Tuesday, October 23, 2007

CITER PASAL RAYA



Hurm…. Raya ini…
Ntah kenapa, dari awal puasa hingga menjelang ummat Islam mahu menyambut Idul Fitri ini.. aku takde mood nak beraya… sumpah Lillah… Langsung takde mud… sampaikan baju raya pun aku tak kisah ada atau tidak.. Biasanya.. awal2 lagi dah tempah siap2…. Tapi raya ini… langsung…….. dan selepas itu.. barulah aku tau kenapa…. Mungkin ‘sebab itu’jugak la kot… Selepas pemergiannya, baru aku terasa.. mungkin la sbb itu kot kenapa aku feeling macam tu…… Rupanya, bila aku luahkan kata2 tu pada Wanie… dia kata dia pun serupa…. Same mood….. dia cakap, dia nak balik ke kampong utk raya… tapi… mud raya pun takdak… tak kisah jugak pasal baju raya…. Tak tempah pun…. Tapi kan… (huhu) selepas balik KL ni balik after kematian tuh.. baru aku ada mud nak cari baju… so pegi la Jalan TAR… sempat la gak sambar baju raya yg dah siap 2 lai…. Huhuhu lagi… dan sempat belikan jugak selai utk Wanie…. Saborrrr je le aku neh kan….. Ye lah.. yang pergi tetapkan pergi… Kita doakan yg terbaik utk depa…… Yang masih ada harus meneruskan kehidupan dengan sebaiknya…. J

Pagi raya kedua, sewaktu menziarahi pusara arwah yg b’sebelahan dengan pusara arwah datuk, sewaktu m’baca surah yassin…. Tanpa aku ingini dan sedari… air mata ini tetap mengalir….. tatau kenapa… dgn sendiriknya taww….. Esakan turut kedengaran dari Wanie yang b’sebelahanku dan Mak yg dok baca kat belakang kami. Terlebih dahulu, sewaktu kami tiba, Mak Nik ku, Azizah and Kak Sa (the one and only anaknya) with Ain (Kak Sa’s daughter) dan ayah aku dah terlebih dahulu berada di situ ~ ayah pi lebih awal, tak tahan tggu kami b’siap lama~ huhu.. laki kan… AKu tgh mata Mok Nik dah merah dah… Then aku ambik tempat n baca…. Mula ngan Al-Fatihah, pastu mata dah start berair dah…. Sampai ulang baca Al-Fatihah 2 kali… then start… Yaaasiinnnn…. Wal Quraanill hakiiimmm….. Tak semena-mena air mata b’guguran… Napa ntah…. Sbb aku bukan seorang yang cengeng… tapi, ya.. aku tetap b’perasaan rupanya.. huhuuu… Aku teruskan bacaan yg sesekali tersekat-sekat. Esakan dari sebelah dan belakang pun sama. Aku diam sebentar, cakap dgn diri, tak baik menangis atas kuburan neh… Jangan biarkan nenek tgk kita menangis…. Sedih dia nnti…. Aku diam sekejap and tarik nafas… lps tenang skejap tuh.. aku teruskan bacaan sampai habis. AKu berjaya tamat bacaan lebih awal dari Kak Sa yang lebih awal tiba dari aku, sbb anak dia wat pangai jap… Mungkin panas agaknya…

Pastu kitorang balik.. jalan kaki jek… Skang dah tak ramai org m’jual di area kuburan ini. Rumah kami dan kuburan tak le jauh nau…. 10 ke 15 minit je jalan kaki… Tanah PerKuburan Paling besar dan agak terkenal di Kelantan ini, Tanah perkuburan Banggol… yang juga tempat persemadian Raja Perempuan kelantan terdahulu, Cik Siti Wan Kembang, dekat2 area sini jugak la.

Dahulu, tanah perkuburan sini amat meriah dengan seramai2 ramai ummat especially pada Pagi raya ke 2 dan ke 3… masing2 seperti b’pesta la pulak.. beramai2 pada kedua-dua hari itu… Di bahu2 jalan pulak apa lagi… ramai lah makcik2 yang turut sama memeriahkan suasana dgn menjual pelbagai jenis juadah – nasi kerabu, nasi berlauk, etokss, kerabu sarae, bihun goreng, kpok dan b’macam2 jenis lagi…. Pakcik2 yang naik motosikal pun ramai yang tak ketinggalan jual aiskrim…. B’puluh2… kereta ni.. pendek kata jangan cakap la….. jem sepanjang jalan… tambahan jalan pun tak besar.. hanya muat utk one way.. tapi ada yg nak ke hulu.. ada yg nak ke hilir…. Jalan yg sempit, dan makcik2 yang penuh b’jualan dia sepanjang bahu jalan…. Dan org2 yg datang m’ziarahi kuburan… tak ketinggalan anak2 yg b’larian sana sini…. Ayah ibu yg sudah kembali dari kuburan singgah m’beli pelbagai juadah di bahu jalan… mmg pemandangan yang meriah sekali… Tapi sekarang… sume itu sudah tiada lagi… Jalan lengang selengangnya… Hanya ada 2 3 4 5 sahaja makcik yang masih b’jualan…. Hurmm… sekurang-kurangnya aku pernah melalui ‘kemeriahan’ itu dahulu sewaktu zaman kanak2ku….

Raya tahun ini, jadual every day full…. Tiap hari, tetap perlu driving ke sana ke mari (adusss). Dan sepanjang musim perayaan ini juga, 3 kenduri kawin (keluarga terdekat) perlu di hadiri.. dan satu majlis pertunangan sepupu ku…. Huhuhu……… Harus lah aku jadik mangsa soalan lagi…. Awak bila…?? Huhuhu lagi dan lagi dan lagiiii………… Aduss………. Besok…… senang je aku jawab… tak pun.. aku tanya dorang balik… Awak nak bila..?? wakkakakaka…………

No comments: