Bab 19
Charina melangkah lemah menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Kotak fikirannya masih berlegar-legar memikirkan peristiwa yang berlaku di Desa Pandan tadi. Kunci kereta yang berada di genggamannya dilambung-lambung beberapa kali. Sesekali dia mengeluh perlahan. Kesal dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Namun dia tidak menyalahkan Suraya. Dia tahu Suraya tidak bersalah. Kalau dia berada di tempat Suraya sekali pun dia pasti sakit hati melihat teman lelaki sendiri berduaan bersama seorang gadis lain!
Biarlah aku mengalah! Putus hatinya tiba-tiba. Aku tidak tergamak merampas kebahagiaan orang lain. Aku tidak sanggup dipanggil perampas!! Perampas kasih sayang orang lain.
Tapi… kenapa sekarang baru nak mengalah?? Kenapa tidak dari dulu lagi?? Hati kecilnya tiba-tiba bertanya. Teruskan sahajalah perhubungan ini. Best Women Win! Yang terbaik akan menang! Hatinya berbalah sesama sendiri.
Ah, tarik diri ajelah… bukankah masih ada ramai lagi yang menyukai engkau. Tuuu… Si Faizul tu… apa kurangnya dengan Faizul tu… baik… handsome…. kerjaya pun okay. Apa lagi yang kau nak?? Ambik sahajalah si Faizul tu…
Iyaa… aku tau dia menyukaiku juga. Aku pun akui, aku pernah meminatinya dulu… malah… sekarang ni pun aku masih punyai perasaan itu terhadap dia… tapi… tapi itu masih belum dapat menandingi perasaanku terhadap Shahrul. Aku pun tak tahu, apa yang sudah terjadi kepadaku…. Dahulu, untuk memandang wajahnya sahaja pun aku tidak sudi, Namun… sekarang….. terasa rinduuu yang teramat sangat….
Hei… tadi kau kata nak mengalah sahaja… sekarang….
Yalah… yalah… aku kata jer… tapi keputusan muktamad tu… entah… aku tak tahu lagi…. Tapi… rasanya, aku mengalah sahajalah… lagipun, Faizulkan ada…..
Hey… gatal jugak kau nie… Boleh tahaannn…..
Eh, biasalah….Aku berhak memilih yang terbaik untuk diriku apa…..
Suka hati engkaulah, labuu….
“Hoi… khayal…!” Satu tepukan keras dibahu mengejutkan Charina ke alam nyata. Zazila tersengih melucu. Charina memandang keliling. Laa… dia baru sahaja berada di tingkat satu. Sebetulnya, betul-betul di hadapan bilik tv. Zazila yang baru di muka pintu untuk keluar terperasankannya lalu menepuk bahu Charina.
“Eh, Rin.. kenapa dengan kau ni Rin… mata merah semacam jer…,” suara Zazila melihatkan muka Charina yang muram itu.
Monday, June 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment