Saturday, March 24, 2007

Ermm...


Hmm.. arini, aku kuar jumpa kawan2 ex-matriks Accounting UPM, at Kolej Unitek Malaysia (formerly known as Emile Woolf Colllege of M'sia) Kelana Jaya dulu. Sbbnya, lawat satu kakak kawan ex-housemate kat D-109, Makmur Apartment, Bandar Sunway dulu. Masa study matriks dulu kena dok situ.. Kolej kat Kelana Jaya. Pi bajar naik bas arr.... Lamaaanyaaaaa tak jumpa dorang.... Bila dah jumpa.. kecohnya tak hengat.. Maklum masing2 ada dah b' 2 ada yg b'3.. ada yg dah b' 4... Ramai plak tu yg baru je lepas pantang...... Cuma aku ngan kawan yg kakak dia pi lawat ni je le.. masih tadak nampak apa2 tanda pun.. hu hu huu........

Bila kumpul kat situ (Bdr Putra Permai - dekat ngan Pasar Borong Selangor) dalam kul doblas.... borak2 makan2.... pastu kena pi lak kat umah satu kawan lagi kat Saujana Puchong... dia dah sediakan makanan t/hari dah.... banyak beb.. ulam2an, budu, sambal belacan, ikan pari masak asam pedas, peria goreng telur, daging goreng kunyit, ayam goreng, bledo ( agar2) dan pisang berangan sbg pemanis mulut. Perghh... sampai skang aku masih kenyang... hehehe... dah balik tu.... dia bagi bekal lagi... kurma n zabit dari mekah + air zam zam... makasih zabedah ( nama manja0 nama betuimya norleda... kitorang panggey dia bed or zabedah je....

~FouRteeN~

Bab 14


Shahrul memandang kereta polis yang berlalu tidak jauh darinya berdiri. Kemudian sebuah kereta Nissan Altis mengekori kereta polis itu dari belakang. Bunyi siren dari kereta polis membelah kedamaian pantai itu menimbulkan minat kepada pengunjung pantai berkenaan untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Apakah ada kes rompakan atau pembunuhan? Atau kes pencabulan? Namun tiada siapa yang dapat menjelaskan persoalan mereka itu.

Orang ramai yang berkunjung ke Port Dickson itu memerhati penuh minat ke arah kereta polis dan sebuah Nissan Altis yang datangnya dari sudut hujung pantai ini di mana terletaknya beberapa buah chalet mewah yang biasanya dibeli oleh orang-orang kaya sebagai tempat istirehat mereka di masa lapang.

Setelah kedua kereta tersebut menghilang, kebanyakan pengunjung yang tadinya berlari-lari ke kawasan itu untuk melihat kereta polis tadi kembali kepada aktiviti masing-masing ~ bercanda dan bermandi-manda. Shahrul yang sedang memegang dua tin air Pepsi dan beberapa plastik jajan berserta satu plastik besar seafood itu terpaku seketika di tepi jalan itu. Otaknya berfikir ligat sama ada benar atau tidak pandangan matanya yang seolah melihat Charina bersama dua pemuda di dalam kereta Altis yang mengekori Proton Saga polis tadi. Dia tidak sempat melihat wajah dua pemuda yang berada di dalam kereta polis tadi dengan jelas dan hanya sempat melihat mereka dari arah belakang sahaja kerana sewaktu itu dia baru keluar dari kedai runcit yang disediakan untuk kemudahan pengunjung ke pantai itu. Sedangkan sewaktu Altis melalui kawasan itu, jaraknya yang agak hampir membolehkan dia melihat dengan jelas wajah gadis yang berada di belakang di tempat duduk penumpang di belakang.

Sah! Memang Charina. Detik hatinya tiba-tiba.

Jika dia tidak silap, pemuda yang memandu pula merupakan pemuda yang sama yang ditemuinya dulu di X-tra, The Mines Shopping Fair sewaktu mereka membeli belah dulu. Sah, memang dia. Memang dia! Hatinya tiba-tiba kusut memikirkan apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan Charina, tunangnya itu. Shahrul berjalan pantas ke arah Suraya yang berada di pinggir pantai.

"Haa, Shah… lama you gi…. Penat I tunggu tau." Tegur Suraya kepada Shahrul yang semakin mendekat sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin. Dia bangun lalu menepuk pasir yang melekat di seluar jeans kain denim yang dipakai bersama kemeja mengikut tubuhnya yang lampai dan seksi itu. Dia berpaling ke arah dua tiga pemuda yang berada tidak jauh dari dia berdiri.

"You tau, tadi bebudak tu datang ngurat I sewaktu you takde tadi…." Sambungnya lagi. Shahrul berpaling ke arah pandangan Suraya. Pemuda-pemuda itu juga turut memandang ke arah mereka. Kemudian kumpulan empat orang pemuda terus berlalu ke hujung pantai yang berbatu. Kedengaran mersik suara mereka ketawa di bawa deru angin. Masing-masing menolak tubuh rakan masing-masing sambil ketawa polos. Mungkin mereka saling mengetawakan sesama sendiri kerana gadis yang dikacau sudah berpunya.

Shahrul memerhati gerak laku mereka sekilas tidak berminat. Perkara tadi masih menguasai fikirannya. Shahrul turut merasa hairan kenapa fikirannya bercelaru setelah melihat Charina sebentar tadi, walhal selama ini dia seboleh mungkin ingin menghindari dari mengambil tahu perihal gadis itu. Namun, itu semua berakhir tidak lama dulu. Kini, dia semakin ingin mengetahui kegiatan tunangannya itu. Kalau boleh, setiap detik pergerakan Charina ingin dia ketahui.

Dia tidak sedar bila perasaannya mula berubah, tetapi dia mengingati ini semua berlaku setelah mereka mula memasuki semester ini. Apa yang berlaku sebenarnya? Apakah ini bermakna dia sudah mula menerima Charina? Mengingatkan begitu, dia berasa serba-salah. Macam mana dengan Suraya? Persoalan ini memerlukan tindakan yang teliti dan baik dari dirinya sendiri. Itu yang perlu dia lakukan! Keputusan yang bijak! Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut keluar tetapi tepung tidak terusik. Dia perlu bijak menyelesaikannya. I have to! I have to!! Bicaranya sendiri.

Apakah dia menghadapi masalah? Soalnya dalam diam mengingatkan peristiwa yang terpampang di matanya tadi. Kenapa mereka mengekori kereta polis itu tadi? Apa masalahnya? Dia benar-benar ingin tahu.

Shahrul menghulurkan plastik makanan yang berada di tangannya kepada Suraya.

"Eh, Yang… you dengar tak siren kereta polis tadi?" Soal Suraya tiba-tiba sambil tangannya ligat membuka penutup tin Pepsi yang sejuk itu. Dia duduk kembali di atas pasir pantai yang putih bersih itu dan meneguk air itu. "Kes apa hah?" Soalnya lagi. Dia kini membuka plastik jajan pula dan mengunyahnya rakus. Shahrul senyap berfikir.

"Eh, you ni kenapa berdiri je ni. Duduklah…." Suara Suraya rancak lalu membuka penutup tin yang satu lagi lalu menghulurkannya kepada Shahrul. Shahrul menyambut dan meneguknya perlahan sambil kepalanya ligat mengingati wajah gadis di dalam kereta tadi. Sah! Memang Charina….. Memang dia….. Diam-diam sambil meneguk lagi air itu sehingga habis. Hatinya telah tawar untuk mandi di pantai itu.

"Awak, kita balik…..," putus Shahrul akhirnya. Pandangannya tidak dipalingkan ke arah Suraya di sebelah tetapi di halakan ke arah pantai yang saujana mata memandang di hadapan sana. Burung-burung berterbangan membelah awan. Pengunjung-pengunjung pantai sedang enak berenang ke sana ke mari berlumba sesama sendiri.

"Awak ni kenapa? Tiba-tiba aje nak balik…. Kita baru aje sampai, awak nak balik pulak….," Jawab Suraya membantah, belum puas menghirup udara pantai yang permai itu.

"Tadi elok-elok je, alih-alih nak balik pulak….," rungut Suraya lagi, perlahan! Wajahnya yang bermekap rapi itu memuncung.

Shahrul serba-salah. Dia berpaling memandang wajah Suraya yang memuncung tajam. Wajah yang tadinya ceria berubah kelat. Plastik berisi jajan dan seafood tadi diletakkan di atas pasir di sisinya, di antara mereka berdua. Tiba-tiba Shahrul tersenyum manis mempamerkan giginya yang putih tersusun rapi. Dia tahu, dia yang bersalah kerana ajakannya sebentar tadi. Dia perlu memujuk. Malas dia bertengkar lagi. Sejak akhir-akhir ini mereka asyik bertengkar sahaja, yang adakalanya melarat-larat sehingga beberapa hari. Adakalanya seminggu juga.

"Sorry la Baby…. I letih tadi. Okaylah, kita duduk sekejap lagi dalam beberapa jam, pas tu kita balik ya…" Ujarnya ke arah Suraya yang membatu.

Suraya senyap.

"Okay, Bie?" Pujuk Shahrul lagi lembut. Tangannya mencapai jejari Suraya dan mengelusnya lembut. Kepalanya dihulurkan bertentangan dengan wajah Suraya dan membuat memek muka lucu di hadapannya. Muncung Suraya mulai hilang.

"You ni teruklah….. Benci I….," ujar Suraya tiba-tiba sambil tangannya mencubit tangan Shahrul manja.

"Aduh!" Shahrul mengaduh kesakitan. "Matilah I….." balas Shahrul bergurau sambil merebahkan diri di pangkuan Suraya.

Suraya ketawa mengekek.

"Padan muka…. Tulah…. Mengada-ngada sangat nak balik…" ujar Suraya lagi disulami ketawa halus. Dia mengusap-usap rambut Shahrul lembut.

Shahrul sengih.

Fuh! Lega…. Berjaya taktik aku…..!! teriaknya di dalam hati.

Shahrul bangun dari pangkuan Suraya.

"Jom jalan-jalan." Suaranya lagi sambil menghulurkan tangan untuk menarik Suraya dari duduknya.

"Boring lah dok mengadap sini aje…." Sambungnya lagi.

Suraya menyambut tangan Shahrul.

"Jom…"

Mereka berjalan berpimpinan tangan sambil bergurau senda tanpa mempedulikan pandangan orang lain. Pada pengunjung di situ, fenomena itu adalah biasa. Setiap hujung minggu pasti penuh anak-anak muda yang bercanda berduaan. Bagi mereka, asalkan aksi mereka itu tidak menjolok mata dan mengatasi batas susila, sudah.

Petang mulai melabuhkan layarnya. Sinar-sinar senja mulai berbunga di kaki kirmizi. Para pengunjung mulai beredar dari situ. Shahrul dan Suraya turut berangkat pulang. Mereka berjalan mesra sambil memeluk pinggang ke arah kereta Hyundai Coupe merah bata milik Suraya. Kereta hadiah Papanya sempena ulang tahun kelahiran ke 22 tahun lalu itu tidak dibawa ke kampus kerana mereka lebih selesa berbonceng ke kelas. Senang parking! Alasan yang paling munasabah digunakan. Kereta itu hanya digunakan apabila mereka ingin dating diluar dari kawasan kampus mereka. Setelah mentari terbenam diufuk barat, mereka sampai di rumah sewa Suraya. Setelah itu, Shahrul memandu pulang ke kolejnya. Malam nanti mereka akan berjumpa lagi untuk makan malam.




"Erin, phone….." sentuhan di bahunya menyedarkan Charina dari lena. Rupanya Yati mengejutkannya dari tidur. Dia bangun terpisat-pisat lalu menyambut panggilan dari telefon bimbitnya.

"Hello… Assalamualaikum…." Ucapnya lembut.

"Waalaikum salam…" Suara lelaki di sebelah sana menjawab.

Shahrul? Dalam kantuknya dia masih mengecam suara tunangnya itu. Dia memandang jam di atas meja tulisnya. Pukul 11.05 malam. Sebenarnya dia terperanjat. Ini merupakan kali pertama Shahrul menghubunginya melalui talian telefon bimbitnya ini.

"Shahrul?" Soalnya inginkan kepastian.

"Ya…" jawab Shahrul ringkas.

"Erin…,"panggil suara sebelah sana selepas pertanyaan Charina tadi.

"Saya…" dia menunggu bicara Shahrul.

"Erin……" senyap lagi.

"Err…. saya nak ajak awak keluar sekejap, boleh?" Lancar suara Shahrul menyoalnya.

Charina menutup mulut menahan kuap.

"Kenapa? Ada hal penting ke?" Sekali lagi dia menutup mulut menahan kuapan.

"Boleh tahan…"

"Tak boleh tunggu esok ke….?" Soal Charina pula berkira-kira sebentar. Dia merasa keletihan yang teramat sangat setelah tenaganya terbuang dihabiskan untuk meronta melawan aksi Farid dan Budin siang tadi. Seboleh mungkin dia mahu melontarkan peristiwa tadi dari kamus kenangannya. Kemudian dia teringat perjanjiannya dengan Faizul. Charina tahu, Faizul tidak akan mengingkari janji mereka.

"Kenapa? Penat ke?" Soal Shahrul mesra. "Sekarang tak boleh ya?" Sambungnya lagi.

Charina tiada masa untuk berfikir perubahan sikap Shahrul yang selama ini dingin terhadapnya tiba-tiba menelefonnya dengan suara mesra ingin berkawan itu. Dia lebih sibuk melayan kuapannya itu.

"Sebenarnya saya tengah tidur tadi…." Terangnya ikhlas.

"Oh…. Kalau begitu saya telefon nantilah…. Kita bertemu kemudian…." Ujarnya senang.

"Okay, malam esoklah… pukul 9.30 malam…" Putus Charina pula.

"Beyeh!" Balas Shahrul senang.

"Okay… jumpa besok…. Bye…"

"Bye…"

Setelah itu Charina kembali memanjat tangga ke tingkat atas lalu menyambung tidurnya yang terganggu. Tadinya dia terpaksa turun kerana bateri handsetnya sedang dicaj.

Yati yang tadinya mengangkat telefon menghilang entah ke mana. Ke bilik Ita mungkin, ataupun jugak ke bilik rakan ROTUnya yang lain. Kak Linz dan Syikin dari tadi lagi ke bilik tv untuk merelease tension. Daripada kami berempat, hanya Yati yang menganggotai Pegawai Kadet Latihan Simpanan atau lebih dikenali sebagai ROTU itu, Reserve Officer Training Unit. Sebenarnya KOSASS ini merupakan kolej untuk penempatan khas bagi pelajar-pelajar yang menyertai kegiatan ROTU ini. Namun, terdapat juga pelajar yang bukan ROTU tinggal di kolej ini seperti aku dan dua lagi rakan sebilikku yang lain dan ramai lagi pelajar lain. Oleh sebab itulah pelajar bukan ROTU adalah terhad berbanding pelajar yang menyertai ROTU.

Setelah meletakkan kepala ke bantal, aku terus terlena. Aku tidak sedar bila mereka bertiga masuk ke bilik. Apa yang aku sedar, pagi keesokannya jam yang ku kunci dari handsetku menjerit lantang mengejutkanku dari lena untuk menunaikan solat Subuh. Selepas turun dari katil, aku mengejutkan Syikin, Kak Linz dan Yati. Setelah itu aku mencapai berus dan ubat gigi lalu menuju ke tandas.



Thursday, March 22, 2007

he he heeee......



weehh korang

aku dah hapdet taww

next hapdet.....

4 tahun lagi.... :D :P

wakakakaa...


~poyo~

~~~JuJuR~~




tatau napa... tapi aku suka sangat ngan lagu ni..


JUJUR

Duhai kekasih pujaan hatiku
Apakah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji

Buktikanlah bila ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama

corus :
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkanlah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
O... Ho... O... Ho...

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkanlah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya.....................

Paste Lagi... Muehehehe.....


Masih meneruskan tradisi....
copy and paste.. ekekke...


~ReNunGan unTuk Org Yg SedanG BerCinta.... ~


Jangan cinta kerana dia lelaki
kelak kita akan membenci
jika dia bukan lelaki yang dicari

hanya pandai menabur janji


jangan dirindu pada paras rupa
kelak kita akan tersiksa
jika dia tidak sebaik rupanya
senyuman yang manis tipu belaka


jangan disayang kerana berharta
kelak kita hidup menderita
jika hartanya habis dibelanja
sukarnya hidup miskin dan papa


jangan dikasih kerana dipuji
kelak kita menagih janji
jika rupa berkedut dimamah hari
hilang udah puji memuji

jangan dicari seorang kekasih
kelak kita akan disisih

jika kasih luntur bersih
menangislah diri hidup bersedih

jangan disambut salam
rindu
kelak kita menahan sendu
jika rindu tak dapat disatu

di manakah kita akan mengadu


jangan dilayan seorang teman
kelak hidup menjadi ancaman
jika teman tidak beriman
dibakar api dihari kemudian

wahai sahabat wahai teman
carilah dia kerana Tuhan
untuk menambah ceteknya iman
bekalan diri hidup berteman

wahai sahabat wahai teman

cintailah dia kerana beriman
dijadikan tuhan sebgai pasangan
baik buruk ketentuan tuhan

wahai sahabat wahai teman
terimalah dia penuh keikhlasan
andai buruk anggaplah dugaan
andai baik, pujilah tuhan

wahai sahabat wahai teman
ingatlah akan janji tuhan
isteri yang baik besar balasan
suami penyabar itulah kemenangan


Hmmm... sekian.....
macih.... :-D

~Thirteen~

Bab 13


Setelah memberi keterangan di Balai Polis Port Dickson, Charina dibenarkan balik. Farid dan Budin turut dibebaskan kerana tiada bukti kukuh yang boleh disabitkan mereka bersalah. Namun mereka diberi amaran secara lisan.

Pihak polis mengatakan, jika perlakuan mereka itu dianggap bersalah, maka Charina juga turut bersalah kerana berada di situ dan mengikuti mereka ke situ dengan sengaja. Charina terkedu, namun dia faham kerana dia juga mempelajari undang-undang di dalam kertas Commercial Law pada semester lepas. Sedikit sebanyak dia memahami prosedur proses pengadilan, di mana "Seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sebaliknya dibuktikan dia bersalah." Nampaknya dia tiada bukti yang nyata yang boleh ditonjolkan sebagai bahan bukti bahawa dia telah diperdaya oleh Farid dan Budin itu.

Dia sudah menceritakan segalanya peristiwa dari awal hingga akhir bagaimana Budin yang mengaku sebagai Tengku Mazri datang menjemputnya di kolej dan membawanya ke Bukit Antarabangsa sebelum membawanya ke Port Dickson ini kepada pihak polis. Namun, dia tiada bukti! Tiada siapa yang tahu kes itu kecuali mereka bertiga. Namun, mereka berdua lebih cekap memutar belitkan cerita menjadikan seolah-olah dia pula yang gatal dan bersalah kerana mengikut mereka ke mari. Serasa perasaan malu yang teramat di kala itu. Jika ditutup dengan sepuluh helai gebar pun belum tentu hilangnya perasaan malunya itu. Tiba-tiba dia teringat, Pak Wahab dan Mak Yam tahu akan perkara itu.

Oh, ya….. ada lagi….. Pak Wahab dan Mak Yam…. Mereka tahu pasal hal ini. Tapi…. tentulah mereka tidak dapat bekerjasama dengannya kerana Farid merupakan majikan mereka. Apa-apahal, tentu mereka akan berpihak kepada majikan mereka. Jika tidak pun, mereka pasti mendiamkan diri tidak mahu campur tangan. Duga Charina sendiri. Dengan itu dia memutuskan tidak mahu melanjutkan perkara ini. Biarlah cerita ini menjadi satu pengalamannya agar dia lebih berhati-hati dengan ragam manusia di masa depan!

Mungkin juga ini salahnya sendiri kerana terlalu lurus dan jujur mempercayai orang lain. Charina menerima peristiwa ini berlaku di atas kekhilafan dirinya sendiri dan tidak berhasrat untuk memanjangkan kes itu. Seboleh mungkin dia tidak mahu menghebahkan kepada sesiapa pun melainkan kepada yang terlibat secara langsung itu sahaja. Dia juga tidak berhasrat untuk memberitahu kedua ibu bapanya, apatah lagi kepada Shahrul dan keluarganya.

Charina berharap peristiwa ini akan menjadi satu kenangan buatnya yang akan mengajar agar dia lebih matang dalam menempuhi rencam dunia yang pelbagai dan membolehkan dia lebih berhati-hati di masa akan datang. Benarlah kata orang tua-tua, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Sedangkan pada masa sekarang pun, rambut yang hitam boleh diwarnakan, apatah hati yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Mungkin pelbagai warna dicampur adukkan membentuk satu warna yang amat menggerunkan!

Di dalam era kehidupan manusia yang serba mencabar ini, pelbagai pengalaman hidup yang perit, manis, tawar lembar menyebabkan manusia lupa akan rasa prihatin dan perikemanusiaan sesama sendiri, sehingga menimbulkan pelbagai jenis jenayah yang kadang kalanya tidak dapat diterima akal fikiran. Dewasa ini, setiap hari di dada media elektronik mahupun media cetak, kisah-kisah jenayah masih menjadi agenda utama. Peristiwa rompakan senjata, rompakan bank, kes pembunuhan, penculikan, pencabulan, masalah keruntuhan moral ~ bohsia, bohjan, buang bayi, sodomi semakin melarat-larat.

Namun dia pasti, setiap masalah dapat diselesaikan. Sepertimana firman Allah pernah menyebut setiap penyakit ada penawarnya, sudah pastilah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Yang pastinya semua orang perlulah kembali kepada ajaran yang maha Esa yang dibawa oleh Nabi (saw), yakni kembali kepada Islam!

Setelah semuanya selesai, masing-masing keluar dan pulang menghala ke arah tujuan mereka sendiri. Farid dan Budin dengan megahnya keluar sambil melemparkan senyuman mengejek ke arahnya.

"Sayang, nanti you datang lagi ke tempat I lagi tau….," ujar Farid mengada sambil mengenyitkan mata ke arahnya tanpa mempedulikan pandangan tajam dari Faizul dan Azmi. Budin yang di sisi tersengih-sengih. Charina tidak mempedulikan kata-kata Farid sambil melangkah laju mengekori langkah Faizul ke keretanya yang diletakkan di satu sudut di balai polis itu. Hatinya menyumpah-nyumpah geram namun disabarkan hatinya.

Setelah alarm dipetik dan pintu dibuka, Charina memboloskan diri ke dalam kereta pantas tanpa suara. Di dalam hati dia kesal di atas segala yang terjadi itu. Namun nasi telah menjadi bubur. Sejuta kali dikesalkan pun, perkara sudah pun berlaku. Dia sedar ini semua merupakan dugaan Allah ke atasnya!

Di dalam perjalanan pulang, Faizul menceritakan bagaimana dia terdengar jeritan meminta tolong beberapa kali. Sewaktu itu, dia dan rakan sepejabatnya, Azmi sedang dalam perjalanan pulang dari berjumpa client setelah habis sesi janji temu dengan clientnya di restoran yang berdekatan di PD ini.

Memandangkan clientnya tertinggal beberapa dokumen penting di chalet yang berdekatan dengan chalet Farid, dia dan Azmi sudi mengikut client mereka pulang ke chalet itu untuk mengambil dokumen berkenaan. Dan dia mendengar laungan meminta tolong itu setelah melalui jalan yang berdekatan dengan chalet kejadian tersebut di dalam perjalanan pulang. Dia terus menghentikan keretanya lalu berlari pantas menendang ke arah pintu chalet yang tertutup kemas.

"Tapi Faizul tak sangka yang perempuan yang meminta tolong itu adalah Erin……," tambah Faizul lagi sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali seolah tidak mempercayainya. Dia merenung wajah Charina yang masih ayu meskipun agak muram dari cermin pandang belakang. Perasaan simpati, kasih dan ingin melindungi bersesak di dadanya.

Sayangkah aku kepadanya..?? Cintakah aku terhadap gadis ini …?? Soalan itu tiba-tiba muncul di benak Faizul.

Charina menundukkan kepalanya sambil menggigit bibir. Perasaan malu yang teramat sangat bersarang di hatinya. "Memang saya yang bodoh kerana mempercayai mereka. Saya… saya … saya tak sangka yang mereka sanggup mengkhianati saya. Saya…," suaranya terhenti di situ. Ada cecair jernih yang bertakung di bibir mata, namun dia cuba menghindarinya daripada mengalir.

"Jangan menyalahkan diri sendiri. Erin tak bodoh, tapi mungkin nasib Erin yang kurang bernasib baik. Tapi….. syukurlah Erin tidak menjadi mangsa rakus si Farid durjana tu…., " suara Faizul lagi penuh geram. Sungguh-sungguh dia geram!

"Betul tu… awak bernasib baik kerana kami tiba tepat pada masanya….." Tambah Azmi pula. Dia yang berada di kerusi penumpang di depan berpaling ke arah Charina yang berseorangan di belakang.

"Awak rapat ke dengan mereka tu?" Soal Azmi lagi sambil memalingkan kembali wajahnya ke depan.

Charina sepi seketika untuk mencari kata yang paling sesuai. Sambil tangannya menyapu wajahnya dengan tisu.

"Budin tu saya tak kenal langsung le, cuma sekali dulu. Tapi dengan Farid tu agak rapat juga beberapa bulan dulu. Dia selalu datang ke kolej saya selepas satu peristiwa dulu." Terang Charina sambil menceritakan peristiwa ketumpahan air laici yang memalukannya dahulu sehinggalah dia semakin rapat dengan Farid. Faizul dan Azmi menganggukkan kepalanya beberapa kali. Charina turut memberitahu berkenaan hasrat Farid yang beberapa kali proposednya tetapi dia menolak. Dia tidak segan meluahkan kepada mereka berdua kerana mereka sudah mengetahui kisah yang amat mengaibkannya beberapa jam tadi, dan Charina berasa amat terhutang budi di atas bantuan mereka itu.

"Err, Faizul…."

Faizul berpaling ke arah Charina sebentar dan kemudian kembali memandang ke depan. Jalan agak lengang. Suasana mulai kelam. Mentari semakin menghilang di ufuk barat.

"Kenapa?" Soal Faizul setelah Charina senyap buat seketika.

"Err, saya nak mintak tolong agar awak rahsiakan kejadian tadi dari Kak Linz dan roomates saya yang lain, ya…..," pinta Charina lembut penuh harapan. Seboleh mungkin dia tidak mahu rakan-rakannya mengetahui kes tersebut. Faizul agak rapat dengan mereka sebilik. Beberapa kali mereka keluar makan beramai-ramai sehinggakan sudah mesra. Ibarat kawan yang sudah bertahun-tahun kenal.

"Tapi kenapa?" Soal Faizul hairan sambil berpaling ke arahnya seketika sekali lagi sebelum kembali menumpu perhatian kepada pemanduannya.

"Takde apa, cuma saya tak nak mereka tau je…. Saya tak mahu susahkan mereka dengan cerita saya ni….." Senyap seketika.

"Lagipun, saya rasa tak payah la kes ni dihebohkan. Kira stop sampai tadi je. Kiranya antara kita saja yang tahu….," terang Charina lagi.

Faizul senyap seketika sebelum mengangguk.

"Kalau mereka kacau awak lagi?" Soal Azmi pula.

"Takpe… saya rasa mereka takkan ganggu saya lagi…" Balas Charina.

"Awak yakin?" Faizul pula menyoal. "Awak tak dengar kata-kata Farid tadi?" Sambungnya lagi.

Charina senyap.

"Entah… tapi saya rasa mereka takkan berani buat begitu lagi pada saya. Kalau mereka berani apa-apakan saya lagi. Taulah saya apa yang saya nak lakukan. Saya akan lapor kepada pihak universiti dan pihak polis." Terang Charina lagi tegas.

Mereka mengangguk-angguk.

"Tolong ya, jangan kasi tau mereka." Pinta Charina lagi penuh mengharap.

Faizul senyap.

"Please….," pintanya bersungguh.

"Tapi….. saya rasa mereka patut tahu….," Faizul meluahkan pendapatnya. Azmi diam tanpa kata. "Kenapa awak tak nak mereka tahu? Awak ni peliklah…," sambung Faizul lagi.

"Ala… tolong la… Saya tak nak susahkan mereka. Lagi pun, saya malu…!" Jawab Charina perlahan.

"Apa yang nak dimalukan? Kalau mereka tahu lagi senang untuk mereka mengawasi keselamatan awak di masa akan datang." Ujar Azmi pula yang diam dari tadi. Hanya sesekali menambah kata.

"Sebenarnya, pada saya ini privacy…. Saya tak suka orang tahu pasal saya… pasal kisah peribadi saya…. Tambahan lagi hal ini boleh menjatuhkan maruah saya..!" Luah Charina lagi. "Tolong ya Faizul… jangan pecahkan kisah ni…." Sambungnya lagi penuh mengharap.

Faizul senyap seketika.

"Tapi itu untuk kebaikan awak juga…."

"Please….."

"Yalah! Saya tak akan beritahu dekat Linz…." Putus Faizul akhirnya. "….. tapi kali ini saja…. Kalau apa-apa lagi yang berlaku di masa depan tu, saya tak janji akan simpan rahsia ni lagi dari mereka….. Dan, lagi satu, tolong la beritahu mereka jika apa-apa yang berlaku kelak….dan … termasuk juga saya…..," repek Faizul lagi.

Aku lega mendengar kata-katanya.

"Yalah, kalau ada apa-apa di masa depan tu, saya bagi tau mereka….," balasku sekadar menyedapkan hatinya.

Sebenarnya aku pun tidak tahu kenapa aku agak keberatan untuk memberitahu apa-apa masalahku jua terhadap sesiapa pun even kepada Umi ataupun Abah. Biasanya aku lebih senang menyelesaikan masalahku sendiri. Selagi aku boleh menyelesaikan tanpa bantuan, aku cuba menyelesaikannya sendiri. Itulah perangaiku selama ini. Aku sendiri turut hairan dengan sikapku yang satu ini.

Faizul sudah memandu melepasi Plaza Tol UPM. Setelah tiba di lampu isyarat memasuki UPM, dia memberi isyarat ke kiri dan kemudian terus memandu menuju ke kolej. Setelah tiba di KOSASS, dia terus balik tanpa bertemu dengan Kak Linz kerana dia mengejar masa untuk menghantar Azmi di pejabat mereka di Jalan Klang Lama kerana kereta Azmi ditinggal di pejabat mereka sebelum mereka ke PD pagi tadi.

Selepas memerhati kereta Altis itu hilang dari pandangan, aku berjalan lemah menuju ke bilik sambil benakku ligat mencari idea mencipta alasan yang munasabah kerana pulang agak lewat sedangkan aku sudah meninggalkan mesej untuk keluar sekejap cuma. Jam di tanganku menunjukkan ke angka 8.00 malam. Aku mempercepatkan langkah kerana waktu Maghrib sudah lanjut. Namun akhirnya aku berlari-lari anak menuju ke bilik. Sesampai di bilik, Yati dan Syikin tengah solat sementara Kak Linz sudahpun siap dan sedang melipat sejadah dan kain telekung.

"Haa… dari mana ni…. Malam-malam baru balik?" Sapa Kak Linz setelah melihatku.

Aku senyum tawar. Wajahku menggambarkan keletihan yang teramat.

"Ada hal tadi. Nanti karang la Erin cerita, sekarang nak solat dulu." Jawabku sambil menyalin blaus dan skirt labuhku yang dipakai tadi. Nasib baik tak koyak! Aku bergegas ke tandas untuk mengambil wuduk dan bergegas menunaikannya. Setelah itu aku kembali ke tandas untuk membersihkan badan.












Monday, March 19, 2007

Hmmm.... tatau nak tulih menda..

Hmm.... apasal lah aku tiap kali aku hapdet blog ini, musti copy n pasteee je manjang eks..?
pasai... menda tuh dah mmg ada dalam thumb drive aku...... sekurang2nya, membuatkan aku hapdet jugak blog haku kan... walau pun aku tatau ada org baca ke tidak... wakakaka..... janji aku hapdet... keh keh keh.... lagi satu, aku pemaleh.. malas nak nulis panjang2.... sebab musti ambik masa yg lama kan.. nk karang ayat... padahal keje tiap ari menimbun..... Agaknya, korang yg salu hapdet neh... tadak keje kot gamaknya kan..? hehehehe.. -sigh-

Erm, kekadang nak jugak tulis pasal diri ini... tapi aku sogan la....... Aku ni yg sebenar2 benar3nya.. pemalu orgnya taww.... wakakakakaa.... tapi aku kaber jek ngan muka poyo yg tak malu..... Tapi, walau apapun, aku rasa aku ni reserve orgnya, sbb tu macam ni........

Tapi, walau apapun.. aku yg sebenar2nya tatau nak nulih apa ni... Sesaja meraban....

K la, nk maghrib dah.. hapdet lain masa lak... chow dulu la..

Sunday, March 18, 2007

~TweLvE~




Bab 12

Tengku Mazri membelok ke kanan ke arah beberapa buah chalet yang agak menarik dan besar berbanding chalet yang kami lalui tadi. Kedudukan chalet ini adalah berjauhan di antara satu sama lain dan mempunyai halaman yang disusun reka amat menarik dengan pokok-pokok bunga yang pelbagai warna itu. Akhirnya dia menghentikan keretanya di sebuah chalet yang paling hujung di antara susunan chalet-chalet tadi.
Charina pantas keluar setelah melihat Mazri yang baru sahaja menutup pintu kereta itu berjalan menghala ke arahnya untuk membuka pintu kereta sebelahnya. Dia tidak mahu dilayan umpama Puteri Raja. Segan dan tidak biasa dilayan sebegitu.
Tengku Mazri tersenyum meleret melihat gelagatku.
"Jom…," ucapnya lalu dia berjalan menuju ke chalet tersebut dan aku mengikutnya dari belakang.
"Mungkin Farid dah lama menunggu…..," sambungnya lagi lalu tunduk membuka tali kasutnya.
Aku tersenyum meleret tanpa kata. Takut juga rasa di hatiku kerana kami sudah lama tidak bersua muka semenjak pertemuan kami di kolejku dahulu. Itu pun berakhir dengan pertengkaran kecil, namun baru-baru ini dia ada menghantar bunga melalui delivery sewaktu pesta konvo.
Aku membuka sandalku dan mengikuti langkah Mazri yang sudah berada di ambang pintu. Dia mengeluarkan kunci dan membukanya cermat. Hatiku berdebar-debar. Entah siapa lah yang berada di dalam. Betul ke dia ni boleh dipercayai. Sepantas kilat perasaan itu muncul dibenakku. Terasa menyesal pula kerana mengikutnya ke mari.
"Jemputlah masuk….," suaranya setelah melihat langkahku yang teragak-agak itu. Aku menelan liur sambil menyentuh hujung rambutku yang melepasi bahu itu perlahan. Wajahku cuba aku selambakan sebaik mungkin agar tidak dia sedari perasaanku di kala ini.
Aku mengangguk kepala perlahan sambil tersenyum pendek.
"Sunyi je nampaknya, takde orang ke?" Aku cuba bersuara agar Tengku Mazri tidak dapat meneka perubahan sikapku.
"Farid tidur kot…," balas Tengku Mazri lalu membiarkan pintu terbuka. Mungkin juga dia memahami perasaanku di kala ini. Dia berjalan menghala ke arah sebuah bilik yang berada di chalet itu. Terdapat tiga buah bilik di chalet itu. Aku memerhati sepintas lalu. Cantik! Susunan perabotnya kemas dan tersusun.
"Awak duduklah dulu ya… saya nak cari Farid sekejap." Ucapnya lagi lalu memboloskan diri memasuki bilik yang pertama tadi. Sekali lagi aku menelan liur namun aku cuba mententeramkan hatiku ini. Sebentar kemudian Tengku Mazri keluar sambil menggelengkan kepalanya.
"Farid takdelah… mungkin dia keluar kot….," ujarnya lagi lalu tersenyum ke arahku.
"Tadi minta tolong kita jemput, sekarang dia pula ntah ke mana…," Tengku Mazri membebel seorang diri. Perlahan namun dapat aku dengarinya.
"Awak duduk dulu la ya… saya nak ke belakang sekejap."
Aku mengangguk. Selepas Mazri menghilang di sebalik tirai yang berenda indah itu, aku bangun untuk melihat gambar yang tergantung di dinding berhadapanku itu. Gambar keluarga Farid rupanya. Daripada gambar itu aku dapat ketahui bahawa Farid masih mempunyai dua saudara. Seorang abang dan seorang kakak. Ooo… dia yang bongsu rupanya….
Sedang asyik aku memerhatikan gambar yang kedua, terdengar satu deruan enjin kereta yang menghampiri chalet tersebut dan kemudian dimatikan. Aku terus memerhatinya dari tingkap berukir yang dibuka oleh Tengku Mazri tadi sebelum dia menghilang. Kelihatan Farid bersusah payah keluar dari kereta Mercedez model terbaru itu sambil dibantu oleh pemandunya. Dia berjalan dalam susah payah sehinggalah sampai di beranda chalet itu.
Charina cepat-cepat menuju ke sofa yang empuk itu dan membuka sebiji majalah lalu melihatnya sepintas lalu. Sebenarnya dia tidak tahu apa yang perlu dia buat ketika itu. Dan dia tidak mahu Farid tahu dia memerhati aksi Farid sebentar tadi. Namun timbul rasa kasihan melihatkan keadaan Farid tadi. Dia terus membelek majalah.
"Eh, Erin… dah sampai pun….," terdengar suara Farid dari belakangnya. Charina berpaling ke arah Farid yang baru melepasi pintu itu. Dia melemparkan senyuman manisnya lalu bangun untuk membantu Farid yang terhencot-hencot dibantu oleh Pak Wahab, pemandunya itu. Pada ketika itu Tengku Mazri turut keluar dari tempat ditujuinya tadi.
"Haa.. ke mana kau tadi Farid? Aku ke rumah kau tadi, Mak Yam tu kata kau ke sini. Aku ke sini kau takde pulak…" Soal Tengku Mazri pantas sambil menatang semangkuk buah anggur dan sebotol air coke yang diletakkan di dalam sebiji talam yang sudah pastinya berukir indah di kelilingi beberapa biji gelas.
Huh! Orang bangsawan yang hartawanlah katakan…. Mestilah sepadan dengan perkakas yang menawan belaka. Cetus Charina di dalam hati. Keluarganya sendiri pun boleh dikatakan dalam golongan berada, namun tidaklah semewah itu sehingga membeli peralatan yang tentunya ditempah khas itu.
"Aku singgah di gym tadi sekejap untuk praktis kaki aku ni…." Balas Farid sambil menunjukkan ke arah kakinya yang bersimen, dibaluti kain kasa yang tebal. Kini kain putih itu nampaknya tercemar dihiasi pelbagai signature dan kata-kata. Mungkin ditulis oleh Farid sendiri atau rakan-rakannya.
Setelah didudukkan di sofa, Farid merenung wajah manis Charina sehingga Charina serba salah. Tiba-tiba Farid tersenyum .
"Alahai… rindunya saya kat awak Erin…. Dah lama kita tak bercanda," lancang mulut Farid bersuara di hadapan Pak Wahab dan Tengku Mazri, sepupu Farid yang tua empat tahun dari Charina dan tiga tahun dari Farid sendiri. Matanya tidak putus merenung wajah ayu Charina. Sambil itu dia memegang pergelangan tangan Charina dan menariknya sehingga Charina terduduk di sebelahnya. Charina yang merasa malu secepat kilat cuba menjauhkan diri dan bangun dari situ namun sepantas kilat Farid meletakkan tangannya di bahu Charina dan mengeratkan pelukan di bahu Charina. Wajah Charina yang cerah dibaluti warna kemerahan. Dia cuba merungkaikan pelukan di bahunya.
"Farid, jangan buat saya macam ni… lepaskan saya." Dia memohon Farid melepaskan tangannya secara hormat, namun dipersendakan oleh Farid. Sebelah tangannya lagi ditaut di melintasi hadapan dada Charina. Charina bertambah segan dan hampir-hampir menangis kegeraman. Dia cuba bertindak kasar setelah rayuannya secara lembut tadi tidak dipedulikan.
"Ehem!" Tengku Mazri berdehem.
" Farid…. Cukuplah tu… takkan kau nak dedahkan aksi kau kat sini di depan kami ni….," Tengku Mazri cuba menyelamatkan Charina dari pelukan Farid. "Kok ye pun, respeklah kami kat sini… kami ni bukannya tunggul…. Dan Charina ni bukannya patung mainan……," sambung Tengku Mazri lagi menyindir lalu menuang air coke ke dalam gelas selamba. Farid melonggarkan dakapannya. Charina bingkas bangun.
"Pak Wahab, jemput minum… Charina…. Dan Farid, jemput minum semuanya…" suara Tengku Mazri lagi.
"Takpe lah, Pak Wahab dah minum tadi. Sekarang Pak Wahab nak balik. Nanti kalau Tuan Farid nak balik, telefonlah ya…. Nanti Pak Wahab datang ambil." Selepas dia bercakap terus dia berlalu.
"Pak Wahab!" Panggil Charina yang sedang berdiri. Pak Wahab terhenti dan menoleh.
"Saya nak ikut balik sama Pak Wahab. Nanti Pakcik turunkan saya di Kuala Lumpur." Suara Charina setelah mendengar kata-kata Pak Wahab tadi. Tidak sanggup rasanya dia berada di situ lagi memandangkan layanan kurang ajar yang diterimanya dari Farid sebentar tadi. Jauh-jauh dia datang semata-mata memenuhi hasrat hatinya, namun ini layanan yang diperolehinya, bentak hati Charina. Perasaan kesal menyelubungi hatinya kerana telah terpedaya dengan Farid dan sepupunya itu!
Pak Wahab menoleh ke arah kedua-dua Tengku yang berada di situ mencari jawapan daripada majikannya.
"Duduklah dulu, nanti saya hantar awak. Pak Wahab boleh pergi." Putus Tengku Mazri kemudian. Pak Wahab mengangguk dan meneruskan langkahnya lalu hilang di balik pintu chalet tersebut. Sebentar kemudian kedengaran suara enjin kereta semakin menjauh dan lama-kelamaan menghilang di bawa deru dan bayu laut.
Charina yang dijatuhkan air mukanya oleh Farid itu tadi berdiri di tepi sofa itu ragu-ragu.
"Haa, Charina… duduklah. Jemput minum…. Janganlah segan." Suara Tengku Mazri lagi beria.
Charina memandang kosong. Dadanya berdebar.
"Saya nak balik…..!" Suaranya jelas tanpa emosi. Dia berjalan pantas ke arah pintu, namun segera ditahan oleh Tengku Mazri yang sudahpun bangun dari sofa tersebut dan menghentikan langkah Charina di muka pintu.
"Maafkan Farid, dia cuma bergurau tadi tu…." Suaranya lagi. "Farid, minta maaf dengan Charina atas kelakuan kamu tadi." Arah Tengku Mazri kemudiannya.
Mereka berdua sama-sama memandang ke arah Tengku Farid yang sedang berehat di sofa itu. Farid tidak bersuara.
"Farid!" Suara Tengku Mazri lagi. Matanya merenung tajam ke arah Farid seolah memberi satu warning.
"Okaylah… okaylah…. Maafkan saya, Charina." Suara Farid kemudian namun tidak memberi apa-apa kesan ke atas perasaan Charina yang tercalar. "Saya dah lama merindui awak. Perasaan saya terhadap awak tetap tidak berubah seperti mana yang saya katakan dulu terhadap awak." Sambungnya pula.
"Saya cintakan awak, Charina Shafini." Luah Farid tanpa ragu. Namun Charina membatu cuma. Padanya, ungkapan Farid itu umpama menanam tebu di pinggir bibir. Sudah dapat manis, sepah dibuang.
Sebenarnya, sudah beberapa kali dia melihat Farid bersama beberapa perempuan di kampus. Dia turut hairan bagaimana dia boleh berkawan dengan Farid dan terjebak dengan perangkap Farid yang licik ini. Sehingga dia sanggup datang ke mari, ke Port Dickson ini semata-mata untuk melawat Farid yang kononnya sedang sakit itu! Betapa bodohnya dia kerana terpedaya dengan tipu muslihat romeo itu. Dan mungkin sepupunya ini pun terlibat sama. Mereka berpakat untuk mengenakannya dalam diam dengan rancangan yang disusun rapi.
Menyesal aku tidak berkeras mengikut Pak Wahab yang nak balik tadi…., suara Charina di dalam hati. Menyesal! Menyesal!! Menyesal!!!
Charina memandang tajam ke arah Farid dan kemudian ke arah Tengku Mazri. Cahaya matanya memancarkan api kemarahan. Kedua-dua pemuda tersebut turut memandang ke arahnya.
"Ooo… awak memang sengaja nak perangkap saya, kan?" Soal Charina menduga sambil berpaling ke arah Farid dan kemudian Mazri bersilih ganti.
"Eh, apa awak cakap ni Charina….," soal Tengku Mazri.
"Bodohnya saya kerana percayakan kamu berdua…." Suara Charina perlahan kepada dirinya sendiri dan sekali lagi mengulanginya kuat. Sungguhpun dia tidak pasti akan penglibatan Tengku Mazri itu, namun nalurinya kuat mengatakan dia turut sama terlibat untuk mengenakannya. Dia berpaling ke arah pintu dan cuba menerpa tetapi dihalang oleh tubuh sasa Tengku Mazri.
"Ha… ha… ha…!!" Ketawa Farid pula kuat lalu bangun dari sofa yang didudukinya itu kasar. Dia merungkaikan kain balutan yang besar di kaki, lengan dan kepalanya rakus.
"Kamu tertipu Charina… Kamu tertipu….," suara Farid lagi lalu melempar kesemua balutan itu ke lantai chalet.
"Pak Wahab dan Mak Yam pun turut tertipu…. Ha! Ha! Ha!" Farid ketawa besar.
Mata Charina terbeliak meskipun dia sudah dapat menduga taktik kotor Tengku Farid itu. Dia berpaling lagi untuk lari tetapi pintu chalet telahpun ditutup oleh Tengku Mazri, sepupu Farid itu. Lelaki sasa itu turut ketawa lantang. Dia memerhati aksi kalut Charina.
"Bagus kerja kamu, Budin… bagus…!" Ucap Farid lagi lalu berjalan ke depan menghampiri Charina yang berada di antara Farid dan lelaki yang di kenalinya sebagai Tengku Mazri itu.
Charina terkejut. Rupanya lelaki itu bukannya sepupu Farid yang bernama Tengku Mazri, tetapi rakan Farid yang bernama Budin. Sewaktu itu barulah dia mengingati lelaki inilah yang menjatuhkan air laici sehingga lencun bajunya dahulu. Mata Charina terbeliak. Macam mana dia boleh terlupa??! Akalnya berjalan pantas. Dia terus meluru ke arah tingkap yang terbuka luas tetapi pantas tubuhnya dipeluk dan ditarik kasar dari belakang. Kedua-dua lelaki itu ketawa besar. Kaki Charina tergawang-gawang cuba menendang dan melepaskan diri. Namun semakin kasar rasanya cengkaman Budin yang memeluknya itu.
"Tolong!" Dia menjerit tetapi mulutnya diserkup keras.
Kini dia diseret ke arah sofa dan dihempaskan kasar. Dia terjatuh menelentang. Namun segera dia bingkas dan membetulkan skirt labuhnya yang tersingkap ke atas paha menyerlahkan kulitnya yang melepak. Belum pun sempat dia bangun untuk melarikan diri, kini Farid pula datang menekan tubuhnya sehingga dia terduduk. Budin yang menghempasnya tadi mengambil seutas tali dan berjalan menghala ke arahnya.
"Okay, mari kita lihat permainan yang menarik ini, Charina…." Ujar Farid sambil terus menekan tubuh Charina dari bergerak. Budin pula mengikat tali tersebut ke pergelangan tangannya dan kedua-dua kakinya yang mulus itu. Ikatan yang agak kuat dan tali yang keras itu membuatkan Charina menahan kesakitan. Budin yang menyamar sebagai Tengku Mazri itu tadi semakin mengetatkan ikatan. Selepas mengikat tali itu, Budin menghadiahkan ciuman di pipinya. Namun lekas dia meronta dan menjerit kegeraman. Kedua-dua beruk jantan itu tergelak besar. Di dalam hati berbakul-bakul dia menyumpah syaitan berdua yang bertopengkan manusia itu.
"Tolongg!!" Jerit Charina lagi meminta tolong. Dia cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi hampa. Kedua-dua pemuda itu semakin kuat ketawa.
Tiba-tiba Farid duduk di sofa dan menghimpit tubuh Charina. Dia mencium dahi Charina lama dan kemudian beralih pula ke pipinya. Charina cuba melarikan wajahnya tetapi tangan kasar Farid itu mencengkam wajahnya kuat. Charina betul-betul ketakutan tetapi dia masih mencari akal. Dadanya berdegup kencang. Dia hampir-hampir menangis namun dikuatkan semangatnya. Kakinya yang terikat itu cuba digerak-gerakkan untuk menendang Farid. Budin yang berdiri ketawa sakan.
Farid membetulkan kedudukan Charina yang beralih tadi.
Kuat jugak budak ni…, getusnya di dalam hati.
Dia merenung bibir comel Charina dan cuba merapatkan bibirnya ke situ penuh gaya. Charina yang melihat aksi itu sekali lagi menjerit meminta tolong. Dia memejamkan mata. Di dalam hatinya dia berdoa agar ada sesiapa yang mendengar laungannya. Teriakannya itu mematikan pergerakan Farid.
Farid merenungnya tajam dan rakus memerhati seluruh tubuh Charina ke atas ke bawah beberapa kali menyebabkan bibir Charina bergetar.
"Farid, tolonglah lepaskan aku. Apa salah aku, Farid…. Aku tiada hutang apa-apa ke atas kau." Rayu Charina akhirnya setelah penat meronta. "Tolonglah lepaskan aku Farid." Akhirnya empangan airmatanya yang ditanggung tadi terpecah jua. Kaki dan tangannya masih melunjur di sofa itu mengikat pergerakannya.
Farid tersenyum mendengar rayuan Charina itu.
"Tidak Charina, kau terlalu liar untuk aku, Charina." Suara Farid. "Semua perempuan jatuh di kakiku, tapi kau tidak, Charina. Aku cuba serius dengan kau, tapi kau tak endahkan langsung perasaan aku. Kau yang menyebabkan aku lakukan begini ke atasmu." Ujar Farid pula menyalahkan Charina.
"Semoga dengan cara begini kau akan menjadi milikku selamanya, Charina." Sambung Farid lagi penuh harap. Kemudian dia ketawa lagi. "Ya, dengan cara inilah satu-satunya kau jadi akan jadi milik aku nan abadi." Dia ketawa. Budin sudah menghilang di balik tabir entah ke mana.
Charina ketakutan separuh mati. Tubuhnya bergetar menahan sendu. Tangan Farid bergerak menyapu airmatanya yang mengalir rancak.
"Syyy… Jangan menangis Sayangku," perlahan dia mengusap airmata Charina. Kali ini dia mencium batang hidung Charina pula.
"Maafkan aku Farid, tapi kita tak ditakdirkan bersama. Aku sudah menjadi tunangan orang, Farid." Luah Charina berterus-terang membuka rahsianya yang tersimpan kemas selama ini.
Farid tersentak.
"Tipu! Kau tipu aku…. Kau penipu Charina….!!" Pekik Farid tidak mahu menerima alasan Charina.
"Betul Farid, itulah yang sebetulnya….. Aku sudah terikat sebelum kita berkawan lagi. Aku adalah tunangan orang. Tolonglah lepaskan aku Farid. Kasihanilah aku!" Rayu Charina lagi.
"Hah! Hah! Ha… haa… haaa….!! Kau ingat senang-senang je aku nak lepaskan kau? Tidak Charina, tidak! Kali ini aku tidak akan lepaskan kau." Farid mula bergerak menghimpit Charina kembali. Jarinya yang panjang mula merungkaikan butang baju di dada Charina. Charina cuba mengelak dan menelangkupkan badannya dari dicerobohi tetapi sepantas itu Farid mematikan pergerakannya dengan menekan berat badannya ke atas Charina. Charina terpaku. Kini dua biji butangnya telah terbuka hampir menyerlahkan bra hitamnya yang berenda. Charina terpaku sementara Farid ketawa keras. Nafasnya turun naik kencang. Sebelah tangannya lagi cuba meyingkap skirt labuh Charina. Charina mengetap bibir penuh benci dan cuba meronta.
Farid bertindak pantas dan cuba meraba ke dadanya. Kedudukannya yang terbatas dan terikat itu memudahkan usaha Farid. Namun Charina tidak putus asa. Dia tidak berhenti meronta-ronta.
"Tolong! Tolongg!!" Teriak Charina tidak putus asa. Farid sibuk menggomolnya. Tiba-tiba satu tendangan di pintu meyebabkan pintu itu terbuka luas. Seseorang menerjah masuk umpama Superman menyelamatkan mangsanya. Lelaki itu menendang Farid yang sedang asyik. Farid terpelanting ke lantai. Sepantas kilat dia bangun melawan lelaki penyelamat tadi.
Charina terus membetulkan keadaan dirinya tetapi tangannya yang masih terikat menyebabkan dia tidak dapat membutangkan blausnya. Dia merengkok ketakutan dan menggeletar menangisi dirinya yang malang. Dia tidak dapat melihat pertarungan kedua pemuda itu kerana sibuk melayan perasaan tetapi dia sempat melihat Budin keluar dari arah belakang dan membantu Farid. Namun di kala itu seorang lagi muncul dari pintu depan dan mereka berlawan seorang lawan seorang. Dia tidak ingat berapa lama mereka bertarung sehinggalah keadaan semuanya senyap sunyi.
"Adik… mari saya bukakan ikatan ni…" suara seorang pemuda yang entah dari mana datangnya. Charina mendongak.
Faizul!!
"Charina!"
Mereka sama-sama terperanjat.
"Charina… awak…?" Kata-kata Faizul putus di situ. Dia cepat-cepat merungkaikan tali yang membaluti kaki dan tangan Charina dan selepas itu terus menarik kepala Charina ke arah dadanya yang bidang.
Charina teresak-esak. Malu dan terhina bercampur baur menjadi satu. Tangannya pantas membutangkan kembali blausnya. Faizul mengusap-usap rambutnya perlahan sambil menenangkan dirinya. Charina berasa selamat berada di situ. Esakannya kian reda.
"Macam mana awak berada di sini ni Erin…., jauhnya awak datang…." Ucap Faizul sambil melihat wajah Charina yang muram. Charina membukam.
"Lihat… mereka dah pun tertangkap!" Suara Faizul lagi lalu menunjukkan ke arah Farid dan Budin yang sedang diikat oleh seorang lagi rakan Faizul. Kedua-dua petualang tadi diikat tangannya ke belakang dan diletakkan sekali di atas sofa.
"Woi! Lepaskan aku woi….," Jerit Farid sambil meronta-ronta. "Ini tempat aku…. Aku akan dakwa kamu kerana menceroboh tempat aku… Lepaskan aku!!" Dia meronta-ronta lagi.
"Woi..!" Suara Farid lagi setelah kata-katanya tidak bersambut.
"Hoi…"
"Diam!" Tengking rakan Faizul garang.
Pantas dia terdiam.
"Polis akan datang sekejap lagi." Suara Faizul pula memberitahu semua. Tadi dia telah menelefon balai polis dengan menggunakan telefon bimbitnya. Dia duduk bersebelahan Charina di atas kerusi makan sambil memandang ke arah Farid, Budin dan Azmi, rakannya itu.
"Macam mana boleh jadi begini ni, Erin?" Soal Faizul lagi setelah soalannya yang sama tadi tidak berjawab. Kesemua mata memfokus ke arah Charina. Semuanya menunggu Charina membuka mulut. Charina menelan liur untuk menenangkan hatinya. Perasaannya dan semangatnya kini beransur pulih meskipun masih ada perasaan takut.
"Sebenarnya…." Charina mula menceritakan kisah awalnya sehinggalah ke akhirnya bagaimana dia tertipu dengan rancangan Farid dan Budin itu. Sesekali dia mengesat air mata yang masih bersisa. Faizul dan Azmi menganggukkan kepalanya beberapa kali.
"Kita akan serahkan kes ini ke pihak polis. Jangan risau. Kes ini akan diadili sebaiknya." Azmi, rakan Faizul itu pula bersuara menenangkan perasaan Charina.
"Itu bukan salah aku…. Dia yang gatal datang mencariku…." Lancang Farid bersuara, tidak mahu mengaku kalah.
"Aku tak bersalah! Aku tak bersalah! Ini tempat aku… Dia yang gatal menggodaku….," Suaranya lagi.
"Diam!" Keras suara Faizul menengking Farid yang merapu. Sebentar kemudian kedengaran enjin kereta polis memasuki perkarangan chalet itu. Setelah itu dua orang polis lelaki dan seorang polis wanita muncul di pintu.
Selepas diberi penerangan ringkas akan peristiwa itu, polis membawa Farid dan Budin menaiki kereta mereka menuju ke balai polis yang berdekatan. Farid dan Budin terpaksa akur meskipun mulut Farid dan Budin berkeras mengatakan mereka tidak bersalah.
Setelah itu, Charina, Faizul dan rakannya Azmi menyusuri polis tadi dengan kereta Faizul yang diletakkan tidak jauh dari chalet keluarga Farid. Sewaktu melalui kawasan pantai yang di penuhi ramai orang, mereka kehairanan melihat sebuah kereta polis yang bersiren dan diekori oleh sebuah kereta Nissan Altis. Mengetahui tiada siapa yang dapat menjelaskan keadaan, mereka kembali kepada aktiviti masing-masing ~ bercanda, bermandi-manda.

Monday, March 12, 2007

~ELeVeN~


Bab 11

"E

err, saudari ni Charina Shafini ke?" Satu suara dari belakang menyapa membuatkan Charina terperanjat. Seorang pelajar lelaki yang tidak dikenalinya berdiri dalam keadaan tergesa-gesa yang menyapanya itu membuatkan dia merasa kehairanan. Sewaktu itu dia baru balik seorang diri dari kafeteria setelah membeli makanan untuk makan tengah hari. Hari ini hari Sabtu dan dia tiada kelas hari itu.

"Ya, saya… kenapa?" Soalnya kembali ingin tahu. Dia cuba mengingati pemuda tersebut. Rasa-rasanya macam pernah lihat, tapi tidak pasti di mana. Fikirannya menerawang cuba mengingati kalau-kalau dia pernah bertemu dengan pemuda itu, tetapi gagal.

"Saya membawa pesanan dari Farid…." Kata-katanya putus di situ.

"Kenapa dengan Farid?" Soalnya pantas. Mesti ada sesuatu yang terjadi memandangkan pemuda itu agak kalut keadaannya.

"Dia kemalangan kereta. Jadi dia suruh saya datang menjemput awak untuk melawatnya."

"Oh, dia kemalangan? Astaghfirullahalazim…. Bila? Dengan apa?" Soal Charina turut terperanjat.

"Semalam… Dia okay .. sekarang dia sudah dibawa pulang ke rumahnya. Jadi dia minta tolong saya datang jemput awak. Tadi saya bertanya kepada pelajar di Koperasi tadi sebab tiada siapa yang boleh saya minta tolong panggilkan awak di sini… Kebetulan pula awak lalu di sini…." Panjang lebar dia menjelaskan sambil menunjukkan seorang pelajar lelaki yang menjaga koperasi kolej. Dia kini berjalan ke arah dua rakannya yang berada di dalam koop. Mungkin Teko ! Agakku sendiri. Aku turut memerhati sekeliling, ruang foyer blok kosong. Memang jarang terdapat pelajar di waktu tengah hari ini terutamanya pada hari-hari Sabtu dan Ahad kerana ramai yang pulang ke kampung atau paling tidak pun keluar ke Kuala Lumpur untuk berjalan-jalan melepas tension.

"Oh, ya ke… nanti saya simpan makanan ni di bilik dulu ya…," pinta aku sebentar. Dia mengangguk. Sebenarnya aku juga berniat untuk membawa seorang rakan sebagai teman. Tak manislah aku seorang perempuan ke rumah Farid. Setiba di bilik, tiada seorang pun. Yati ke kelas, Syikin pula berdating di Kuala Lumpur sementara Kak Linz keluar mencari bahan untuk tesisnya. Aku mengeluh. Siapalah yang aku mahu ajak ni…? Ha… Zazila…, cepat-cepat aku berlari ke tingkat satu, tetapi dia juga tiada. Keluar KL, kata teman sebiliknya. Argh! Siapa yang aku nak ajak ni? Zazila takde. Anita pula ke Melaka, Amira balik kampung…. Ish, sapa yang aku nak ajak ni??

Pergi sorang jer la nampaknya……., desis hatiku sendiri. Tak nak pergi karang, apa pulak kata lelaki yang bersusah payah datang mencari aku tu…..

"Eee… tapi malulah… takkan aku sorang je…" Charina berkira-kira sendiri. Setelah itu dia kembali ke bilik menulis secebis nota pendek memberitahu rakan-rakan sebiliknya yang dia keluar sekejap sebelum beredar menemui budak lelaki yang menunggunya di foyer dalam keadaan tergesa-gesa itu.

Setelah itu mereka beredar dengan menaiki WMN 4028, Wira Aeroback milik Farid. Si pemuda memandu dalam kadar kelajuan sederhana laju.

"Teruk ke sakitnya?" Soal Charina memulakan bicara membelah suasana sunyi di dalam kereta. Sebenarnya hatinya agak keberatan untuk mengikut lelaki tersebut. Tetapi apabila difikirkan bersusah-payah dia memandu ke sini untuk menjemputnya setelah disuruh Farid, hatinya kasihan dan tidak sampai hati. Lagi pun kawannya itu dalam kesusahan. Tak baik menghampakan hajat orang yang sedang sakit, pujuk hati Charina sendiri.

" Boleh tahan laa…. Kakinya kena simen dan tangan kirinya patah……" si lelaki menerangkan.

"Ooo…. Berlanggar dengan apa?" Charina hairan kerana kereta Farid yang tidak mengalami sebarang kerosakan itu.

"Dia naik motornya, Harley. Habis rosak. Dengarnya berbelas ribu jugak nak baiki motor tu…. Berlanggar dengan kereta…. Kereta tu yang salah sebab tak beri signal sebelum membelok. Yang si Farid ni pulak tengah laju…. Apalagi….," jelas si lelaki panjang lebar.

Aku mengangguk-anggukkan kepala sambil membetulkan duduk. Tak selesa berdua-duan sebegitu. Tambahan pula dia tidak aku kenali.

"Dia kat rumah nenek dia sebab Mummy ngan Daddynya ke Amerika. Ada urusan business. Sampai sekarang ni mereka tak tahu lagi anak mereka accident…." Tanpa ditanya si lelaki menjelaskan.

"Oooohh… mak ayah dia tak tahu lagi…?" Suaraku pula, sedikit kehairanan.

Dia menganggukkan kepalanya perlahan tanpa bersuara. Dia mencelah-celah melarikan kereta dari kesibukan jalan. Cekap. Setelah sampai di satu selekoh yang tajam, dia membelok penuh gaya lagak seorang professional. Kecut perut aku dibuatnya. Setelah itu dia memandu laju memintas beberapa buah kereta yang memandu laju. Aku menahan nafas. Setelah keadaan agak lengang, dia memperlahankan sedikit kelajuan.

"Kenapa? Takut ke?" Dia tersengih sambil berpaling ke arah Charina. Selepas itu matanya kembali menumpu di jalan.

Charina menelan liur. "Haa? Takut? … err, tak jugak…" balasnya.

Si lelaki ketawa polos.

"Tak nak ngaku pulak…" Charina membiarkan kata-katanya berlalu dibawa angin. Malas untuk memanjangkan lagi perbualan.

Charina terasa perjalanan mereka terlalu jauh untuk ke Bukit Antarabangsa itu sehinggakan dia tertidur sendiri. Dia kembali tersedar apabila merasakan kereta itu berhenti di satu kawasan perumahan elit yang hanya mampu diduduki oleh hartawan-hartawan dan jutawan-jutawan sahaja. Dia mengosok-gosokkan matanya beberapa kali. Mazri sudah pun berlalu ke pintu pagar yang maha tinggi dan besar itu dan bercakap-cakap dengan seseorang, mungkin pembantu rumah itu. Dia terlihatkan kepala Mazri yang terangguk-angguk beberapa kali. Setelah itu Mazri kembali mengatur langkah ke arah kereta itu. Charina memandangnya penuh kehairanan apabila Mazri kembali memandu kereta dan menghala ke jalan yang mereka lalui tadi.

"Farid baru saja pergi ke chalet milik peribadi keluarganya untuk berehat." Terang Mazri setelah melihat pandangan kehairanan daripadaku. Aku terdiam. Fikiranku melayang-layang berfikir ke mana pula yang ingin kami tujui.

"Jadi kita nak ke mana ni? Balik?" Soalku pula setelah perasaan mengantukku mulai hilang.

"Ke chalet keluarga Farid la…" Suara Mazri pula. Dia menumpukan pemerhatian kepada pemanduannya. Aku mengeluh kecil. Penat bercampur lapar membuatkan aku tidak mahu bersoal jawab lebih panjang.

"Eh, awak dah makan belum tadi?" Soal Mazri sambil menoleh ke arahku.

"Belum." Perlahan suaraku menjawab soalannnya. Kalau perutku tidak mendendangkan lagu saat ini aku pasti menjawab sudah. Tetapi memandangkan perutku sudah mendendangkan lagu rock, rap dan ntah hapa-hapa lagu sejak tadi lagi aku terpaksa mengakuinya.

"Oh, kenapa tak cakap tadi. Lapar la ni ya?" Dia ketawa polos.

Aku menarik muka dan tidak menjawab.

"Okay… kita berhenti makan di kedai depan tu ya…," ujarnya lalu memberi signal ke kanan dan membelok ke sebuah restoran yang terletak kemas di salah sebuah deretan kedai di Jalan Saujana itu.

Mazri mematikan enjin kereta itu dan mula melangkah keluar dari Wira Aeroback milik Farid itu. Sebelum itu dia sempat mencapai ray bannya dan mengenakan di wajahnya. Aku serba salah untuk menuruti langkahnya tetapi apabila dia berjalan ke arah tempatku dan membukakan pintu kereta di sebelahku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menuruti langkahnya yang panjang itu memasuki restoran ekslusif yang pada pandanganku hanya mampu di masuki oleh pelanggan-pelanggan bertaraf tinggi sahaja. Mazri menggenggam kemas telapak tanganku meskipun aku cuba menguraikan pegangannya itu.

"Awak, tak payahlah… saya boleh makan balik nanti. Kan saya dah beli makanan tadi." Perlahan aku bersuara namun aku pasti Mazri dapat mendengarnya.

"Takpe… kita nak pergi PD ni…. Jauhnya boleh le tahan. Jadi awak perlu makan untuk mengalas perut awak yang kosong tu." Jawabnya sambil memalingkan muka ke arahku dan melihatku ke atas dan ke bawah. Kemudian dia mengukirkan senyuman manis lalu berpaling menghadiahkan pula senyumannya kepada pelayan tetamu Restoran Duniamu yang sudah bersedia untuk menjemput kami.

Seorang pelayan lelaki yang memakai vest membawa kami ke sebuah meja yang kosong di situ. Aku agak terpaku kerana meskipun sering melihat restoran seperti ini, namun aku tidak pernah lagi memasuki restoran mewah sebegini. Pada aku, aku lebih selesa menjamu selera di warung-warung atau pun di gerai-gerai yang melambak terdapat di sekitar kampus dan juga di sekitar ibu kota ini sekiranya aku dan rakan-rakan keluar berjalan-jalan. Lagi pula tiada protokol yang perlu kami ikuti berbanding restoran ekslusif ini.

Setelah pelayan datang menghidangkan makanan yang di order, kami makan tanpa banyak bercakap. Hanya sesekali soalan yang diajukan oleh Mazri kepadaku yang membuatkan aku perlu menjawabnya. Jika soalan itu agak peribadi, aku membalasnya dengan senyuman dan memberitahu aku tidak mahu menjawab soalan itu.

Nampaknya Mazri ini okay orangnya. Agak peramah, pandai mengambil hati dan juga pandai menghormati orang lain. Rupa-rupanya dia merupakan sepupu kepada Farid. Dia baru sahaja menerima Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi beberapa minggu lalu. Katanya dari UPM juga. Aku agak terperanjat mendengar kata-katanya itu. Patutlah aku berasakan seolah-olah pernah melihatnya sewaktu aku bertemu dengannya pada mulanya tadi. Rupa-rupanya dia satu fakulti denganku, cuma berbeza course sahaja. Dia juga memberitahuku bahawa dia juga merasa seolah pernah melihatku sewaktu mula bertemu tadi tetapi tidak tahu di mana. Setelah mendengar luahanku pula kami ketawa serentak. Sekarang dia sedang menjawat jawatan Pengarah Urusan di salah sebuah syarikat milik ayahnya di Petaling Jaya. Setelah siap makan kami kembali bertolak menuju ke Port Dickson.

~TeN~



Bab 10

S

uraya menarik muncung panjang sewaktu Shahrul datang mengambilnya untuk ke kelas pada petang itu. Dia memakai helmet lalu membonceng TZM Shahrul itu tanpa mengeluarkan sepatah kata. Ikutkan hati dia tidak mahu pergi ke kelas itu sebagai tanda protesnya terhadap Shahrul. Tetapi memandangkan kelas itu merupakan kelas tutorial Auditing , dia terpaksa pergi.

Dia tidak mahu lagi diherdik oleh tutor berbangsa India itu. Dua minggu lepas dia telah dimalukan dihadapan rakan sekelas kerana tidak menghantar latihan yang diberi sedangkan Shahrul dan beberapa orang lagi pelajar lelaki yang lain tidak menerima sebarang tindakan. Tetapi untuk ponteng kelas itu, dia tidak berani kerana telah diberi amaran lisan oleh tutor itu.

Hah, ini semua gara-gara budak perempuan yang ditemuinya di The Mines tadi la…!! Ujarnya sendiri menyalahkan Charina yang ditemuinya tadi. Setelah mereka beredar tadi, barulah dia menyedari budak perempuan itulah juga yang menyebabkan dia merajuk dengan Shahrul sehingga menyebabkan dia pulang ke rumahnya di Damansara Heights kira-kira dua minggu yang lalu.

Shahrul yang melihatkan gelagat Suraya itu hanya membiarkannya sahaja. Macam dia seorang sahaja yang ada perasaan….. Macamlah dia sorang sahaja yang marah, aku pun marah jugak…, cetusnya di dalam hati. Tapi… aku marahkan Charina la… bukannya Suraya……

Selepas melihat Charina bersama Faizul tadi, hatinya membuak-buak perasaan cemburu di hati. Apakah aku sudah menaruh hati kepada tunangan yang pernah aku benci dahulu? Soalnya sendiri. Fikirannya mencongak-congak sendiri perasaannya. Entah la… sukar untuk aku pastikan….

Tiba-tiba tepukan di atas bahunya menyebabkan dia tersedar. Barulah dia menyedari motornya hampir bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Nasib baik dia sempat mengelak. Suraya yang menepuk bahunya tadi agak berang.

"Awak memang sengaja buat macam ni, kan. Awak memang nak saya mati supaya senang awak berbaik dengan budak perempuan tu, kan?" Keras suara Suraya menerjah di telinga Shahrul.

"Apa yang awak merepek ni….! Awak gila ke….. Awak ingat saya sengaja nak bunuh diri ke?" Balas Shahrul membalas kata-kata Suraya tadi. "Awak dah besar, ada akal, fikir le sendiri. Saya tak bodoh nak bunuh diri sendiri la. Saya orang Islam, awak pun Islam. Tapi faham-fahamlah sendiri. Iman saya masih kuat la." Kuat suaranya menahan marah di hati. Dia membelok motornya ke arah fakulti lalu mencari parking. Setelah itu dia melangkah laju ke kelas.

Suraya telah mendahuluinya tanpa menunggunya seperti biasa. Sesampainya di kelas di bilik tutorial 2, dia mencari tempat duduk yang berasingan dari biasa. Biasanya dia dan Suraya akan duduk bersebelahan di mana-mana kelas sekali pun. Jarang sekali mereka berpisah meskipun terdapat pertengkaran-pertengkaran yang kecil di antara mereka. Hanya sesekali mereka berpisah sekiranya terdapat perselisihan faham yang lebih berat. Biasa lah tu… adat orang bercinta…. Begitulah pendapat rakan-rakan pelajar yang lain kerana mereka sudah memahami situasi ini.


B

ulan Julai menjelma juga akhirnya. Bagi para pelajar yang bakal bergraduat akan merasa debar dan gembira kerana akhirnya hasil penat jerih mereka belajar di Universiti Putra Malaysia ini akan berbalas juga setelah menerima gulungan Ijazah dan juga diploma masing-masing nanti. Sementara kepada pelajar yang masih menuntut lebih-lebih lagi merasa kemeriahannya kerana setiap kali adanya konvokesyen, pesta konvokesyen turut diadakan selama seminggu. Dan ia memainkan peranan penting untuk memeriahkan lagi suasana konvokesyen di sesebuah universiti itu.

Hari konvokesyen bagi UPM ini akan diadakan dari 20 Julai sehingga 22 Julai, kira-kira seminggu lagi, tetapi bahang kemeriahannya sudahpun dirasai oleh setiap para pelajar di kampus hijau ini. Sana sini sibuk dengan urusan konvokesyen, malah di Taman Penyelidikan UPM yang lebih dikenali sebagai Bukit Ekspo dikalangan warga kampus sudah pun didirikan gerai-gerai jualan. Lazimnya, setiap tahun tapak taman berkenaan dijadikan tapak utama pesta konvokesyen di universiti ini.

Seperti tahun-tahun yang lalu, pesta konvokesyen ini turut berlangsung selama seminggu. Selama itu pelbagai aktiviti yang sudah dirancangkan oleh pihak-pihak yang terbabit bagi memeriahkan lagi pesta konvokesyen mereka . Tetapi yang pastinya pelajar-pelajar perempuan akan merasa bahang kegembiraan yang lebih lagi kerana pada waktu ini mereka akan mendapat bunga-bunga yang di hantar oleh rakan-rakan mereka, atau juga dari secret admirer mereka, dan bagi mereka yang bercouple akan menerima jambangan bunga yang besar dari kekasih hati masing-masing.

Pada waktu inilah akan mereka ketahui siapa yang minat siapa, siapa yang paling ramai peminat dan pelbagai cerita lagilah yang akan terbongkar pada waktu itu. Kerana biasanya pada waktu malam sepanjang musim konvo inilah pasangan kekasih secara terbuka akan menonjolkan kekasih hati masing-masing, meskipun selama ini mereka sengaja meyembunyikan dari pengetahuan rakan-rakan mereka. Bagi yang sedang mengurat akan berusaha sedaya upaya untuk mengambil hati perempuan tersebut dengan pelbagai bentuk hadiah, bunga dan pelbagainya lagi.

Charina dan rakan-rakannya turut sibuk dengan ujian-ujian mereka dan juga tugas mereka selaku AJK MMG di kolej mereka. Setiap malam mereka mempunyai mesyuarat memandangkan masa 'hari jadi' majlis itu akan berlangsung tiga hari sahaja lagi.

Pesta konvo sudahpun bermula semenjak dari pagi lagi. Pelajar-pelajar yang terbabit secara langsung dengan aktiviti pesta konvokesyen itu tidak cukup masa mengejar waktu kuliah dan menjaga gerai mereka mengikut giliran masing-masing. Pada hari perasmian pesta konvokesyen itu, para pelajar diberi cuti setengah hari oleh pihak universiti untuk memberi kebenaran kepada mereka menghadiri upacara pembukaan pesta konvokesyen tersebut di sebelah paginya. Meskipun gerai jualan di tapak pesta sudah pun bermula dua hari yang lepas.

Satu ketukan di bilik 4201 menyebabkan keempat-empat penghuninya menerpa ke arah pintu. Sebaik dibuka sahaja pintu bilik, terjengul satu kepala di sebalik pintu itu. Rupanya terdapat dua orang gadis bersama beberapa jambangan bunga di tangan mereka. Cantiknya……

Salah seorang daripada gadis itu menghulurkan sebuah jambangan bunga yang berjumlah 12 kuntum bunga mawar pelbagai warna itu. "Siapa Charina Shafini?" Soalnya sambil menyuakan karangan bunga tersebut ke arah mereka. Mereka semua bersorak.

"Dia… dia…," ujar Yati, Syikin dan Kak Linz serentak sambil menunjukkan ke arahku. Tubuhku terdorong ke depan akibat ditolak mereka bertiga. Gadis tersebut menyerahkan bunga tersebut ke arahku. Aku menerimanya sambil hati tertanya-tanya siapakah gerangan yang bermurah hati memberi jambangan bunga yang sungguh menarik itu kepadaku.

"Waaa… Erinlah orang pertama yang menerima bunga di bilik kita ni, nampaknya….," ujar Kak Linz pula.

"Satu lagi untuk Azlina…," ucap gadis yang seorang lagi pula. Sekali lagi suara mereka bergema. "Hei Linz, awak pun dapatlah…. Mana aci ni Yati… kita tak dapat lagi…,"ucap Syikin pula.

"Ntah…," Suara Yati pula. "Tak aci…! tak aci…!" Sambungnya lagi. Dua orang gadis tadi telahpun berlalu untuk menghantar delivery bunga yang seterusnya . Kami melihat mereka singgah di pintu bilik 4204. Mungkin ada delivery bunga di situ.

Tiba-tiba terjengul kepala Kak Lia dan Jatt di pintu bilik kami.

"Eh, siapa dapat bunga….. ," soal mereka ingin tahu. Mungkin mereka menyedari suara bising dari keempat-empat suara kami tadi.

"Ni ha… Si Erin dengan Si Linz ni…" Jawab Syikin.

"Siapa kasi…? Siapa kasi?" Soal kedua-duanya kecoh sambil mencapai bunga tersebut di tanganku.

"Ntah… tak tengok lagi….," balasku sambil menghulurkan jambangan bunga tersebut ke arah mereka.

"Eh, tuan dia la kena tengok dulu…. ," Kak Lia menolak. Aku melihat sekeping kad yang terselit di jambangan bunga tersebut. Tiada nama, hanya tanda tangan sahaja tetapi aku tidak dapat meneka siapakah orangnya. Sayang sokmo. Ringkas ucapan yang tertera di kad yang comel itu. Dari kad tersebut aku mengagak mungkin pelajar dari satu negeri denganku yamg menghantarnya memandangkan perkataan sokmo yang bererti sentiasa atau selalu itu digunakan. Siapa orangnya tidak dapat aku pastikan.

"Siapa, Rin?" Soal mereka semua ingin tahu.

Aku menghulurkan jambangan bunga itu kepada mereka untuk menunjukkan kad yang tidak bernama itu. "Entah, tak tulis nama pun!" Balasku.

Kak Lia mencapai dan melihat kad yang tertampal di plastik jambangan bunga tersebut. "Eh, bodohnya dia ni… dah kasi bunga besar-besar, tapi tak tulis nama pulak… buang duit jer…..," komennya terus.

"Entah, bodoh…..," sambung Jatt pula. Dia menghidu bunga mawar berkenaan. "Ummm… wangi….." Dia menghulurkan jambangan bunga tersebut ke arahku. Aku turut menciumnya. Ummm….wanginyaaaa…..

"Linz, siapa kasi?" Soal Syikin pula ke arah Kak Linz.

"Ada la….," jawab Kak Linz sambil meletakkan bunga mawar tiga kuntum itu ke dalam bekas yang baru sahaja diisikan air.

"Takkan rahsia kot Kak Linz….." ujarku pula.

"Eh, mestilah… Rahsia Kerajaan Malaysia ni…. Sulit dan Persendirian.." Balas Kak Linz lagi. Dia tergelak-gelak. "Takdelah… coursemates….," balasnya lagi setelah gelaknya reda.

"Laki ke pompuan?"

"Auww…"

"Eeiiii, please…. Tak kuasa I….;" balas Yati sambil menggayakan tangannya seperti nyah. Kami ketawa serentak.

"Eh, takde la…. Kawan pompuan la….." Balas Kak Linz segera meredakan keadaan.

"Korang tak pergi upacara perasmian ke?" Soal Syikin kepada Jatt dan Kak Lia.

"Tak… malas…." Jawab Jatt.

"Sama ler….," balas aku pula dan disambut ketawa oleh yang lainnya di bilik 4201 itu.

Sekali lagi kedengaran ketukan di pintu yang tidak ditutup itu. Kami memandang ke arah seorang gadis yang sedang menimang sebuah bakul berisi buah-buah epal dan bunga itu.

"Ada bunga dan epal untuk bilik ni….," Suara gadis manis tersebut sambil mengambil beberapa jambangan bunga daripada bakul di tangannya itu. "Untuk Nurul Asyikin." Ujarnya sambil menghulurkan bunga enam kuntum. Syikin bersorak riang.

"Eh, ada jugak orang kasi bunga kat I…., " Suaranya mengada-ngada. Bergurau sebenarnya. Dia mencapai bunga tersebut. "Terima Kasih…." Ucapnya lagi.

"Untuk Norhayati….," Suara gadis itu lagi.

"Eh, saya pun ada jugak?" Suara Yati terkejut. Dia mencapai bunga tersebut. " Eh, ada dua ke?"Soalnya kemudian. Gadis itu mengangguk. Dia menghulurkan dua jambangan bunga yang berisi bunga mawar merah pekat sebanyak dua kuntum kepada Yati dan satu lagi berisi tiga kuntum berlainan warna. "…. Dan untuk Charina….," ujar gadis tersebut lagi sambil menghulurkan sebiji epal yang dibungkus menarik dan sejambangan bunga yang berisi sekuntum bunga.

"Eh, dapat lagi….," Suaraku perlahan.

"Entah budak ni…. Mesti ramai peminat ni…" Suara Yati dan Kak Linz serentak. Aku terdiam sambil membelek-belek kad yang terdapat di epal dan bunga tersebut. Oh, rupanya bunga sekuntum itu diberi oleh Anita sementara epal itu pula diberi oleh Gina, rakan satu blok di tingkat 3 itu. Berdasarkan kepada pembalut bunga tersebut, kami dapat mengagak delivery bunga dan buah ini adalah daripada kumpulan lain yang menjalankan perniagaan yang sering mendapat perhatian daripada pelajar sewaktu musim pesta konvokesyen ini. Setelah itu, kami asyik dengan hadiah masing-masing selepas Jatt dan Kak Lia meninggalkan bilik kami.

M

alam Meraikan Graduan (MMG) telahpun berlalu dengan meriahnya semalam. Ramai para graduan yang datang bersama keluarga mereka untuk memeriahkan majlis tersebut. Malahan aku turut berkesempatan bertemu dengan para senior yang dikenali bersama keluarga mereka. Tidak kurang pula yang datang membawa suami dan isteri masing-masing, malahan ada juga yang sudah pun bakal mendapat cahaya mata. Sebenarnya majlis ini diadakan untuk meraikan bekas-bekas pelajar kolej ini semasa mereka belajar di UPM dahulu.

Pesta konvokesyen kini tinggal sehari lagi. Biasanya acara pada hari tersebut lebih meriah berbanding hari-hari yang lain kerana pada hari tersebut biasanya para penjual akan membuat lelongan barang jualan mereka di minit-minit terakhir sebelum pesta di tutup. Pada masa itu, pelajar-pelajar berkesempatan membeli barangan yang mereka ingini dengan harga yang lebih murah daripada harga yang ditawarkan daripada hari-hari biasa. Tidak kurang juga dengan artis-artis popular yang dijemput untuk menyertai acara Kutipan Derma bagi Tabung Kosovo yang menderita akibat peperangan.

Aku memerhati sejambangan bunga carnation yang baru sampai ketika aku berada di tandas tadi. Stay d'way u are. Tulisan itu tertera di atas kad yang disertakan sekali. Tiada pengenalan yang jelas, hanya tandatangan yang tidak dapat aku kenalpasti siapa orangnya. Roomates aku yang lain juga turut menerima bunga yang sama. Mungkin daripada orang yang kami kenali.

"Yati, Erin… jom kita gi makan kat kafe….," suara Syikin

"Okay.. tapi Kak Linz mana?" Jawabku pula.

"Dia dah keluar dengan abang dia. Tadi abang Linz datang masa Rin gi tandas."

"Ooo…. So, lets go.…." sambungku kerana aku sudah bersiap.

"Eh, nanti dulu… saya tak siap lagi ni….," suara Yati yang tengah membetulkan tudungnya. Kami menunggu. "Okay, jom…." Suaranya lagi setelah siap. Setelah itu kami beredar.

Kami berjalan beriringan menaiki tangga menuju ke kafeteria yang terletak di bangunan pejabat yang setentang dengan blok kami ini.

"Nak tapau ke nak makan sini?" Soalku pula sewaktu kami sedang memerhati makanan yang ada pada hari itu.

"Ntah.. nak tapau ke nak makan sini?" Soal Yati pula kepada Syikin.

"Mana-mana pun boleh…," ujar Syikin pula senang.

"Makan sini jer la…. Lagipun boleh dengar lagu….," suaraku pula setelah kami terdiam seketika.

"Sounds like good idea….. Boleh gak dengar lagu dari music box tu….., " suara Syikin pula.

"So… let's jom pilih makanan…." Ajak Yati pula. Kami beredar memilih makanan dan kemudian membayar di kaunter sebelum beredar ke meja di ruang depan sana.

Sedang kami menikmati makanan tengah hari kami, Ita dan roomatesnya, Zue turut datang menyertai kami. Setelah itu kami makan sambil berborak-borak rancak. Kami berjanji untuk ke tapak pesta konvo pada malam nanti bersama-sama. Setelah makan, kami beransur.

"Eh, ada bunga baru la….," Suara Yati sewaktu tiba di bilik.

"Ya ke….? Siapa punya?" Soalku pantas.

Yati memerhati beberapa jambangan bunga yang ditinggalkan di meja study kami. Mungkin budak-budak delivery tu meninggalkannya setelah mendapati kami tiada di bilik.

"Untuk awak lah….." dia menghulurkan sejambangan bunga ke arahku. Aku mencapainya sambil tersenyum.

"Eeeeee….. seronoknya…. Dapat bunga lagi….Ye! yee!" Ujarku keanak-anakan.

"….dan untuk saya…." Suara Yati lagi.

"Haa… tu bunga sape plak tu..?" Soal Syikin yang baru tiba. Tadi dia singgah di bilik Kak Lia.

"Saya….," suara aku dan Yati serentak.

Syikin mencemek muka. "Ya lah… orang ramai peminat…," ujarnya lalu menuju ke katilnya dan berbaring.

"Eh, jangan jelous… nanti malam saya belikan ya…" ujar Yati memujuk.

"Tak ndak…"

"Jangan la macam ni…. Nanti mama kasi susu ye.. Dutch Lady ke S26..?? " ujarku pula kemudian.

Kami ketawa. "Woi… melampau la tu nak kasi susu kat kita…." Balas Syikin pula. Begitulah keadaan di bilik kami yang sentiasa di penuhi dengan senda-gurau dan gelak ketawa.

"Nah…." Hulur Yati sejambangan bunga ke arahnya.

Syikin mencapai dan melihatnya sekilas.

"Ooo… tipu….. tadi cakap dia punya…." Jerit Syikin.

"Yalah, saya dapat, Erin dapat, awak pun dapat…." Jawab Yati.

Syikin membelek-belek bunganya penuh asyik. Suasana sunyi seketika.

"Maklum le… semuanya ramai peminat…" sahut kami serentak secara tiba-tiba.

Pecah berderai gelak ketawa mereka menggegarkan ruang bilik yang sempit itu.

"Iyolah tu makcik…" suaraku pula setelah ketawa kami reda.

Aku memerhati tulisan di kad yang terdapat di plastik bunga tersebut. Jaga diri, Hiasi Peribadi. Ikhlas Dariku Untukmu, Arie.

Mataku terpaku di kad tersebut, tetapi fikiran melayang mencari-cari siapakah gerangan Arie yang bermurah hati memberi bunga kepadaku ini. Arie… Arie… Hairi…. Shahrul?? Apa benarkah Shahrul yang menghantar bunga ini kepadaku? Sekali lagi aku memerhati tandatangan yang diukir cantik di atas nama Arie tersebut. Mungkin jugak dia… tapi… apa mimpinya menghantar bunga ini kepadaku? Soal hatiku, hairan !

Mungkin jugak dia sudah dapat menerima diriku sebagai tunangannya. Duga hatiku sendiri. Aku menggelengkan kepalaku perlahan beberapa kali sambil mulutku ringan menguntumkan senyuman. Shahrul… Shahrul… Sekali lagi aku membaca ucapan di kad indah tersebut. Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Mendalam maksud tu….. Senyum lagi. Hatiku berbunga-bunga harapan. Kalau betullah dia… aku bersyukur. Akhirnya terbuka juga hatinya untuk berbaik-baik terhadapku.

"Heh, apa nie senyum-senyum sorang diri?" Tegur Syikin sambil menepuk bahuku. Aku terkejut.

"Hish, terkejutlah!! Nasib baik orang takde lemah jantung…. Kalau tak dah kiok dah……," balasku sambil mengurut-urut dadaku.

"Dah awak tu asyik sangat, seronok jugak kalau kenakan orang, yea…,"gelak Syikin pula. "Siapa kasi?" Soalnya lagi.

"Ntah… dia tulis namanya Arie…." Jawabku sambil menunjukkan kad tersebut tanpa menambah tekaan aku siapakah Arie itu terhadap mereka. "Awak pulak siapa yang kasi?"

Syikin menghulurkan bunga teluki yang diterimanya ke arahku. Cantik!

"Ooo…. Ada affair dengan Abang Hakimi ya….." Sakatku terhadapnya setelah melihat nama yang menghantar bunga tersebut kepada Syikin.

"Takde lah, tapi tak tau la dia tu kan…" ucap Syikin senang.

"Ooo… tak nak ngaku plak yea…..," usikku lagi.

Syikin senyum tanpa membalas. Seingat aku, mereka mulai rapat dalam dua bulan lepas. Sebelumnya aku perhatikan tiada apa-apa perubahan pada sikap masing-masing. Hanya selepas mereka digandingkan di dalam jawatankuasa yang sama di dalam Majlis Sejambak Budi sempena meraikan Pelajar-pelajar Tahun Akhir akhir semester yang lalu. Syikin yang sepatutnya aku panggil kakak itu senyum lagi setelah kemudiannya disakat Yati pula.

Aku teringatkan kepada pertemuan pertama kami lebih kurang setahun setengah yang lalu, sewaktu itu kami baru bertemu setelah mendaftarkan diri di kolej ini dan ditempatkan di bilik yang sama. Di waktu itu aku ingatkan dia sebaya denganku memandangkan gaya dan perwatakannya, tetapi rupa-rupanya dia senior empat tahun dariku. Sebelum ini dia melanjutkan pelajaran di University of Wales di United Kingdom sebelum menamatkan pengajian atas sebab-sebab kesihatan, dan setelah setahun setengah kemudian ia kembali menyambung pelajaran di sini.

"Saya rasa dah padan la awak berdua ni…." Ujarku kepada Syikin bersetuju dengan gandingan mereka. Apa taknya, Abang Hakimi kacak, pintar dan baik sementara Syikin juga manis, baik dan pintar. Aku terbayangkan Abang Hakimi yang berusia dalam 28 tahun itu, ex-teacher yang masih bujang itu memang baik dengan kami. Dia memegang jawatan penting di Blok Rusa. Aku ingat-ingat lupa akan jawatannya, mungkin SU Pendidikan, ataupun juga Setiausaha Blok. Syikin pula semenjak putus hubungan dengan pakwe lamanya sebelum dia memasuki UPM ini masih belum terniat mencari pengganti biarpun usia sudah mengenjakkan ke alam 24 tahun. Mungkin masih terluka dengan perangai bekas kekasihnya yang curang sewaktu di UK.

"Pandai lah awak memadankan orang…." Suara Syikin selamba.

"Laa.. dah saya kata sepadan tu… maknanya sepadan lah… Faham!! Betul tak Yati?" Aku meminta pandangan rakan sebilikku ini.

"Oh, commelll….. pasangan ideal…." Balas Yati sambil menaikkan ibu jari tangan kanannya.

"Haa… sama lah awak berdua ni….." Syikin masih tak mahu mengalah.

"Eleh, Erin…. Syikin ni sebenarnya nak…. Tapi malu-malu kucing…. Hati kata nak… nak…. Tapi mulut kata tak nak….," sakat Yati pula.

Kami tergelak.

" Haa, pandai la awak berdua. Malas saya nak layan. Suka hati koranglah nak kata apa-apa pun….." Syikin mengalah.

"Yes! Yes! Kita menang…. Kita menang….." suaraku sengaja menyakiti hati Syikin. Aku dan Yati terlonjak-lonjak sambil mengawangkan tangan ke udara beberapa kali sambil melebarkan sengih di hadapan Syikin. Dia mencemekkan mulut.

"Tak pe… hari ni hari awak berdua…. Esok…." Suaranya terputus di situ setelah Yati kembali menyambung.

"… hari kami jugak….."

Mendengarkan kata-kata pintasan Yati itu kami bantai gelak. Sempat lagi dia menyampuk.

"Tak nak kalah langsung…" suara Syikin lagi.

"Biasa ler tue….," jawabku pula sambil menyambut tepukan lima tapak tangan dari Yati. Syikin menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Hish, budak-budak nih…!!

Selepas itu mereka bersiap-siap untuk ke Bukit Ekspo untuk meng'enjoy'kan diri di tapak pesta konvokesyen UPM itu.