempatan kali kedua sewaktu bertemu dengan Charina dan Anita tidak disia-siakan apabila secara tidak sengaja mereka bertemu sewaktu Charina sedang menanti Anita di foyer Perpustakaan UPM yang sedang meminjam buku. Dia yang waktu itu terus menuju kearah Charina dan sekali lagi meminta maaf tentang kejadian pada hari itu. Alangkah bertuahnya dia kerana Charina itu amat pemaaf orangnya kerana dia sudi memaafkan kesalahannya malah turut berborak-borak mesra dengannya seolah-olah sudah lama berkenalan.
Setelah itu Farid sering mengunjungi Charina di KOSASS meskipun seringkali dilarang oleh Charina, tetapi memandangkan hatinya sudah lama tertarik kepada Charina, ditambah pula dengan sifat Charina yang memenuhi ciri-ciri wanita idamannya, maka agak sukar untuk dia menuruti permintaan Charina itu. Ada ketikanya setiap malam dia akan berkunjung ke KOSASS untuk menemui ratu yang semakin bertakhta di hatinya kini.
Jika sebelum ini dia sering ke Kolej Pendita Zaaba yang lebih dikenali sebagai KPZ untuk menemui Marlia, namun, semenjak mereka bertengkar kira-kira seminggu sebelum dia menemui Charina, kini, nama Marlia hampir padam dalam diari hatinya pada saat ini ditukar dengan nama Charina Shafini binti Kamarul Zamly.



Nyampah Mak Taw...

Huhu......
kat opisy aku sebenarnya internet utk manager2 jek.. setakat exec ni takleh.. tapi aku masuk illegally... skali org sekeliling jelesss... nyampah mak tau.... smlm dapat call dari geng kt MIS cakap MIS manager dah bising.. tanya dorang ada ajar haku hack IP dia tak.. hoho.... setakat tu wa tau la wat sendirik.. sian kat kawan² aku taw.....

Tapi arini.. aku ngulor lagi.. tapi kena kurangkan la kan...

ada masa aku hapdet lagi ini blog.......
hehe...

chow...

Friday, February 23, 2007

Part Six

Update lagi ... ketemu lagi di minggu depan..



Bab 6

Sekarang sudah masuk minggu kedua bagi Semester Mei ini. Dan sekarang aku sudah bergelar pelajar tahun dua di semester ketiga. Dua minggu lagi kami sudahpun dijadualkan mempunyai Kertas Ujian Satu bagi beberapa subjek seperti Intermediate Accountings, Marketing dan juga Organizational Behaviour. Adeh la…. baru saja memulakan kelas dah dapat kerja menimbun… Hmmh, terpaksalah…. Kan nak jadi orang pandai….. Hiks!hiks!… Itu yang sering dikata oleh aku dan Nita untuk memujuk hati sendiri apabila kepenatan berkejar ke sana ke mari untuk menyiapkan kertas kerja kami. Sama ada berkumpulan, mahupun individu.
Allhamdulillah, nampaknya keputusanku semester lepas mencapai target seperti apa yang aku harapkan, dan aku berazam untuk mencapai Anugerah Dekan pula pada semester-semester yang akan datang. Insya Allah. Semoga Tuhan sentiasa merestui niatku. Amin.
Aku dan Nita berjalan pulang ke kolej setelah kelas untuk pagi itu berakhir kira-kira 10 minit tadi. Kelas kami yang seterusnya akan bermula pada pukul 8.00 malam nanti. Kami berbual sambil tergelak-gelak kecil. Cerita yang disampaikan Anita tentang cara Hairul Ariff, seorang senior di kolej menguratnya amat menggelikan hatiku. Beberapa orang pelajar lelaki yang datang dari arah bertentangan kehairanan melihat kami. Tetapi kami tidak mempedulikan mereka.

Sewaktu kami mahu melintasi jalan untuk memasuki kawasan kolej, aku terpandangkan Shahrul yang berbonceng dengan Suraya keluar daripada kawasan itu. Kami saling bersabung pandang. Gelak ketawaku tiba-tiba mati. Pandangan mata Shahrul begitu tajam. Aku agak terpaku melihatnya. Jauh di sudut hatiku, aku berasa amat sayu dan… entahlah… sukar untuk aku ucapkan dengan kata-kata. Aku tahu, dan aku sudah bersedia untuk menempuhi segala ini. Aku tahu, kami bertunang hanya pada nama sahaja, tapi hati Shahrul adalah milik Suraya sepenuhnya. Aku hanyalah boneka semata-mata. Boneka yang kononnya diarahkan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan di antara dua keluarga. Ingin saja rasanya aku melaungkan kepada umum betapa terseksanya hatiku selama ini.

Dari awal-awal lagi aku sudah menjangka Shahrul pasti akan masih meneruskan hubungannya dengan Suraya dan mungkin juga dia tidak berniat langsung untuk menjelaskan perihal pertunangan kami kepada Suraya. Entahlah, suka hati dialah… tapi aku berharap suatu hari nanti dia akan sedar atas segalanya. Jika dia mahu memutuskan talian pertunangan kami pun, aku berharap biarlah secara baik agar tiada sengketa di antara kedua-dua belah pihak, apalagi berkaitan dengan hubungan kekeluargaan.

"Eh, Rin… kenapa tiba-tiba senyap je ni…?" Soal Anita kehairanan dengan sikapku yang secara tiba-tiba berubah. Dia memandang ke arah laluan TZM Shahrul tadi yang kini meninggalkan kepulan-kepulan putih. Aku memandang dengan ekor mata melihat aksi manja Suraya yang memeluk erat pinggang Shahrul.

"Erin, kau tengok tak tadi… daring gila aksi Suraya. Kalau aku duduk kat belakang tadi pun muat lagi tau." Dia ketawa perlahan. Aku senyap.

"Oo…. mesti kau masih sakit hati pasal dia pernah marah kat kau dulu kan?" Soal Anita menduga setelah dua kali aku tidak menjawab pertanyaannya.

"Aku rasa si Shahrul tu minat kat kau la Rin. Kau tengok tak mata dia tadi, tajam je merenung ratu kita ni…" Anita cuba bergurau, namun aku masih tidak mengendahkannya.
Aku rasa aku masih belum mampu bersuara saat ini. Kalau aku bersuara pasti ada nada tersekat-sekat. Paling tidak pun aku akan menangis. Sebenarnya, aku sendiri tidak pasti sama ada aku marah, sedih ataupun jelous dengan semua itu. Mungkin juga aku terkilan atas layanan Shahrul terhadapku selama ini. Selama dua minggu di sini, sekalipun aku belum pernah bersua dengannya dan inilah kali pertama kami bersua di kampus ini. Inipun secara tidak sengaja.
Kami melintas jalan setelah tiada kenderaan yang lalu lalang di situ. Aku hanya menggangguk kepala sewaktu Pak Guard yang bertugas menyapa kami. Anita kembali menyambung cerita yang terhenti seketika tadi. Begitu ghairah dia bercerita sambil dengan aksi-aksinya sekali. Aku kembali mendengar ceritanya, meskipun separuh hati. Sesekali apabila bertembung dengan pelajar sekolej yang dikenali yang berjalan ke tempat kuliah, kami sempat berbalas senyum. Dan bagi yang menaiki motor, kami hanya sempat berbalas lambaian sahaja. Setelah tiba di kolej, kami berpisah menuju ke blok masing-masing.


Deringan telefon bimbitku yang buat kesekian kalinya menyedarkanku daripada lena. Aku bingkas dari katil dan memandang sekeliling bilik yang sepi. Patutlah takde orang yang mengangkat! Sebelum menjawab panggilan, aku sempat melihat ada 3 missed calls sebelum itu.
"Hello.."
"Hello, boleh bercakap dengan Azlina?" Soal lelaki yang memanggil.
"Errr, dia takdelah. Telefon baliklah kemudian ya…"
"Dia gi mana?" Soal lelaki yang memanggil ingin tahu.
"Maaflah, saya pun tak tahu. Saya pun baru bangun dari tidur ni." Aku menjawab ikhlas. "Ok, bye! Assalamualaikum." Aku mahu menamatkan perbualan secepat mungkin.
"Eh, nanti dulu… kita borak-boraklah sekejap, boleh?" Ramah pula orang di sana.
Tak boleh! Saya ngantuk ni… nak sambung tidur balik…..!! Ingin sahaja aku menjawabnya…. Tapi… setakat dalam hati aje la….
"Saya ngantuk lagi ni, awak ganggu tidur saya…." Akhirnya aku berterus terang.
"Patutlah suara macam naga..'" Dia tergelak-gelak kecil. "Alaa.. takkan siang-siang macam ni pun tidur jugak , Cik Adik…" balas lelaki itu bergurau.
"Ish, payah nak cakap ni. .. Dah mata saya ngantuk takkan saya nak tahan… Lagipun takde apa nak buat. Tidur je la…."
"Banyak lagi benda lain yang awak boleh buat. Misalnya study ke… or .. berborak dengan saya ke…" Pancing lelaki itu lagi.
"Ha, tengah bercakap la ni…" pqrst@@3##$$$%%&&gcyfdzz… Gerammmnya akuuu….
Lelaki di talian tergelak-gelak kecil. "Hai, merungut nampak? Takpelah kalau tak sudi…" Ala, merajuk lah konon-kononnya tu. Pigi daa…
"Eh, takde la… mana ada orang merungut?" Tak sampai pula rasanya hati aku menghampakan harapan orang. Cewaahh!! Lagipun tengah boring gak ni, so… layan je la Charina…
"Eh, cakap-cakap pun, nama tak tau lagi ni… Ok la, kita mula dari first dulu, boleh… Sape name?" Soal aku sambil mengajuk satu adegan iklan di kaca televisyen sempena kongsi raya yang lalu.
Dia tergelak-gelak kecil, mungkin memahami gurauanku itu. "Ahmad." Dia turut membalas seperti di dalam iklan itu.
"Ooo... Ahmad, mahu pigi mana?"
"Chemor…." Sekali lagi dia tergelak dan kami sama-sama tergelak akhirnya. Teringatkan suatu adegan iklan yang pernah disiarkan di televisyen sedikit masa dahulu.
"Takdelah… nama saya Faizul Azlani. Panggil Faizul boleh, Azlan pun boleh…" Ujarnya mengenalkan diri.
"Sedap nama tu…" Jawabku ikhlas. "Takkan tak nak tau nama kita?" Aku menyoalnya balik.
"Dah tau…" dia menjawab senang.
"Wow! cepatnya…" Aku menyindir. Dia ketawa polos. Hiii… kuat gelak lelaki ni…
"Mestilah, kalau nak call sapa-sapa tu, takkan kita tak tau sapa nama tuan punya handset ni, betul tak?"
"Betul. Sepuluh markah!!"
Sekali lagi dia tergelak. "Lawak la awak nie…" Ujarnya tulus.
Aku ketawa kecil. "Jangan la puji-puji, segan la saya…." Jawabku sengaja mengada-ngada.
"Betul la tu… Emm, nama awak Charina kan?"
"Hmm… nama penuh Charina Shafini binti Kamarul Zamly. Err, umur rahsia. Dan yang lain-lain pun rahsia."
"Tak tanya pun!'
"Kurang ajaq la tu mulut tu… Tak sayang mulut la tu…"
"Orang gurau je la."
"Tak sayang duit ke sembang lama-lama ni?"
"Sekali-sekala takpe…. Lagi pulak saya dah bekerja…." Dia menerangkan.
"Err, ada hal apa nak cakap kat Kak Linz tu. Nanti boleh saya sampaikan."
"Takpe la, saya ni kawan lama Linz. Sampaikan salam je la pada dia. Nanti saya telefon balik. Assalamualaikum."
"Insya Allah. Waalaikum salam." Kedengaran gagang diletakkan disebelah sana.
Setelah itu, aku bergegas ke tandas untuk mandi dan solat Asar. Setelah aku kembali ke bilik, barulah Yati, Syikin dan Kak Linz balik dari kelas masing-masing. Setelah siap Solat Asar, kami bersama-sama ke kafeteria kolej untuk membeli makanan sebagai alas perut. Setelah itu, aku bersiap-siap pula untuk menghadiri kelas Statistik Management yang akan diadakan di Dewan Kuliah Ekonomi Pengurusan 4 (DKEP 4) di fakultiku. Setelah siap bersolat Maghrib aku terus turun menuju ke bilik Anita di blok sebelah. Rupa-rupanya Anita tidak dapat pergi kerana dia baru sahaja mengalami masalah 'orang perempuan'. Apa lagi, period pain la.… Arrgghh!! Tension aku, dah la kelas malam, kena pergi sorang-sorang diri pula tu. Ish, kalau tak nak pergi kang… dah pakai siap-siap ni… Hmmh, pergi je la….

Kelas yang sepatutnya berakhir pada pukul 11.00 malam itu berakhir awal sedikit pada malam ini daripada masa-masa yang dijadualkan kerana Pensyarah kami, Dr. Lee ada perkara yang mustahak untuk diselesaikan. Sewaktu aku berjalan ke foyer fakulti untuk pulang ke kolej, bahuku dicuit dari arah belakang. Dan aku berasa amat terperanjat kerana Shahrul yang mencuit bahuku itu. Aku memandang sepintas lalu di sekelilingnya. Mana Suraya? Soalku sendiri.

"Dia balik umah mak ayah dia." Jawab Shahrul seolah memahami persoalan yang berbuku di kepalaku. Aku menganggukkan perlahan kepalaku.

"Saya nak cakap ngan awak sikit." Sambungnya lagi. Kami beralih ke tepi untuk memberi laluan kepada orang yang lalu lalang.

"Apa dia?" Aku menjeling jam di tangan - 10.20 malam.

"Pasal kita." Ujar Shahrul serius. Air mukanya turut serius.

"Kat mana?" Soalku pula. Aku berharap agar dia membatalkan niatnya itu. Sekarang dah pukul 10.21 minit malam, kalau berbual-bual dulu tu, risau gak aku. Dah la balik seorang diri. 'Bas nombor 11' pulak tu. Suasana pulak gelap guguk kata orang Kelantan. Kiranya gelap pekat la. Eeei, nak cakap tak boleh kang…. Takut pulak dia marah…..

"Sekejap." Dia terus berlalu ke arah meja yang terletak di sisi vending machine dan mengambil begnya dan dua biji helmet.
Nak ke mana pulak ni? Soalku di dalam hati. Dia menyusun langkah ke arahku.

"Kasut, nak ke mana tu?" Aku terlihat seorang senior yang sama kursus dengan Shahrul, Bacelor Perakaunan, melangkah laju ke arahnya. Namanya aku tidak tahu, tapi aku sering melihatnya bersama-sama geng mereka di fakulti. Hampir tergelak aku mendengarkan nama yang digunakannya memanggil Shahrul. Sememangnya itu sudah lumrah bagi pelajar lelaki di UPM ini yang mempunyai nama gelaran lain selain nama mereka sendiri. Di kolej aku sahaja terdapat pelbagai nama seperti Ayam, Sukun, Teko, Roy (yang sebenarnya merupakan singkatan daripada boroi), Langkau, Spider, Budu dan pelbagai gelaran lagi, namun aku tidak menyangka Shahrul juga mempunyai nama gelaran yang agak unik itu.

Shahrul berpaling. "Kenapa?"

"Eh, kau dah lupa ke kita ada meeting blok pukul 11.00 sekejap lagi?" Ujar rakan Shahrul lagi.


"Takde la, aku nampak macam kau lupa je. Tu yang aku ingatkan ni. Meeting ni penting ni. Kalau dah Pengerusi takde, ntah hapa jadinya dengan meeting tu nanti." Sambung rakannya lagi.

Shahrul yang sudah berada berhampiran denganku menepuk dahinya perlahan.
"Ya Allah, Zam… aku lupa la…., camana aku boleh lupa…. nasib baik kau ingatkan. Ok lah, nanti aku balik sekejap lagi." Dia berjalan menuju ke arahku.

"Kasut!" Panggil kawannya lagi. Shahrul berpaling.

"Ayam baru ke? Takkan makan sorang je?" Dia ketawa kecil dan kembali berlalu ke arah gengnya yang sedang berbual rancak.

Langkah Shahrul yang terhenti tadi kembali diatur ke arahku. Aku setia menunggunya di pintu masuk fakulti ini sambil memerhati notis yang ditampal. Oh, lusa kelas Intermediate Accounting dibatalkan rupanya. Yes! Bolehlah aku study sikit untuk test minggu depan.

"Err, saya minta maaf. Nampaknya kita tak dapat lagi bercakap malam ni sebab saya ada meeting blok. Terlupa pula tadi. Sorry…. So, lain kali ajelah kita discuss pasal kita." Ujarnya ringkas.

Pasal kita?? Pasal apa? Oo.. mungkin pasal hubungannya dengan aku dan kaitannya dengan Suraya kot…. Aku membuat andaian sendiri tetapi kepala dianggukkan perlahan. Malas aku mahu menanyakan apa yang penting sangat sehingga kami perlu berbincang. Sekali lagi aku menjeling jam di tangan.

"Kenapa? Ada temujanji dengan orang ke? Dari tadi asyik dok perhati kat jam je…" Rupanya dia terperasan akan gelagatku dari tadi. Aku melemparkan senyuman tawar namun tidak membalas apa-apa.

"Okaylah, saya balik dulu….," Ujarku pantas dan mula mengatur langkah keluar.

"Err, balik dengan apa?" Suara Shahrul sedikit kuat dari belakang. Aku berpaling.

"Jalan la…" Jawabku tanpa selindung.
Shahrul berjalan menghala ke arah motosikal TZMnya yang diletak di bahagian hadapan foyer fakulti. "Mari saya hantarkan…" Ujarnya pula. Tidak dapat aku ketahui sama ada dia ikhlas atau sekadar menyindirku. Maklumlah, selama ini aku dan Nita hanya berjalan kaki sahaja ke kelas. Takdelah pakwe-pakwe yang bermotor besar yang mahu mengambil dan menghantar kami.
Aku kembali mengatur langkah. "Tak payah la, saya boleh balik sendiri." Aku menjawab lembut dan mula melangkah ke hadapan tanpa menghiraukan enjin motornya yang mengaum hebat. Sebentar kemudian dia memandu menyaingiku yang sedang berjalan.

"Betul tak mahu ni…?" Soalnya inginkan kepastian.
Aku berjalan tanpa menoleh tetapi kepala dianggukkan.

"Kalau apa-apa terjadi, jangan salahkan saya. Mama dan Umi awak pun tak boleh salahkan saya. Ini kehendak awak sendiri." Sambungnya lagi, mengugut!

"Takpe, tak akan ada sesiapa yang akan salahkan awak. Taulah saya menjaga diri saya sendiri." Aku menjawab pantas. "…dan awak tak perlu menumpangkan saya untuk menjaga hati orang tua kita!!" Aku menjawab pedas.

Mungkin dia terasa tercabar dengan kata-kataku. Setelah itu dia terus memecut laju meninggalkan asap yang memutih di sekelilingku. Tidak sampai lima saat, motornya hilang ditelan kegelapan malam. Aku kembali meneruskan langkah menuju ke KOSASS.





nah JMs... chicken chop utk u....

(kacang ijo ngan jagung tu utk abg alym... ekekek)








chicken wings lak utk isis....

syedapnyaaa....
i likee.....






dahagakan.. nah kongsi fresh coconut neh...










KHAS BUAT JMs..(yg wat permintaan) and Sume yg tgh LAPOR..

DIPILIH, DIPILIH....

SIA, SKELO.. SIA SKELO....
(SERINGGIT SEKILO..)
haaa..... aneka roti ada... sila lah sila pilih....

syedapnyaaa.....










char kuey teow..
nyumm nyum....





haaa... stroberi tok tin ti ngan DK pun ada neh haa... sila..sila la menjamu 'mata' hehe...













..SEKILAS PANDANG..


Heheh.. saja je nak membebel lagik.. sambil menghapdet blog ku ini.. (Nanti korang kata aku pemaleh lagii... tanaaakk.. hehehe...)


Ok.. apa aku nak cakap ni eks..? Hmm... ok, bab manuskrip aku ni.... yang sebenor²nya.. manuskrip aku ni dah lamo dah aku karang.. tak silap aku masa aku 2nd year or 1st sem. final year kat U dulu.. bayangkan lah.. dah bape lama... Kalo korang ada baca la.. and rajin baca la bab² yang dah aku pastekan terlebih dahulu ni... aku rasa nak t'gelak sendirik pun ada... bayangkan.. masa aku tulis tuh Britney Spears baru dok tgh naik.. Tahun 1998 kot.. Lagu Baby One mOre Time ada tu dalam citer aku neh... skang.. dia dah kawin, dah nikah, dah dapat dua anak.. dan yang sadis tu.. dia dah cerai dah.. Manuskrip aku tetap tak siap²... wakakaa.. lama siot tergendala citer neh... huh..apa la nak jadi ngan aku ni..? (Bila la nak siap woi..... tulunnnnn -kataku pada diri sendirik.. :P) Kawan² mana² yg dah baca tu asyik tanya.. bila nak siap? so far dah 300 pages.. tapi tak siap².. Apa nak jadi neh.. apa kes..??
Lagi, aku ada terbaca pasal aku sentuh bus stop kat sebelah Pasar Siti Khadijah tu.. depan Pasar Buloh Kubu.. (kalo korang org K'tan atau penah pegi Kelantan, dan familiar dgn kelantan, msti taw la tmpt ni.) Hmm.. tempat tu dah b'kurun dah tadak dek.... skng tempat tuh dah jadi taman dah.. dah ada siarkaki lagi.. bandar dalam Taman tu.. bas dah kena lalu tempat lain dah... Adoi.. lama sungguh rupanya....
Maksudnya, aku kena siapkan jugak la....
Tapi bila..??
Hmm.......

Part FiVe


Bab 5

Abah memandu kereta dengan kelajuan yang sederhana menghala ke arah Kubang Kerian. Di waktu ini jalan tidak sesibuk di waktu pagi. Setelah hampir dua puluh minit memandu, akhirnya kami tiba di sebuah rumah banglo yang unik, di mana rumah ini diperbuat sepenuhnya daripada kayu jati dalam rekabentuk yang unik tetapi comel ini.
Sewaktu melangkah keluar daripada kereta ini, aku lebih kagum dengan kawasannya tamannya yang dibentuk rapi. Sebuah kolam ikan dilengkapi sebuah jambatan kecil yang comel menghiasi ruang yang cantik itu di suatu sudut.

“Wow!” Suara Rini. Mungkin dia pun kagum melihat dekorasi taman di rumah ini. “Kak…. bertuahlah kau…. Dapat anak orang kaya……,” bisiknya di telingaku. Di waktu itu, Aunty Maria dan suaminya, Pak Cik Rahman berjalan keluar daripada sliding door untuk menyambut kami.
"Man… ," Abah berjabat tangan dengan Pak Cik Rahman erat dan Pak Cik Rahman memeluk Abah sambil menepuk-nepuk bahu Abah mesra. Mereka berdua merupakan sahabat lama sewaktu belajar di Universiti Malaya pada tahun 1960-an dulu di dalam jurusan Sains Politik. Kami semua memandang sambil tersenyum. Umi pula meraih jabatan salam dari Aunty Maria yang kemudiannya dihulur pula ke arahku. Aku menyambutnya lalu menunduk mencium tangan bakal ibu mertuaku itu. Aunty Maria menggosok-gosok perlahan ubun-ubun kepalaku. Selepas itu tangan adikku, Rini pula berada di dalam genggamannya, dan dia mencuit polos pipi Rini yang mulus itu. Rini tersipu kemalu-maluan.

"Lawa-lawa anak dara Cik Fatimah ni," ujar Aunty Maria sambil menghadiahkan sebuah senyuman ikhlas. Rini semakin tersipu. Hendak tergelak rasanya aku melihat Rini yang biasanya lincah itu kali ini tersipu-sipu begitu. Aku cuba menyembunyikan senyumanku dari pandangan Rini tetapi sempat dilihatnya. Selepas Umi dan Aunty Maria berlalu seiring memasuki mahligai yang tersergam indah itu menuruti jejak langkah Abah dan Pak Cik Rahman yang terlebih dahulu memasuki rumah melalui sliding door yang terbuka luas itu, Rini mencubit tanganku rakus.

"Aduh!" Aku mengaduh kecil dan terus mempercepatkan langkahku. Rini yang tertinggal di belakang cuba menyaingiku.

"Itulah akibatnya suka mengetawakan orang," Rini tergelak-gelak kecil dan tertahan-tahan. Aku membuat muka bodoh, malas bertekak dengannya. Dah la di rumah bakal mertua, nak cari nahas??


Kami makan dengan penuh selera di meja hidangan selepas lebih kurang 15 minit berborak-borak kosong di ruang tamu yang tentunya lebih indah itu. Sewaktu aku dan Rini mula-mula memasuki pintu rumah itu, aku terpandangkan Shahrul yang kacak berbaju kemeja batik berwarna biru firus menyerlahkan kulitnya yang bersih itu baru sahaja melangkah turun daripada tingkat atas rumahnya. Hatiku berasa sedikit berdebar melihatnya. Sukar untuk aku ucapkan dengan perkataan, bagaimana perasaanku terhadapnya. Mungkin aku masih bergetar mengingatkan layanan dinginnya selama ini terhadap diriku.

Selepas turun dari tangga itu, dia terus menghala ke arah Abah dan menyalami tangan Abahku lembut dan menghadiahkan senyuman manis kepada Umi, Rini dan aku sambil mengangguk kepalanya sebagai tanda menyapa kami. Setelah itu kami semua duduk berborak-borak sementara menunggu pembantu rumah mereka menyiapkan hidangan malam kami. Walhal aku sebenarnya lebih banyak berdiam diri daripada rancak bercerita. Aku lebih banyak menjawab soalan yang diajukan kepadaku, dan jika tiada soalan, aku lebih suka berdiam diri.
Setelah siap makan, kami beransur pulang ke rumah. Suasana makan pada malam ini aku rasakan agak tenang, mungkin kerana Hairul, Hafizi dan Hani yang tengah bercuti sekolah itu tiada di rumah di waktu itu. Adik-adik Shahrul itu sedang menghabiskan masa cuti mereka di rumah nenek mereka di Pasir Mas, Kelantan, iaitu di sebuah daerah yang lain yang mengambil masa lebih kurang sejam lebih daripada bandar Kota Bharu ini. Hanya Hazrul, adik Shahrul yang bongsu dan berumur empat tahun sahaja yang ada bersama. Nampaknya Hazrul amat manja denganku. Sepanjang malam ini, Hazrul sering berada di sisiku sambil berborak mesra. Aku amat menyukai mulutnya yang petah itu dengan rambutnya panjang lurus melepasi menutupi matanya yang jernih itu. Ada cahaya keindahan di mata anak comel ini.

"Kakak, datanglah lagi ya…." Ujar Hazrul sewaktu kami melangkah ke arah kereta Optima keluarga kami. Aku tergelak kecil sambil menganggukkan kepalaku.

"Promise?" Soal Hazrul petah.

"Promise," Aku cuba mengambil hati budak kecil yang sudah mula menambat hatiku ini. Aku menghadiahkan sebuah ciuman ringkas di pipi Hazrul sebelum berlalu ke kereta. Hampir kesemua yang berada di situ ketawa melihat gelagat Hazrul selepas menerima ciuman dariku. Hazrul yang petah itu tersipu-sipu malu setelah menyedari orang mentertawakannya.
Namun, aku merasa lebih berdebar kerana menerima panahan mata yang amat tajam daripada Shahrul yang berada agak kebelakang dari kesemua yang berada di situ. Matanya melahirkan gambaran serius, dan tiada senyuman di wajahnya. Aku agak gugup namun bijak menyembunyikannya dengan terus menyalami kedua bakal mertuaku dan terus memohon diri meninggalkan Abah dan Umi yang masih mengucapkan 'Selamat Tinggal' kepada keluarga sahabat karib Abah itu. Kami sampai di rumah setelah jarum jam mengenjakkan ke angka 11.00 malam.


Lebih kurang tiga hari lagi aku akan menamatkan cuti semester selama hampir tiga bulan ini. Apabila semester akan dibuka pada hari Isnin nanti, aku akan menduduki semester tiga di tahun kedua di Kampus Hijau itu. Mudah-mudahan resultku cemerlanglah hendaknya. Sudah beberapa kali beberapa malam yang lalu aku cuba mendail talian tele-info UPM yang telah disediakan untuk kemudahan para pelajar menyemak keputusan semasa mereka, tetapi gagal kerana mesin masih memberi keputusan semester lepas. Mungkin juga maklumat tersebut masih belum dikemaskini.

Hari ini aku memandu kereta Kancil EX 850 milik Umi menuju ke pusat bandar Kota Bharu yang hanya mengambil masa lebih kurang lima minit sahaja daripada rumahku, untuk membeli barang-barang keperluan untuk dibawa ke kampus nanti. Dan tidak ketinggalan juga serba sedikit makanan untuk bekalan di sana nanti. Rini yang berada di sebelahku ini leka menyanyi mengikut rentak lagu Baby One More Time nyanyian Britney Spears. Aku membiarkan gelagatnya tanpa menegur dan terus menumpukan pemerhatian terhadap pemanduanku ini.
Sekarang aku sudah memandu memasuki pusat bandar, jalan di antara Pasar Besar Siti Khadijah dan Bazaar Buluh Kubu ini. Bersebelahan Pasar Besar ini, beberapa buah perhentian bas terletak sederet untuk memudahkan penumpang menunggu bas ke destinasi mereka. Aku memandu melepasi perhentian-perhentian bas itu dan seterusnya membelok ke arah kiri menuju ke bahagian depan Pasar Besar ini. Di bahagian inilah yang paling aku benci untuk melaluinya kerana keadaan jalannya yang senantiasa sibuk dan penuh sesak dengan kenderaan yang lalu lalang. Terkadang tu, hampir beberapa lama kami terpaksa terperap di situ kerana jalan jam, terutamanya lagi sewaktu menjelang musim perayaan. Namun mujurlah hari ini keadaan agak terkawal dan aku berjaya melepasi jalan ini dengan agak mudah. Aku mencari tempat 'parking' kereta dan kemudian setelah melihat sebuah Honda Civic baru sahaja keluar dari tempatnya, aku memandu cermat memasuki ruang parking yang kosong itu. Setelah menguncinya, aku dan Rini berlalu menuju ke destinasi yang diingini.


Abang Azlan mengangkat begku dan menyimpannya di ruang meletak barangan di badan bas Ekspress Mutiara bernombor 3 yang akan berangkat ke Kuala Lumpur ini sebentar lagi. Aku berdiri rileks berhampiran muka pintu bas sementara menunggu Abang Azlan kembali. Biasanya Abah yang akan menghantarku sekadar di luar sana sahaja kerana suasana sekitar Stesyen Bas Jalan Hamzah ini yang senantiasa sibuk menyebabkan sukar untuk mencari tempat parking kereta. Tetapi kadang-kalanya Abang Azlan ada juga menghantarku ke sini. Dan kebetulan pada malam ini Abang Azlan yang ingin keluar menemui rakannya, jadi dia terus menghantarku ke mari.

Hampir kesemua penumpang bas telah menaiki bas, dan ini bermakna bas akan bertolak bila-bila masa sahaja dari sekarang. Aku bersalaman dengan Abang Azlan dan terus mendaki anak tangga bas menuju ke tempat dudukku di 'seat' yang bernombor 13. Sebelum itu, sempat juga Abang Azlan menasihati aku agar pandai menjaga diri di tempat orang. Seingatku, begitulah nasihat yang sering dia utarakan kepadaku. Insya Allah, Abang. Yakinlah kepada adikmu ini. Adikmu ini tidak akan menghampakan hati keluarga kita, dan juga hati orang lain. Dan Erin janji Abang, Umi, dan Abah. Erin janji Erin tidak akan mengganggu hubungan Shahrul dan Suraya, kekasihnya itu.

Aku tidak tahu sama ada mereka masih mempunyai hubungan ataupun sudahpun berpisah setelah Shahrul bertunang denganku hampir sebulan yang lalu. Biarlah dia sendiri yang akan sedar dengan hubungan yang telah terjalin antara kami ini. Aku tidak akan sekali-kali menganggu hubungan bahagia mereka selama ini. Tidak sekali-kali kerana Suraya lebih berhak ke atas Shahrul. Mereka bercinta atas dasar suka sama suka. Sedangkan aku pula bertunang dengannya atas dasar orang tua. Sudah pasti aku jauh ketinggalan di belakang.
Bas berjalan dengan laju. Badanku sekali-sekala bergoyang mengikut alunan bas. Gadis yang duduk bersebelahan denganku dari mula-mula tadi lagi sudah hanyut dibuai mimpi indah. Hanya aku yang masih terkebil-kebil melayan perasaan. Namun, tidak lama kemudian aku turut sama terlelap mengikut jejak langkah gadis di sebelah.


Suasana di blok mulai meriah menjelang tengah hari. Ramai di kalangan rakan-rakan seblokku, terutamanya satu aras sudah kembali ke kolej. Sesudah siap mengemas barang yang baru sahaja dikeluarkan daripada pantry, kami beramai-ramai keluar ke kafeteria untuk mengalas perut. Kuliah pula akan bermula pada keesokan pagi. Dan result pun akan diketahui pada pagi esok. Eeee… takutnya…… moga-moga aku memperolehi keputusan yang aku targetkan. Amin. Selepas mengalas perut, kami bersama-sama menuju ke bilik TV. Maklumlah… masih dalam honeymoon, dan tempohnya akan tamat pada besok hari.


"Nita, bagi aku buah limau tu," pinta Azura. Limau madu yang di bawa oleh Sheera dari kampungnya, Sungkai, Perak itu memang manis rasanya. Tetapi aku lebih menggemari isinya yang masam-masam manis. Oleh itu, aku kurang menjamah hidangan tersebut. Ruang menonton TV ini penuh dengan hidangan dari segenap pelosok negeri yang dilonggokkan di situ untuk kami sama-sama merasa sikit sama sikit. Aku membawa keropok goreng segera yang biasa dan bersira yang telahpun aku keluarkan daripada beg aku tadi. Nampaknya, keropok itu memang laris kerana sekejap sahaja sudah habis dibaham oleh buaya-buaya yang kelaparan ini. Suasana riuh dengan suara -suara lebih kurang sepuluh gadis yang sedang berkumpul ini berlawan dengan bunyi dari peti televisyen. Zazila, gadis hitam manis dari Melaka itu yang baru sahaja masuk sebentar tadi makin menambahkan suasana yang sedia kecoh dengan sikapnya yang sememangnya kepoh itu.

"Alamak….. rindunya aku kat korang semua…" ucapnya dan terus meluru ke arah kami. Dia mencapai sehiris honey dew yang baru sahaja Rozana keluarkan daripada peti sejuk yang berada di bilik TV ini. Buah ini diberi oleh Zamzuri, AJK Kebajikan blok Kijang yang agak rapat dengan geng kami sewaktu kami balik daripada kafeteria tadi. Apabila kami bertanya dari mana dia mendapat buah itu, dia mengatakan yang buah adalah buah curi. Lantak kau lah Skodeng….. Haa.. kenalah tu dengan nama Skodeng tu… Kami tahu yang Skodeng hanya bergurau sahaja dengan kami.

Zamzuri yang berkulit cerah itu yang kami panggil Sukun adalah seorang rakan yang baik hati. Seringkali apabila pulang dari kampungnya di Parit, Perak, pasti dia akan membawa buah tangan buat kami. Dan kami pula turut membawa makanan untuk membalas kembali kepadanya. Bak kata pepatah Melayu, ‘Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi kita Merasa’ la…..

"Eh, Rin… tengok cincin kat jari kau tu…. Cantiklah…," Suara Zazila sambil menghabiskan suapan terakhir honeydew itu ke mulutnya. Dadaku terasa bergetar secara tiba-tiba mendengar kata-kata dari Zazila itu. Mata rakan-rakan yang lain yang sedang leka menikmati hidangan itu tertumpu ke jari manis sebelah kiriku. Cincin permata merah delima yang diikat kukuh dan dikelilingi sepuluh biji berlian yang bersinar indah itu aku longgarkan daripada jariku dan aku suakan kepada Zazila.

"Ha ah, lawalah Rin… sapa kasi ni…?" Korek Amira pula yang tadi sedang leka membelek risalah Avon isu terbaru . "Pakwe ke?"

"Alah, Aku dah perasan masa kita kat kafe tadi, tapi masa tu terlupa pulak nak tanya…., " Noni pula mencelah. Mereka yang lainnya hanya tersenyum.

"Hish, korang ni….. cincin ni dah lama la… Aku baru pakai je sebab pergi kenduri kahwin rumah kawan aku masa cuti hari tu, tapi terlupa pulak nak simpannya balik." Aku mereka cerita. Wajahku cuba aku selambakan sebaik mungkin agar mereka mempercayainya, sambil membelek risalah Avon yang sedari tadi diperhati oleh Mira. Sebelum ini, aku tidak berniat untuk memberitahu mereka berkenaan pertunanganku dengan Shahrul itu.

"Ooo.. kenduri kahwin rumah kawan… bukan kenduri kahwin kau ke?" Ujar Rozana pula serkap jarang. Aku tau yang sebenarnya dia bergurau. Darahku terasa menyiarap ke muka, tapi aku cuba berlakon sebaik mungkin. Aku menutup kembali risalah Avon itu, menelan liur seketika lalu mengangkat muka menentang wajah-wajah yang berada di hadapanku itu.

"Betul, pakwe pun takde lagi….. Macam mana nak kahwin… Apppaa la korang ni…" Riak wajah cuba aku seriuskan sebaik mungkin.

"Eleh, ada orang yang nak kau pulak yang jual mahal…." Perli Nita sambil mengopek kulit limau. Memulang paku buah keras yang pernah aku ujarkan kepadanya dulu. Dia juga rapat dengan rakan-rakanku di blok ini.

"Kalau tak percaya sudah…. Suka hati koranglah nak cakap apa-apa pun." Malas aku bersoal jawab dengan rakan-rakanku itu. "Eh, jom tengok Rindu Semakin Jauh tu…," Aku berdalih dan mengajak mereka menonton siaran ulangan siri cereka tersebut.

"Ha… tu nak lari dari tajuk le tu…" Giat Zazila lagi.

"Entahnya Erin ni… takkan dekat roomates sendiri takleh cakap kot?" Celah Syikin pula. Dia baru sahaja tiba di bilik TV ini sewaktu kami sedang berbalas kata. Mungkin ada di antara mereka yang menceritakan kepada dia.

"Takde… betul… ni cincin Erin yang Umi simpan…." Bersungguh aku menipu mereka. Aku bangun dan berlalu menuju ke arah sofa yang berada di hadapan kaca TV itu meninggalkan mereka yang lain yang masih mengadap makanan. Setelah itu, aku kembali ke bilik untuk menunaikan Solat Zohor.



RAHSIA DI SEBALIK HOBI KITA..


Hmmm..
Setiap orang di dunia ni pastinya b’beza di antara satu sama lain kann.. (cewah, siyesnya ayatt….) heheh… Selain dari perbezaan dari segi fizikal hatta rohaniah, jugak mental… maka hobi pun tentu b’beza jugak kan… (huh.. susahnya nak straight to the ‘ampang point’ ekekek.. (padahal nak cakap pasal hobi je neh..) Korang hobi wat apa eks..?? Aku.. erm… macam-macam… apa kata kita try check and teliti apa yg aku ada baca nie… ntah yea ntah kena tidak.. hobi kita.. dan makna disebaliknya ni, b’kaitan personaliti kita la…. Y not we give a try to check kan…. Check it out here………….

MENGUMPUL
Haaa… pada sapa yg suka mengumpul tu.. tak kira la setem ke.. perfume ke.. beg ka… dan sebagainya lagi tuh, disifatkan sebagai INSAN YG B’JIWA SENI (cewah). Sifat SABAR yang ada dalam dirinya sering m’dapat perhatian namun agak sukar gak la untuk mendekati individu atau makhluk atau insan kategori ni, namun.. haa.. harus diingat.. jika kamu benar benar gitu memahami jiwanya, maka kamu bolehlah diibaratkan sbg pasangan yg ideal gitu kerna ini terbukti bahwa kamu ini sehati sejiwa seadanya… heheheh…

MEMBACA
Hmm.. aku rasa pasti ramai dalam kategori ni… baca paper, baca signboard.. pun baca jugak hapa.. hehehe…
Ok… kita teruskan… Hmm.. mgkin ramai la di kalangan kita b’pendapat individu/makhluk/insan yg suka membaca ni agak membosankan..(yea ke..? huh.. I don’t think so..)– emo jap sbb aku suka m’baca.. hehe.. – ok, teruskan… Mereka ni bukanlah kategori ‘ulat buku’ (btol tu..aku stuju.. nak baca buku skolah kan main susah.. kalo novel ke.. buku citer ke.. lajuuu jek… hehe..) ops.. OT lagik… ok, sambung lagi… Sebaliknya ya kenkawan, hobi membaca yang diterapkan byk membantu mereka dalam meMATANGkan diri. (betul tuh.. betul…. Aku stujuuuuu :D) Usulkan apa jua topik utk dibualkan, pasti kamu akan m’perolehi respons yg baguss punya…kerna mereka ini pandai dan BIJAK MENYESUAIKAN DIRI walao dalam apa jua keadaan sekalipun. Walaupun segelintir mereka kelihatan pendiam, hakikatnya, mereka bolehlah diibaratkan sbg PEMERHATI… observer la bak omputih kata… ;)


MELANCONG
Sesuai ngan hobi (yg mahal :D) ini, mereka dikatakan memiliki JIWA yg agak SENTIMENTAL..(sentimental ya.. bkn sakit mental taw.. :D) dan cintakan keindahan. Ada segelintir b’pendapat individu dari kategori hobi ini memiliki sikap yg KURANG SABAR dan ‘moody’. (ya la kot, tatau lak.. tak penah jumpa secara rapat lagi ngan org camni.. tatau s/ada depa tak suka melancong, atau minat melancong, tapi takleh pi sbb duhet tak cukup2..hehehe..). Walaubagaimanapun, haaa.. dgr sini yea kenkawan.. mereka ini disifatkan sbg individu yg memiliki sifat KEPIMPINAN YG TINGGI dan memiliki tahap pengetahuan yg.. pergh.. mengagumkan… begitulah adanya…


MEMELIHARA BINATANG
Haaa… aku rasa ramai kot kenkawan kita dalam kategori ni kan… ramai yg suka bela kucing.. bela monyet.. bela buaya kan.. wakakaka.. 9apa la aku m’kerepek neh.. hishh..)

Ok… PENYAYANG dan SENSITIPP dikatakan sifat yg dapat dilihat dgn jelasss dalam individu jenis ini. Selain ittew ye kawan2, mereka juga dikatakan memiliki sifat B’TANGGUNGJAWAB dalam diri dan sedia m’hulurkan bantuan kpd sesiapa sahaja yg memerlukan. (Haaa.. ble la carik mereka… err.. ABG BES suka pelihara kucen kan… leh arr carik dia mintak tulun kan.. kekeke). Ok, sambung lagi.. namun, dalam perhubungan pula, mereka dikatakan memiliki SIFAT KUAT CEMBURU dan ada kalanya gemar mengongkong pasangan! (pergh!) so… welll.. bak kata pepatah, hati2 sblm memilih pasangan… (maksudnya kena tgk haiwan apa yg dorang pelihara la kot noo..?) :p

MEMBELI BELAH/WINDOW SHOPPING
(Mesti ramai dalam kategori ni kan..)

Periang dan manja, mungkin itulah gambaran paaaling t’dekat tentang keperibadian kepersonalitian individu mahupun makhluk ataupun insan dari kategori ini. Waktu yg terluang akan dipergunakan dgn sebaik mungkin sehingga ada yang b’pendapat individu dari kategori ini bagaikan ‘tak reti nak dok diam’. (hmm, ya ke..?) Selain itu juga, mereka juga disifatkan sbg individu yg B’FIKIRAN JAUH serta BIJAK MENGATUR PERJALANAN HIDUP. Mereka juga dikatakan ALAH dgn PERKATAAN C.I.N.T.A, sebaliknya mereka lebih gemar hidup sendirian di samping memiliki ramai teman.. (hmm.. ye ke… leh caya ke ni..)


Ya kenkawan, sekian lah serba sedikit ilmu yg aku baca dan ceduk dari sebuah majalah tempatan… ditokok tambah dgn sound effect dan komen haku sendirik… ekekeke…. CHEERSSS… ;)

















Thursday, February 22, 2007

Part FouR


Bab 4

Suasana sunyi hanya dihiasi dengan bunyi suara dari stereo di dalam kereta Proton Satria GTi yang dipandu oleh Shahrul ini. Tadi, lebih kurang pukul 8.45 kami beransur keluar setelah Shahrul berbual beberapa ketika bersama Umi dan Abah sementara menunggu aku bersiap. Shahrul yang tiba 15 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan, jadi dia tidak boleh menyalahkanku di atas kelewatan ini. Aku turun ke ruang tamu 5 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan. Jadi kami sempat berbual bersama Umi dan Abah dan juga Rini yang sudah pulang dari Kursus Kepimpinannya itu.
Shahrul memandu keretanya menghala ke arah Jalan Pengkalan Chepa. Suasana masih sunyi di antara kami. Aku tidak berani untuk memulakan perbualan.
“Kita makan di Kuchina Italiano, boleh?” Suara Shahrul memecah kebuntuan di antara kami. Jadi dia memilih untuk makan malam di sebuah restoran masakan Itali yang terdapat di pinggir bandar ini.
“Aku mengikut aje” aku membalas pertanyaan Shahrul itu. Aku memalingkan sedikit arah mukaku dan menghala ke arahnya sambil melemparkan sekuntum senyuman manis. Tetapi dia tidak melihatnya kerana wajahnya memandang tepat ke arah hadapan memberi sepenuh tumpuan kepada pemanduannya.
Air mukanya sungguh jernih di kala itu. Aku akui, Shahrul sememangnya kacak. Handsome, seperti yang seringkali dinyatakan oleh Rini kepadaku. Aku kembali menikmati irama sentimental yang berkumandang di ruang kereta Proton Satria itu. Kereta berjalan dengan kadar kelajuan yang sederhana.
Shahrul mengetuk-ngetuk jari-jemarinya ke stereng mengikut irama. Aku membiarkannya tanpa menegur. Sebenarnya aku masih kekok untuk bercakap dengan tunanganku ini. Mungkin juga dia begitu. Tidak berapa lama kemudian Shahrul pun memberhentikan keretanya ke sisi jalan. Dari tempat kami aku terpandangkan Restoran Kuchina Italiano itu yang sering aku melihatnya sewaktu memandu melalui jalan ini sewaktu pergi balik daripada Kampung Pantai Sabak, rumah keluarga sebelah Abahku. Tetapi inilah baru pertama kali aku memasuki di restoran elit ini.
Kami keluar dan terus berjalan menghala ke arah restoran itu. Penyambut tetamu menghadiahkan senyuman manis dan menjemput kami ke dalam. Kami hanya mengekorinya dan akhirnya penyambut tetamu lelaki itu, Bahari, yang aku ketahui namanya daripada tanda namanya itu berhenti di sebuah meja sederhana kecil tetapi comel, sesuai untuk dua orang yang sedang hangat dalam percintaan.
Meja bulat yang comel itu dihiasi dengan lilin-lilin dan mawar merah yang sedang memekar. Suasana di sekeliling yang suram dan dihiasi dengan cahaya lampu yang romantis menghangatkan lagi suasana pada malam itu.
Wow !! Candle Light Dinner !!! Terdetik kata-kata itu di hatiku serta-merta. Biar benar….. Shahrul bawa aku untuk Candle Light Dinner ?? Miracle… Miracle….. Sungguh ajaib…
Kami duduk dan secara kebetulan saling bertentangan mata. Sepantas kilat aku melarikan bola mataku dan menunduk malu. Pelayan lelaki tadi terus berlalu selepas kami memesan makanan. Aku mengangkat mata, dan sekali lagi mata kami bertentangan. Aku malu, namun menghadiahkannya satu senyuman nipis. Apa mimpi Si Shahrul ni ?? Ish, confuse aku….
Tiba-tiba tangan Shahrul mencapai tanganku dan dia menggenggamnya erat. Aku terperanjat. Dalam cahaya-cahaya yang kelam kekuningan itu, aku memandang wajahnya mencari kepastian.
“Maafkan saya.” Dia terdiam seketika. “Maafkan saya, Rina…. atas sikap saya selama ini terhadap awak. Saya sedar sikap saya ke atas awak selama ini amat melukai hati awak. Maafkan saya.” Lembut dia bersuara. Panggilan kau dan aku sudah hilang dari mulutnya.
Kala itu terasa hatiku mencair lalu mengalir dan menyusuri ke anak sungai lalu mengalir membentuk sebatang sungai yang sungguh indah. Di dalamnya penuh dengan anak-anak ikan yang berenangan ke sana ke mari, udang pula berkejar-kejaran sesama sendiri. Suasana sekeliling penuh kedamaian dengan suara unggas dan cengkerik yang menyanyi merdu. Pohon-pohon bunga hutan yang tumbuh meliar melambai-lambai di tiup angin melahirkan satu aroma yang sangat unik. Harum. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
“Rina.” Panggilan itu menyedarkanku ke alam nyata. Aku memandang wajahnya dan memberi senyuman manis.
"Erin..," aku membetulkan panggilannya itu. Dia tersenyum sambil mengangguk-angguk kepalanya perlahan. Kami saling berbicara dari hati ke hati. Kisah selepas itu terus menjadi satu kenangan yang abadi buatku untuk selamanya. Aku bersyukur atas semua anugerah Illahi ini.
Setelah beberapa lama, kami beransur pulang. Hati kami berbunga riang. Shahrul memandu keretanya dengan penuh tumpuan. Sewaktu melalui kawasan Baung dalam perjalanan pulang, secara tiba-tiba sebuah kereta Ford Telstar memotong kereta kami dengan lajunya, dan di saat itu, sebuah kereta dari hadapan turut memandu dengan lajunya dari arah hadapan. Kami yang terperangkap di tengah-tengah terpaku dengan situasi yang tidak diduga itu. Segalanya berlaku secara tiba-tiba. Shahrul tidak dapat mengawal keretanya. Kereta Proton Saga dari arah hadapan itu datang melanggar kereta kami. Aku menjerit sekuat hati. Bunyi dentuman yang sangat kuat sayup-sayup kedengaran di pendengaranku. Selepas itu aku tidak mengingati apa-apa lagi.



Woit… woi…. Bangun…!!” Satu goyangan tangan terasa keras di bahuku.
“Woi… Bangun… dah Maghrib ni…” Goyangan tangan itu semakin kuat.
“Erin… bangun Erin…” suara Umi kedengaran jauh.
Aku membuka mata dan meraba mukaku pantas.
“Hei… bangun, dah Maghrib dah ni…. Terjerit-jerit macam hantu….” Suara Rini kedengaran keras di pendengaranku. “Minta tolong apa Maghrib-Maghrib ni?? Mimpi apo?” Suara Rini lagi. Aku termangu-mangu sendiri.
“Erin mimpi apa tadi? Teruk betul mintak tolongnya. Tu lah orang-orang tua tak bagi tidur waktu Maghrib, banyak syaitan yang mengganggu. Tambah lagi anak-anak dara macam Erin ni. Dah, bangun pergi mandi. Umi ngan Abah nak gi masjid ni” Ujar Umi kemudiannya lalu berpaling keluar dari bilikku ini. Rini pun turut berlalu mengikut langkah Umi.
Aku bangun dan duduk di tepi katil. Keringat yang mengalir di muka ku sapu dengan tuala muka yang berada di kepala katil. Huh, bermimpi rupanya aku!! Rupanya selepas solat Asar tadi aku tertidur di katil sewaktu membaca buku cerita Maya Pusara tulisan daripada Samsiah Md. Nor, seorang penulis muda yang berbakat dan diminati ramai.
Aku lantas mengambil tuala di gantungan di belakang pintu dan terus berlalu ke bilik mandi. Waktu Maghrib sudah sampai di pertengahan waktunya. Aku tidak mahu terlepas untuk menunaikan Solat Maghrib ini. Langkahku semakin aku lajukan. Setelah siap mandi aku segera menunaikan Solat Maghrib ini. Selesai sahaja aku memberi salam yang kedua, satu deringan telefon kedengaran langsing. Aku bergegas dan berlari anak untuk menyambut panggilan itu kerana telefon yang terletak di antara tangga untuk ke atas.
“Hello.”
“Hello. Boleh saya bercakap dengan Charina?” Satu suara asing kedengaran di gagang sebelah sana.
“Saya bercakap. Siapa ni?”
“Shahrul.”
Aku terkejut. Mimpi yang baru ku alami kembali menjengah di fikiran.
“Aaa, Shahrul…. Kenapa? Adahal ke?” Lembut aku bersuara namun tetap bergetar di hujung suara.
“Err, saya nak ajak awak keluar malam esok, boleh tak? Emmm… maksud saya Mama suruh jemput awak makan di rumah kami besok.” Lancar Shahrul memberitahu. Suaranya tiada kemesraan. Terlalu formal kedengarannya di telingaku. Meskipun begitu, mimpi tadi masih jelas menguasai fikiranku.
Aku berfikir-fikir sebentar. “Macam ni lah, nanti saya bagi jawapan kemudian. Sebab saya nak beritahu Umi dan Abah saya dulu. Dia belum balik dari masjid” Putusku kemudian.
“Eleh, tu pun nak tanya Umi ngan Abah dulu ke?” Suara itu kedengaran sinis di pendengaranku. Hatiku berasa tersentak dengan sindiran sinisnya itu. “Macam ni nak jadi isteri aku, keputusan sendiri pun tak boleh nak buat!” Rungutnya perlahan tetapi dapat aku dengari. Atau dia sengaja memperlahankan suaranya tetapi memang mahu aku mendengarnya. Apa pun perasaanku tersinggung mendengar kata-katanya itu.
“Boleh saya bercakap dengan Mama awak sekejap?” Pintaku kemudiannya. Selepas itu aku mendengar suara Shahrul memanggil Mamanya dan kemudian diikuti bunyi derapan kaki yang semakin mendekat.
“Assalamualaikum, Erin. Apa khabar?”
“Khabar baik. Aunty pulak apa khabar?” Soalku kembali. Malu rasanya berbual dengan bakal mertuaku ini. Dan aku juga terasa agak kekok untuk memanggil Aunty Maria sebagai Mama meskipun pada asalnya dia membahasakan namanya sebegitu sewaktu di awal pertemuan kami.
“Ma… err… Aunty baik. Err, macam ni Erin… tadi Aunty suruh Shahrul jemput Erin untuk makan malam di rumah kami esok. Boleh ke? Atau Erin dah ada rancangan Erin sendiri?” Soal bakal mertuanya lembut.
“Tak, saya tak ke mana-mana. Cuma saya nak minta kebenaran Umi dengan Abah dulu sebelum saya beri keputusan. Itu yang saya cakap kepada Shahrul tadi.” Aku cuba menjelaskannya sebaik mungkin. Aku perlu menanyanya kepada Umi dan Abahku dahulu, meskipun aku sudah menjangka yang mereka pasti membenarkannya.
“Takpe, lagipun memang Aunty nak jemput Erin sekeluarga pun. Kalau ada apa-apa yang Arie cakapkan tadi, Aunty minta maaflah. Dia tu memang macam tu, susah nak rapat dengan orang, tapi kalau dah kenali dia dengan rapat barulah kita tahu hati budinya.” Aunty Maria menjelaskan tentang perangai anak lelaki bujangnya itu. Aku hanya mengiakannya.
“Nanti saya telefon kemudian.” Balasku mengakhiri perbualan.
“Haa, yalah. Aunty tunggu.” Perbualan kami putus di situ.














Part ThReE


Bab 3

Pagi itu rumah banglo dua tingkat kami riuh rendah dengan suara dari sanak saudara terdekat yang datang berkunjung sempena Majlis Pertunanganku pada petang nanti. Jika semalam tidak ada tanda-tanda pun yang rumah kami akan mengadakan majlis, tetapi jika dilihat pada pagi ini suasananya amat jauh berbeza.
Beberapa orang jiran dan saudara maraku yang rapat sedang sibuk menyediakan juadah untuk dihidangkan kepada tetamu nanti. Anak-anak kecil pula riuh bermain kejar-kejar di luar halaman rumah sana.
Jika semalam hatiku agak resah dan gelisah tetapi berlainan pada hari ini kerana aku tidak berasa gusar dan tidak pula berasa gembira dengan pertunangan ini setelah melakukan Solat Istikharah pada lewat malam semalam. Apa pun aku pasrah akan takdir yang ditentukan ke atasku. Sesungguhnya aku akur akan jodoh, maut dan pertemuan itu adalah telah ditentukan Allah semenjak azali lagi. Mungkin ini adalah jodohku yang telah dijanjikan untukku.
Aku berjalan keluar dari bilikku dan beransur ke dapur untuk melihat mana-mana perkara yang boleh aku tolong. Namun, belum pun sempat aku menolong apa yang perlu, Mak Teh Limah telah pun melarang aku membuatnya dan menyuruh aku ke depan sahaja.
Baru sahaja aku memegang pinggan untuk dicuci, Kak Linda, anak Mak Ngah Azimah yang tua lima tahun daripadaku itu dan sudah pun mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki ini telah datang memanggilku untuk melihat gubahan sirih junjung yang digubahnya sempena hantaran kepada pihak lelaki. Cantik sekali sirih-sirih itu digubah bersama bunga-bunga mawar yang segar dan harum mewangi. Di sisi tepak sirih itu, terdapat beberapa dulang lagi hantaran kepada pihak lelaki, antaranya seperti persalinan, perfume dan set penjagaan diri.
Aku membelek-belek hantaran itu yang digubah dalam set berwarna beige itu. Cantik sekali. Aku tidak menduga perkara ini turut disiapkan tanpa pengetahuanku, kerana selama seminggu aku di rumah ini, aku tidak pernah melihat barang-barang ini.
Mungkin Umi sudah menyuruh Kak Linda menyiapkannya dan baru hari ini dia membawanya. Hmm… yalah…. Lagi pun, aku yang nak bertunang ini pun baru sahaja tahu yang aku akan ditunangkan, apatah lagi untuk melihat dan menggubah sendiri hantaran-hantaran ini.
Mungkin mereka semua sudah sepakat untuk membuat satu kejutan buatku, dan kalaulah memang betul itu niat mereka, sesungguhnya mereka sudah berjaya. Dan satu anugerah patut diwujudkan di atas usaha mereka ini !
Kak Linda yang tadi sedang membetulkan gubahannya ini sudah pun keluar ke tandas menemankan anak bongsunya, Syazril yang sedari tadi merengek-rengek meminta mamanya menemaninya ke tandas.


Air mata Charina hampir menitis tetapi dapat ditahannya apabila ibu tunangannya, Nik Shahrul Hairi Nik Abdul Rahman menyarungkan cincin pertunangannya ke jari manis di tangan kirinya. Satu kucupan lembut singgah di pipi kanannya dari bakal mertuanya membuatkan Charina berasa segan dengan orang-orang yang berada di biliknya itu. Sebentar kemudian Umi merapati Charina dan memeluknya erat. Charina membalas pelukan ibunya itu dan mencium tangannya. Kemudiannya, adiknya Rini pula menerpa dan turut memeluknya erat.
“Erin sekarang dah rasmi menjadi tunangan Hairi, dan tak kurang setahun lagi kamu berdua akan disatukan, jadi, Umi harap pandai-pandailah Erin menjaga diri, jaga tingkah laku. Kalau nak buat sesuatu tu, fikir dulu apa baik-buruknya, apa kesannya. Sebabnya sekarang ni Erin sudah mempunyai dua keluarga dan Erin patut pandai menjaga perasaan kedua-dua keluarga ini, dan juga perasaan bakal suami Erin nanti.”
Panjang ‘kuliah’ yang Umi sampaikan kepadaku. Aku mendengarnya dengan teliti dan menganggukkan kepala perlahan. Rini yang berdiri bertentanganku menyengih dan mengangkatkan keningnya kepadaku berkali-kali. Tetapi aku tidak menghiraukan gelagatnya itu. Jika dia berbuat begitu dan tiada orang di sekelilingku ini, aku rasa pasti jenuh juga dia berlari untuk mengelakkan diri dari terkena penanganku.
Tiba-tiba sebiji bantal melayang dan mendarat tepat mengenai mukaku.
“Aduh!”
“Hoi !! Khayal…. Ingatkan Cik Abang ke??” Sergahan dan lemparan bantal itu mengembalikan aku ke alam nyata. Rini ketawa berdekah-dekah melihatkan mukaku yang pucat itu. Aku mengurut-ngurut dadaku perlahan.
“Sibuk!”
“Hai…. Ingatkan Cik Abang ke?” Sekali lagi Rini mengulanginya setelah pertanyaan yang pertama tidak berjawab.
“Jelous ke? Kita ada Abang, awak tu takde?” Aku sengaja menyakiti hatinya.
“Huh, please…. tak jelous langsung !!” Sekali lagi dia membalingkan bantal kusyen yang beropol yang berada berhampirannya dan selepas itu terus berlari ke dapur.
Aku kembali menyambung angan sambil melunjurkan kaki di sofa panjang itu. Aku sama sekali tidak menyangka bahawa Nik Shahrul Hairi yang menjadi tunanganku itu adalah orang yang sama yang sering menyakiti hatiku sewaktu di kampus hijau.
Setahuku Shahrul yang sering menyakiti hatiku itu berasal dari Johor dan kini barulah aku ketahui bahawa sebenarnya dia sekeluarga berasal dari Tanah Serendah Sekebun Bunga ini tetapi telah bertahun menetap di Johor Bahru. Baru 6 bulan lepas mereka kembali menetap di tanah kelahiran ayahanda dan ibunda mereka ini setelah bapa mereka tamat tempoh perkhidmatannya selaku Penolong Pesuruhjaya Polis Johor.
Sebelum ini pun aku tidak pernah mengetahui nama penuh Shahrul yang sebenarnya, dan aku tidak pernah untuk mengambil pusing tentang Shahrul, meskipun dia sering menyakiti hatiku. Tetapi mungkin selepas ini aku perlu mengambil berat akan perihalnya, aku perlu mendekatinya dan aku juga perlu mendalami hatinya dengan lebih dekat lagi.
Pada mulanya, setelah melihatkan gambar yang ditunjukkan oleh bakal ibu mertuaku sewaktu Majlis Pertunanganku tempoh hari, hampir terjerit aku di kala itu, tetapi aku bernasib baik kerana aku masih mampu mengawal perasaan dan masih mampu mengukir senyum.
“Inilah Hairi, anak Mama. Hairi ni anak sulung Mama dari lima beradik. Mama harap Erin akan hidup bahagia kelak bersama Hairi. Layarilah hidup kalian dengan bahagia kelak sehingga ke akhir hayat.” Ucap Puan Maria dengan lembut dan penuh dengan sifat keibuan. Dan dia mencium dahiku dengan penuh kasih sayang. Terharu aku rasakan di saat itu. Aku mencium tangannya dengan tulus.
“Hmmhh…. Entahlah….. ibunya dah okey, tapi… kalau anaknya yang tak okey, tiada gunanya, Erin……” keluh Charina sendiri. Saat itu aku merasa kecut kerana aku tahu yang Shahrul sudah berteman. Mungkin juga dia sudah mengetahui akan pertunangan ini lama dulu. Mungkin itulah sebabnya mengapa dia sering memarahiku dulu. Oleh kerana dia tidak dapat meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada kedua ibu bapanya, jadi dia menjadikan aku sebagai sasaran untuk meluahkan rasa geramnya. Mungkin. Hmmhh… entahlah, Erin….


Deringan telefon yang kali kedua itu segera aku capai apabila mencapai deringan yang ketiga. Sewaktu deringan yang kali pertama tadi, aku sedang Solat Isyak di rakaat terakhir. Ketika ini hanya aku seorang sahaja yang berada di rumah kerana Umi dan Abah menghadiri Majlis Ceramah Agama yang diadakan di masjid yang tidak jauh dari rumah kami. Sementara Rini pula sedang menghadiri satu Kursus Kepimpinan yang diadakan di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Putih yang memaksanya bermalam selama tiga hari dua malam. Dan Abangku, Abang Lan pula sedang out station ke Taiping, Perak selama lima hari. Tugasnya sebagai seorang Pengurus Pemasaran di sebuah syarikat tempatan yang sedang meningkat maju itu memaksa dia sering bertemu pelanggan.
Aku berlari pantas menuruni anak tangga dan bergegas mencapai gagang telefon.
“Hello…. Assalamualaikum…”
“Waalaikummussalam.” Satu suara garau menjawab di sebelah sana.
Rasanya aku pernah mendengar suara ini….
…. Shahrul??! Aku meneka. Tiba-tiba rentak jantungku berdegup kencang. Selama dua minggu pertunangan kami ini, dia belum pernah menghubungiku, dan begitu juga aku. Jari jemariku tiba-tiba menjadi sejuk.
“Err, nak cakap dengan siapa?” Aku berbahasa. Dadaku masih bergetar.
“Boleh saya bercakap dengan Charina?”
“Err.. saya..” Sah! Shahrul.
“Ooo… Rina… Arie ni… err… Shahrul…”
“Aaa… Shahrul…” aku tidak tahu untuk mengeluarkan kata-kata lain. Sebenarnya aku gugup seketika. Sebelum ini kami belum pernah berbual mesra bersama. Kalau ada pun itu hanyalah dalam lakonan kami tempoh hari. Selebihnya kami saling tidak mengendahkan antara satu sama lain. Meskipun sesekali ada juga kami bertengkar mulut.
Aku kerap kali juga terserempak dengannya bersama makwenya, Suraya sama ada di kawasan fakulti ataupun di lain-lain kawasan kampus. Kononnya Romeo dan Juliet lah tu, tak pun Laila dan Majnun. Ke mana sahaja berbonceng berdua. Kononnya dunia ini milik mereka berdua.
Setiap kali berpapasan, aku kadang-kala perasan akan pandangan mata Shahrul yang menghala ke arahku. Tatkala itu aku menganggap pandangan itu adalah daripada seorang yang sangat membenciku walaupun tanpaku tahu sebabnya, namun aku tidak pernah mengendahkannya.
Kini barulah aku fahami akan pandangan itu. Shahrul sememangnya membenciku kerana kehendak kedua orang tua kami yang menginginkan kami bersatu menyebabkan cintanya bersama Suraya terhalang. Tetapi aku tidak bersalah, aku tidak pernah menginginkan semua ikatan ini.
“Rina… err…. boleh tak aku nak ajak kau keluar besok?” Lancar suara Shahrul kedengaran di gagang tanpa emosi.
“Keluar? Err, kenapa? Nak ke mana?” Lembut aku bersuara, jua tanpa emosi.
“Ada hal yang nak dibincangkan. Aku ambil kau di rumah besok pukul 8.30 malam selepas Isyak, ya.” Putus Shahrul kemudiannya. Aku berkira-kira seketika.
“Okey,” akhirnya aku memberi jawapan positif.
“Terima kasih, jumpa besok,” ucap Shahrul pendek setelah mendengar keputusanku itu.
“Sama”
“Beep !” Kedengaran gagang diletakkan di sebelah sana. Aku termangu-mangu seketika, namun setelah menyedari bunyi talian yang semakin membising aku kembali meletakkan gagang ke tempat asalnya.