Tuesday, October 23, 2007

Belasungkawa buat Arwah nendaku tercinta ~ Siti Meriam Sulong


Tanggal 6 Okt 2007, maka completely aku n adik badikku mmg tiada datuk dan nenek lagi dgn pemergian arwah nendaku yang tersayang ke rahmatullah pada pagi hari Sabtu bersamaan 6 Okt 2007, seminggu menjelang ummat Islam menyambut Idul Fitri 1428H ini. Sebenarnya pada pagi itu, sepupuku, Kak Sa (Sabariah) ada b’msj denganku pada 6.48 minit pagi utk bertanya aku balik raya ke KB bila (tarikh) and ngan sapa… aku cakap la, Insya Allah Khamis malam (10 Okt’07) selepas balik keje. Spt yang aku sudah sedia maklum, pastinya dia akan balik bersama suami tercinta, yang kebetulan berasal dari Kelantan juga ~ Pasir Mas ~ bersama sepasang cahaya mata yang comel ittew. Seminit selepas aku menjawab pada 6.49 pagi, maka Kak Sa pun telefon lah aku cakap “Mek dah tak dok doh..” “Mek..? Mok..?” aku mengulang kembali, sbb panggilan kami pada arwah yg berlainan. Mek adalah panggilan aku utk bondaku tercinta. “Ya” Pastu aku tanya bila? Dia cakap baru sekejap dapat panggilan dari KB. Kami terdiam seketika. Dia tanya nak balik tak..? Aku cakap, ntah… Aku Tanya, “Kak Sa?” dia cakap dia balik. Hmm.. dia takpe.. senang la.. sebagai kakitangan MAS, meka sekuarga ble balik dgn flight.. Sekejap pun dah sampai.. Aku? Kena fikirkan jugak adik2 aku yg masih ada di KL ini. Kebetulan malam sebelum itu, adik aku Wanie baru tiba dari Ipoh setelah Polinya bercuti raya selama 2 minggu. Lagi sorang Rizwan yang berada di IKM Kg Pandan ini. Aku beritahu Wanie, “Ni.. Kak Sa tepon.. Mok takdok doh..” Dia t’gezut. Pastu aku terus tepon adik aku yg seorang lagi ~ dah b’suami, Ana, cakap menda yang sama. Dia pun t’kejut.. Pastu dia Tanya nak balik tak ~

Yang sebenarnya, soalan ini aku penah berbincang dengan familyku (mak n ayah) bila adik aku (Zaini Azri) bagi mesej pada Rabu sebelumnya (3 Okt’07) mengatakan nenek kembali masuk wad sbb dah tak sedarkan diri. Kali pertama masuk wad adalah pada akhir bulan August lepas. Waktu aku tau nenek kena stroke tu (lps tu baru tau mild stroke), aku tak tangguh lagi terus decide balik kampung on the spot (kebetulan Jumaat, Sabtu dah cuti), aku call adik aku Ana n Wea cakap b’siap aku ambik. Ana n anaknya Aiman ikut aku sbb husband dia, Nusi tak ble balik sbb ada keje yg urgent to settle.

So, masa tau Mok masuk wad kali kedua, aku terus telefon kampong, mak aku cakap doctor cakap kat sume family… dah takde harapan, darah beku dalam otak dah penuh semuanya. Sewaktu dia stroke that day, dah x-tray…. Mmg ada darah beku, tapi kesihatannya that day okay dan m’berangsangkan… dan Alhamdulillah, selepas seminggu di wad, dia ble keluar dan perlahan2 cover back. Bila bertanyakan mak, dia cakap stroke dia pun dah okay.. dah boleh cakap n bangun… dah almost sihat lah pendek katanya… Tapi itu lah.. dari pengalaman dan pemerhatian.. kebanyakannya sebelum mereka ‘pergi’… mereka akan nampak ‘sehat’ terlebih dahulu… then… selepas itu……….. hurmm…… (u know what I mean, rite..) So.. apa yg aku nak kaitkan di sini… apa yg korang tgk kes Dr. M skang neh ~ yg kuar masuk spital la maksud aku… Hmm……?? (Nauzubillah… Jahat mulut aku neh… :P)

Sebab dahulu pun, sewaktu kes Arwah Dr. Fadzil Noor (bekas Pengerusi PAS Pusat) pada 2002 yang koma after operation, hatiku b’detik that time, tak lama ni… Sbb kes arwah pulak sama dengan kes arwah datuk aku that time. Datuk aku masa tu meninggal sehari selepas b’day ku yg ke **tuuut** pada 1 May 2002. Bila tau arwah datuk sakit n masuk spital n koma a week before (24th May 2002-pun kebetulan cuti apa ntah).. aku pun terus balik dgn bas~ that time~skang drive jek~

Ok, sambung pasal arwah nenek pulak. Sewaktu tau arwah Mok masuk kali kedua itu , aku terus menelefon ke kampong, tanya ngan Mak.. dia tanya mana tau..? AKu cakap adik msj la.. dia cakap yes.. and terangkan sume la… masa tu hari Rabu petang.. Aku Tanya macam mana ni… Nak kena balik ke ni.. ? Mana sedap hati kan… dah tau mcam tu.. Mak cakap, walau apa pun, tak payah balik lah.. Lagi pun nanti nak balik raya lagi, seminggu je lagi.. itu la.. cakapku… Kebetulan aku turut dengar suara Makcik Yah ~sepupu mak aku, anak sedara arwah Mok~ dia cakap ha… tak yah la balik, serba salah je….

Tapi, itu la… demi dengar je berita kematian ini.. aku serba salah jugak.. nak balik, tidak… balik.. tidak…. Kalo balik… dari KL ni balik KB… kurang2 7 jam p’jalanan if driving… kalo balik ngan flight… huhu.. manalah ada duit manyak sangat…. Dah la 2 lagi kepala aku kena fikir…. Dah la nak raya lagi pas ni…. Aku bincang ngan wani japs.. pastu call Kak sa tanya ape tiket flight balik KB… setahu aku, kalo Air Asia yg aku penah naik dulu.. dalam Rm 170 gak la… Kak sa cakap RM 200 plus… hu huuu……. Den tak mampu… Sumpah den tak mampu…. Utk 3 org lagi tu aku kena pk…… Tambahan ini pagi Sabtu… At last on 7.15 aku decide.. kita balik.. Aku drive la…. Siap segera! Then terus tepon Ana again.. bitau keputusanku.. So dia pun ikut balik ngan hubby dia…

Tapi di pendekkan citer, aku tetap tak sempat tgk kali terakhir.. Dorang siap2 sume sebelum Zohor. Aku sampai KB dalam kul 2 lebih… korang bayangkan.. aku start balik dalam kul 8 am gak la dari Serdang… sampai KB kul 2.. Huhu….. Pastu balik KL balik esoknya tu dalam ptg Ahad… sampai KL balik around 2/3 o’clock in the morning… Pastu pi keje sampai Khamis… Khamis petang again aku drive KB balik… nak naik biul aku punya kapla wehhh… Dah la along the way aku drive alone….. Budak berdua neh mana tau drive lagi… ~huh, aku zaman dorang dulu dah ada lessen la wehh~ Mmg ‘hanyut’ gila lah…… Sampai la masih terasa lagi keter’awang-awangan’nya… huhuhuuuuuuuuuuu……

Tapi, takpa… apapun aku redha semuanya…

Mudah2an arwah dan arwah2 datuk dan nenekku yang lain tergolong dalam ummat terdahulu yang beriman dan beramal soleh……. Aminnnn….




No comments: