Charina tersenyum hambar, sekadar mengambil hati gadis berkulit hitam manis itu. Dia meneruskan langkah menaiki tangga tanpa menjawab pertanyaan. Zazila yang kehairanan kerana pertanyaan yang tidak dijawab itu akhirnya mengangkat bahu sendiri dan berlalu ke biliknya.
Sebaik melangkah memasuki pintu bilik, terlihat beberapa biji kotak yang agak besar dan sederhana besar. Beg-beg pakaian pula terselit di antara kotak-kotak yang kebanyakannya berisi buku-buku itu. Dia berjalan melalui kotak-kotak itu dan menuju ke meja tulisnya lalu meletakkan tas tangannya di atas mejanya yang sudah pun kosong itu. Sebetulnya, dia juga telah mengemas barang-barangnya. Cuma tinggal pakaian sahaja lagi yang perlu dikemaskan. Hujung minggu ini bilik-bilik ini semua perlu dikosongkan kerana cuti semester telah pun bermula.
Suara merdu Siti Nurhaliza yang melagukan Bicara Manis Menghiris Kalbu itu menguasai bilik yang sunyi. Entah ke mana pula perginya rakan sebiliknya yang tiga orang itu. Pintu bilik terbuka, radio pula tidak ditutup.
Nampaknya, mereka akan berpisah juga akhirnya. Syikin dan Kak Linz akan menamatkan pelajaran mereka. Dua hari lepas Kak Linz telah selamat menduduki kertas terakhirnya sebagai pelajar di UPM ini, dan semalam, Syikin pula menamatkan kertas terakhirnya. Aku dan Yati masih ada beberapa semester di hadapan, dan pastinya kami juga akan berubah bilik dan mungkin juga blok memandangkan ura-ura kebelakangan ini semakin jelas menyatakan kami akan berpecah kepada 2 blok perempuan dan 3 blok lelaki berbanding sebaliknya pada masa sekarang. Sayang rasanya untuk berpisah memandangkan talian persahabatan yang erat antara kami sebelum ini.
“Menyesal aku baik dengan korang, tau… Nanti sedihlah kita nak berpisah…,” Suara Yati seminggu yang lalu sewaktu kami bercerita aktiviti kami pada masa akan datang. Matanya agak merah pada waktu itu. Begitu juga dengan Kak Linz, Syikin dan aku. Air mata sudah bergenang di ruang mata. Namun kami masih dapat mengawalnya. Control macho, beb…. Pastinya, pada waktu itu Kak Linz dan Syikin sudah pun bekerja sementara aku dan Yati masih lagi bertungkus lumus menamatkan pelajaran kami.
“Entah… kita pun menyesal tau….,” suaraku pula.
“Eleh… dia yang nak berbaik sangat ngan kita, kan Syikin… kita tak nak pun tapi depa ni yang terhegeh-hegeh, kan Syikin…,” balas Kak Linz pula, masih sempat bergurau.
“Oo.. iya ker…?? Bukan dia ker yang nak berbaik ngan kita dulu?”Suara Yati pula mengejek membalas usikan Kak Linz tadi. Matanya memandangku. Aku angguk.
“Korang ni jahatlah… dah lah…., kang saya nangis kat sini kang… sapa nak pujuk…,” suara Syikin pula .
“Abang Hakimi la…,” balasku dan Yati serentak.
Pecah ketawa pada malam itu, seiring dengan air mata masing-masing yang turut berderai. Aku senyum mengingatkan kenangan pada malam itu.
Hmmh… semuanya hanya akan tinggal kenangan… Moga-moga ikatan persahabatan kami ini akan kekal selamanya…
Charina melabuhkan tubuhnya ke katil Syikin sambil leka mendengar lagu terbaru penyanyi pujaan ramai itu. Namun akhirnya dia terlelap dibuai irama dan perasaan.
“Macam manalah agaknya Si Arie dengan Erin dekat sana tu, ya…,” suara Puan Maria suatu hari sewaktu dia ke rumah bakal besannya pada suatu hari di bulan November.
“Lambat benar rasanya majlis tu nak berlangsung. Tak sabar rasanya nak tengok mereka berdua bersanding nanti.” Sambungnya lagi sambil cuba membayangkan suasana pada hari jadi nanti. Riak mukanya ceria menggambarkan suasana yang penuh meriah nanti. Mulutnya becok menceritakan perancangan yang bakal diadakan nanti.
“Kita tunggu ajelah, Cik Maria… Saya pun dah tak sabar rasanya. Maklum ler, menantu pertama…” jawab Puan Fatimah pula sambil tersenyum. Kepala Puan Maria dianggukkan.
“Sama lah kita Cik Timah..”
Kedua-duanya tertawa kecil sambil masing-masing membayangkan suasana di hari perkahwinan anak-anak mereka yang penuh dengan kemeriahan.

No comments:
Post a Comment