Saturday, September 22, 2007

Blogku yg hampir Bersawang... kui kui

Huhuhu.. Lamanya aku tak hapdet....

Sesambil menunggu dorang sampai, aku cuba la hapdet mana patut la kan..
Lamo gilo aku tak hapdet.... maklum la... di kebizian bersama kerja yg tidap pernah surut ini..
tak b'kesempatan nak hapdet blogku ini.. ditambah plak ngan masalah password ku yang selalu je 'failed'.. Nyampas maakkk...

Tgh menaip, alih2 Isis call.. cakap dia dah t'sesat.. kena sound lak tuh...
huhu... so... aku tepon balik... tapi mud dia pun dah lari...

ok la.. masa dah 6.46 pm
aku pun nak tuwun tggu dorang dulu...


hapdet lak lenkali..
huhu..

(ntah tahun bila la plak tu kan..)

wakaka..
chow

selamat berbuka semua...

Friday, June 22, 2007

NineTeen ~Part tWO~

NineTeen ~Part tWO~


Charina tersenyum hambar, sekadar mengambil hati gadis berkulit hitam manis itu. Dia meneruskan langkah menaiki tangga tanpa menjawab pertanyaan. Zazila yang kehairanan kerana pertanyaan yang tidak dijawab itu akhirnya mengangkat bahu sendiri dan berlalu ke biliknya.
Sebaik melangkah memasuki pintu bilik, terlihat beberapa biji kotak yang agak besar dan sederhana besar. Beg-beg pakaian pula terselit di antara kotak-kotak yang kebanyakannya berisi buku-buku itu. Dia berjalan melalui kotak-kotak itu dan menuju ke meja tulisnya lalu meletakkan tas tangannya di atas mejanya yang sudah pun kosong itu. Sebetulnya, dia juga telah mengemas barang-barangnya. Cuma tinggal pakaian sahaja lagi yang perlu dikemaskan. Hujung minggu ini bilik-bilik ini semua perlu dikosongkan kerana cuti semester telah pun bermula.
Suara merdu Siti Nurhaliza yang melagukan Bicara Manis Menghiris Kalbu itu menguasai bilik yang sunyi. Entah ke mana pula perginya rakan sebiliknya yang tiga orang itu. Pintu bilik terbuka, radio pula tidak ditutup.
Nampaknya, mereka akan berpisah juga akhirnya. Syikin dan Kak Linz akan menamatkan pelajaran mereka. Dua hari lepas Kak Linz telah selamat menduduki kertas terakhirnya sebagai pelajar di UPM ini, dan semalam, Syikin pula menamatkan kertas terakhirnya. Aku dan Yati masih ada beberapa semester di hadapan, dan pastinya kami juga akan berubah bilik dan mungkin juga blok memandangkan ura-ura kebelakangan ini semakin jelas menyatakan kami akan berpecah kepada 2 blok perempuan dan 3 blok lelaki berbanding sebaliknya pada masa sekarang. Sayang rasanya untuk berpisah memandangkan talian persahabatan yang erat antara kami sebelum ini.
“Menyesal aku baik dengan korang, tau… Nanti sedihlah kita nak berpisah…,” Suara Yati seminggu yang lalu sewaktu kami bercerita aktiviti kami pada masa akan datang. Matanya agak merah pada waktu itu. Begitu juga dengan Kak Linz, Syikin dan aku. Air mata sudah bergenang di ruang mata. Namun kami masih dapat mengawalnya. Control macho, beb…. Pastinya, pada waktu itu Kak Linz dan Syikin sudah pun bekerja sementara aku dan Yati masih lagi bertungkus lumus menamatkan pelajaran kami.
“Entah… kita pun menyesal tau….,” suaraku pula.
“Eleh… dia yang nak berbaik sangat ngan kita, kan Syikin… kita tak nak pun tapi depa ni yang terhegeh-hegeh, kan Syikin…,” balas Kak Linz pula, masih sempat bergurau.
“Oo.. iya ker…?? Bukan dia ker yang nak berbaik ngan kita dulu?”Suara Yati pula mengejek membalas usikan Kak Linz tadi. Matanya memandangku. Aku angguk.
“Korang ni jahatlah… dah lah…., kang saya nangis kat sini kang… sapa nak pujuk…,” suara Syikin pula .
“Abang Hakimi la…,” balasku dan Yati serentak.
Pecah ketawa pada malam itu, seiring dengan air mata masing-masing yang turut berderai. Aku senyum mengingatkan kenangan pada malam itu.
Hmmh… semuanya hanya akan tinggal kenangan… Moga-moga ikatan persahabatan kami ini akan kekal selamanya…
Charina melabuhkan tubuhnya ke katil Syikin sambil leka mendengar lagu terbaru penyanyi pujaan ramai itu. Namun akhirnya dia terlelap dibuai irama dan perasaan.

“Macam manalah agaknya Si Arie dengan Erin dekat sana tu, ya…,” suara Puan Maria suatu hari sewaktu dia ke rumah bakal besannya pada suatu hari di bulan November.
“Lambat benar rasanya majlis tu nak berlangsung. Tak sabar rasanya nak tengok mereka berdua bersanding nanti.” Sambungnya lagi sambil cuba membayangkan suasana pada hari jadi nanti. Riak mukanya ceria menggambarkan suasana yang penuh meriah nanti. Mulutnya becok menceritakan perancangan yang bakal diadakan nanti.
“Kita tunggu ajelah, Cik Maria… Saya pun dah tak sabar rasanya. Maklum ler, menantu pertama…” jawab Puan Fatimah pula sambil tersenyum. Kepala Puan Maria dianggukkan.
“Sama lah kita Cik Timah..”
Kedua-duanya tertawa kecil sambil masing-masing membayangkan suasana di hari perkahwinan anak-anak mereka yang penuh dengan kemeriahan.





Monday, June 11, 2007

NineTeen ~Part One~

Bab 19

Charina melangkah lemah menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Kotak fikirannya masih berlegar-legar memikirkan peristiwa yang berlaku di Desa Pandan tadi. Kunci kereta yang berada di genggamannya dilambung-lambung beberapa kali. Sesekali dia mengeluh perlahan. Kesal dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Namun dia tidak menyalahkan Suraya. Dia tahu Suraya tidak bersalah. Kalau dia berada di tempat Suraya sekali pun dia pasti sakit hati melihat teman lelaki sendiri berduaan bersama seorang gadis lain!
Biarlah aku mengalah! Putus hatinya tiba-tiba. Aku tidak tergamak merampas kebahagiaan orang lain. Aku tidak sanggup dipanggil perampas!! Perampas kasih sayang orang lain.
Tapi… kenapa sekarang baru nak mengalah?? Kenapa tidak dari dulu lagi?? Hati kecilnya tiba-tiba bertanya. Teruskan sahajalah perhubungan ini. Best Women Win! Yang terbaik akan menang! Hatinya berbalah sesama sendiri.
Ah, tarik diri ajelah… bukankah masih ada ramai lagi yang menyukai engkau. Tuuu… Si Faizul tu… apa kurangnya dengan Faizul tu… baik… handsome…. kerjaya pun okay. Apa lagi yang kau nak?? Ambik sahajalah si Faizul tu…
Iyaa… aku tau dia menyukaiku juga. Aku pun akui, aku pernah meminatinya dulu… malah… sekarang ni pun aku masih punyai perasaan itu terhadap dia… tapi… tapi itu masih belum dapat menandingi perasaanku terhadap Shahrul. Aku pun tak tahu, apa yang sudah terjadi kepadaku…. Dahulu, untuk memandang wajahnya sahaja pun aku tidak sudi, Namun… sekarang….. terasa rinduuu yang teramat sangat….
Hei… tadi kau kata nak mengalah sahaja… sekarang….
Yalah… yalah… aku kata jer… tapi keputusan muktamad tu… entah… aku tak tahu lagi…. Tapi… rasanya, aku mengalah sahajalah… lagipun, Faizulkan ada…..
Hey… gatal jugak kau nie… Boleh tahaannn…..
Eh, biasalah….Aku berhak memilih yang terbaik untuk diriku apa…..
Suka hati engkaulah, labuu….
“Hoi… khayal…!” Satu tepukan keras dibahu mengejutkan Charina ke alam nyata. Zazila tersengih melucu. Charina memandang keliling. Laa… dia baru sahaja berada di tingkat satu. Sebetulnya, betul-betul di hadapan bilik tv. Zazila yang baru di muka pintu untuk keluar terperasankannya lalu menepuk bahu Charina.
“Eh, Rin.. kenapa dengan kau ni Rin… mata merah semacam jer…,” suara Zazila melihatkan muka Charina yang muram itu.

Buat Abg Alym






Nah.....
Nasi Goreng Tanpa Kacang Campur (ijo n oren) utk Ayah Danish..
(tapi sowi ar... ada daun bawang yg ijo tu plak..) hehehe..

Tuesday, June 5, 2007

~Tadaaaa..~


Erm... sepanjang ketidak hapdetan blog ku ini.. Macam² hal yang berlaku.. Tapi, memandangkan aku ni sebenarnya pemalu plus reserve orgnya.. :D ekeke..... Aku rasa... tgk lah dulu, sama ada terbukak ke tidak hati aku untuk menaip di ruangan blog ini... ekekek....


Apapun, i miss all of u la.... Susah nau nak masuk sini... kejap² ble la... Skang neh internet dah ble balik kt pc aku.. so nanti ada masa aku hapdet lah lagi na......


Umuaachhsssssss buat semua..

(cewah, pasan cam artisy plak..) wakakaka....

~Eighteen~


Bab 18

Peperiksaan akhir semester 3 telahpun tamat sekejap tadi. Charina duduk releks di luar Dewan Besar, tempat berlangsungnya kertas terakhirnya pada semester ini, Marketing sambil menanti Anita yang masih belum habis menjawab. Sesekali dia membelek kertas soalan yang dibenarkan dibawa balik oleh pensyarah mereka. Apabila ditegur oleh rakan sekursus, dia menjawab mesra sambil berbual rancak.
"Amacam soalan tadi Erin, ok tak?" Soal Zamri sambil tersengih. Di sebelahnya, Saiful Iddin melemparkan senyuman kepadanya. Charina membalas.
"Okay la…." Jawab Charina. "Banyak gak soalan yang dapat dari senior last-last sem naik kan?" Soalnya balik kepada Zamri. Sebenarnya, hampir sepertiga daripada pelajar ini telah pun mendapat soalan daripada senior yang beberapa tahun lepas dan mereka telah berpakat mencari jawapan terlebih dahulu.
Biasanya, apabila seseorang pelajar mendapat sesuatu kertas soalan dari senior, mereka akan berpakat dan yang lainnya akan membuat salinan fotostat, dan akhirnya hampir kesemua pelajar mempunyai set soalan dari pelbagai semester terdahulu itu. Ini memudahkan lagi proses pembelajaran mereka. Ia juga boleh dianggap soalan spot mereka dan ini menyenangkan mereka untuk score dalam final exam ini bagi menaikkan gred mereka nanti .
"Okaylah, aku balik dulu ya…," ujarku pada mereka berdua setelah melihat Anita keluar dari dewan. Anita menyapa kedua pemuda itu sambil menguntum senyum. Dia berjalan ke arahku. Aku sudah bangun dari kerusi dan menunggu sehingga dia sampai.
"Camana, okay tak soalan tu?" Aku menyoal pantas melihat wajah Anita yang ceria itu.
"Okay la. Lagipun banyak gak soalan spot kita yang keluar." Dia menjawab lancar.
"Habis tu kenapa keluar lambat?" Soalku pula ingin tahu.
"Kadang-kadang tu sesetengah soalan tu confuse gak aku mengingatkan jawapannya balik…." Balas Anita lagi sambil mengangkat tangan menegur Laili yang berjalan berhadapan kami. Aku menganggukkan kepala sambil melemparkan senyuman.
Kami berjalan pantas menuju ke arah Kancilku. Kami menunggu sebentar memberi laluan kepada motosikal yang berasak ingin keluar dari kawasan Dewan Besar ini. Setelah keadaan agak reda aku memandu selesa ke kolej.


Aku memerhati kereta yang beratur panjang di hadapan. Plaza Tol Sungai Besi penuh sesak dengan kenderaan orang yang baru pulang dari pejabat. Shahrul memandu tenang di sisi. Selepas dating kami secara berdua tempohari, ini merupakan dating kami yang keempat. Beberapa kali sebelum ini kami pernah keluar bersama di sekitar kampus sebelum semester berakhir. Nampaknya hubungan kami mulai berbunga. Ada juga beberapa kali kami terserempak di fakulti namun kami hanya berbalas senyum sahaja. Tidak mahu sebarang prasangka wujud di kalangan sahabat masing-masing. Apatah lagi jika diketahui Suraya. Pasti mengamuk sakanlah jawabnya. Aku tidak mahu timbulnya pertengkaran atau sebarang peristiwa yang tidak diingini kelak.
Lagu nyanyian Suhaimi Meor Hassan, Epilog Cinta dari Bromley yang ada melagukan …. Aduhai Kathy…. yang aku tukarkan kepada …Aduhai Charry… memenuhi ruang keretaku yang sempit ini. Aku menghayati senikata lagu dan lirik lagu ini. Sungguh puitis sekali. Alangkah indahnya hati ini jika dicintai sepenuh hati oleh jejaka idaman hati. Aku termenung sendiri. Shahrul memberhentikan kereta di pondok membayar tol dan menghulurkan wang. Setelah selesai dia memandu cermat melewati kawasan itu. Sekilas dia menjeling ke arah Charina yang sedang asyik.
"Amboi… asyiknya dia….," tegur Shahrul memecah kesunyian.
Aku berpaling. Senyum.
"Kita suka lagu ni…," jawabku yang kebetulan lagu itu berakhir.
"Wah… klasiknya…!" ujar Shahrul bergurau. Senyum.
"Suka arrr…" ujarku pula.
"Kita nak ke mana ni?" Soal Shahrul lembut sambil memandang ke arahku. Sinar matanya redup.
Aku diam seketika.
"Ikut Abang la…," aku berserah. Dua hari lalu dia menelefonku mengajak keluar bersama. Aku mengikut memandangkan ujian akhirku telahpun habis. Sengaja aku berlambat-lambat untuk pulang kerana menunggu Abang Azlan yang akan datang mengambil kereta dua hari lagi. Kami akan bergilir-gilir memandu apabila pulang nanti melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang. Untuk meminta tolong Shahrul aku masih belum berani kerana hubungan kami baru bermula. Lagipun dia masih punyai banyak urusan untuk diselesaikan memandangkan ini merupakan semester akhirnya di kampus hijau ini.
"Kita gi Desa Pandan, ok tak?" Soal Shahrul lagi.
"Mesti nak makan masakan Minang ni eh….…" dugaku sambil menghadiahkan sebuah sengihan. Dia mengagak Shahrul mahu ke Restoran Ratu yang menghidangkan dengan ala minang.
"That's right…." Balas Shahrul.
"All right…" aku membalas. Sengih lagi. "Well, the car is on your hand, so it's depend to you where we should go right now…" Aku menyambung memberi kata putus kepadanya.
Shahrul memandang kearahku dan menyengih.
"Betul nie..?" Soalnya pula.
Aku angguk. "Ya!"
"Okay, now.. at first we go to Palace of Golden Horses then we book a room. After that…."
"Ha iyalah tu, pas tu kita kena tangkap khalwat. So tak payahlah awak keluar belanjakan?" Aku menjawab bagi pihaknya. Dia menyengih.
"Hundred percent right!" Balasnya lagi sambil tergelak.
"Pandai pun tunang Abang…"
Aku mencebek.
"Lelaki memang miang…." Cemuhku.
"Kalau tak miang, tak nama lelaki la tu…" dia masih tidak mahu mengalah.
"Yalah, awak menanglah…" aku mengalah. Makin dilayan makin menjadi. Lagipun bukannya dapat hadiah pun…
Shahrul memberi isyarat ke kanan dan kemudian memandu laju memotong kereta pacuan empat roda di hadapan. Setelah tiba di satu persimpangan menuju ke tempat di tuju, dia membelok cekap dan memandu memasuki kawasan parking kereta dan mencari ruang kosong. Setelah menjumpai dia memandu cermat dan cekap meletakkan kereta Kancilku yang kecil molek di antara Kia Sephia dan Toyota Camry model terbaru. Setelah itu kami mengatur langkah ke tempat di tuju.
Sedang kami menikmati hidangan, tiba-tiba aku terasa seseorang berdiri hampir denganku menyebabkan perbualan kami terhenti. Aku dan Shahrul sama-sama mendongak.
Suraya!
Mata bundar gadis seksi itu yang dimekap rapi semakin membesar. Aku memandang ke arahnya dan kemudian ke arah Shahrul. Tengkukku menelan liur. Tidak tahu untuk bercakap sepatah kata. Sebenarnya aku tahu risiko yang aku harus hadapi apabila kami mulai keluar bersama. Kami harus menghadapi Suraya yang masih belum mengetahui akan hubungan kami.
Aku tahu Shahrul belum menerangkan kepadanya lagi akan hubungan kami. Namun aku tidak mahu memaksa. Itu bukan caraku. Entah mengapa, walaupun Shahrul merupakan tunanganku, namun aku pula yang merasa bersalah. Mungkin seperti yang pernah aku fikirkan dulu, di mana aku seolah-olah merampas kekasihnya meskipun talian pertunangan itu adalah kehendak keluarga Shahrul juga. Dan tentunya pertunangan ini atas kerelaannya jua kerana tanpa persetujuan ini, pertunangan kami tidak akan berlangsung. Apa pun, aku pasrah. Elok juga dia melihat kami sekarang, tidak perlu aku menunggu lebih lama untuk Shahrul berterus terang akan hubungan kami terhadap kekasih pujaan hatinya ini.
Diam-diam timbul perasaan sakit hatiku terhadap Shahrul. Huh! Lelaki juga yang untung. Dua-dua dia nak sapu! Tapi di dalam keadaan seperti ini aku menyerah kepada kebijaksanaan Shahrul menyelesaikannya.
Shahrul bingkas bangun dan mula bersuara untuk menjelaskan perkara sebenarnya tetapi Suraya yang memakai skirt pendek paras paha itu bersama baju ketat dan bermekap rapi itu pantas melayangkan tangan ke pipiku. Aku terdorong ke belakang. Semuanya berlaku begitu pantas tanpa dapat aku elakkan. Setelah itu dia cuba melayangkan ke arah Shahrul pula, namun sempat di tahan oleh tangan sasa Shahrul. Aku bungkam seketika. Terkejut dengan serangan yang tiba-tiba. Namun akhirnya terasa ada cecair jernih di sudut mata!
Aku menangis? Sempat otakku berfikir memikirkan bagaimana air mataku itu muncul. Tidak! Aku tidak menangis, tapi ia keluar disebabkan kuatnya tamparan dari tangan Suraya tadi menyebabkan kelenjar air mataku mengeluarkan air dengan sendirinya. Hampir kesemua pengunjung di restoran makanan segera itu memandang sandiwara semasa lakonan kami.
"Suraya…!!" Suara Shahrul keras.
"Kenapa awak tampar Erin..!" Marah Shahrul dan memegang tangan Suraya kemas. Suraya meronta.
"Ooo… Erin namanya…!! Dulu saya tanya awak cakap tak tahu…. Sekarang bermesra berduaan di sini…!!" Lantang dia bersuara umpama petir. Mungkin seluruh pengunjung restoran ini dapat mendengarnya.
"Perempuan sundal ini yang merampas kekasih saya, takkan saya nak peluk cium dia kot…," suara Suraya lagi lantang penuh kegeraman. Matanya memancarkan sinar kebencian yang teramat.


Shahrul memandang Suraya ke atas ke bawah.
"Ni apa baju awak pakai ni… dedah sana dedah sini…" sempat pula Shahrul membebel. Dia menarik Suraya duduk tetapi Suraya tetap berdegil. Tangannya sekali lagi mahu mencapai rambut Charina dan mahu ditarik-tariknya rambut perempuan yang merampas kekasihnya itu. Namun segera tangannya ditahan oleh Shahrul yang dapat membaca hasrat hatinya.
Dia kegeraman. "Lepaskan saya… saya nak kena-kenakan perempuan tak tahu malu ni…," suaranya lantang menjerit.
Charina di selubungi perasaan yang malu teramat. Dia bangun dan terus mencapai kunci kereta yang Shahrul tinggalkan di atas meja tadi lalu berjalan pantas ke arah keretanya. Alarm dipetik lalu dia memboloskan badan langsingnya ke tempat pemandu. Suara Shahrul yang memanggil-manggilnya tidak diendahkan. Dia mengesat air mata seketika sebelum menghidupkan enjin keretanya. Setelah itu dia memandu pulang ke Serdang berseorangan diri meninggalkan Shahrul yang sibuk melayan aksi Suraya. Dalam diam dia menangis mengenangkan peristiwa sebentar tadi dan nasib dirinya.
Apa salah aku? Kenapa aku yang harus mengalami perkara sebegini? Apa dosa aku? Rintih hatinya sendiri. Belum sempat peristiwa memalukan bersama Farid dulu hapus dari kamus ingatannya, kini timbul pula kisah Suraya. Dia menarik esak dan sibuk mengesat air mata yang mengalir rancak.
Dah….! Cukup…! Berhenti…!! Berhenti menangis…., suara hatinya memberi semangat di dalam dirinya. Kau tidak bersalah… cuma menjadi mangsa keadaan…., akalnya memberi alasan. Jangan jadi budak cengeng….! Charina menarik nafas dalam-dalam.
Lampu isyarat merah tertera di hadapan. Dia memberhentikan kereta di belakang sebuah Kembara. Di sebelah kanannya pula kereta Honda Civic yang dipandu oleh seorang pemuda. Charina tahu pemuda itu memandang ke arahnya. Mungkin terperasankan dirinya yang menangis. Namun dia tidak mengendahkannya. Lampu bertukar warna hijau. Dia sempat mengesat sisa air matanya sebelum memasukkan gear dan menekan pedal minyak dan melepaskan cluth. Esakannya kian reda. Setelah itu dia meneruskan perjalanannya ke UPM.


Sementara di restoran di Desa Pandan, Shahrul masih sibuk melayan karenah Suraya. "Awak keluar dengan budak perempuan tu awak kata tak salah! Awak tak mengaku yang awak tu berbuat salah!!" Suara Suraya masih meninggi meskipun tidak sekuat tadi. Hatinya merasa amat sakit melihatkan aksi Shahrul dan budak perempuan yang dipanggil Erin oleh Shahrul tadi. Niat hatinya yang ingin berjumpa dengan rakan sekolahnya dahulu, Shima terpaksa dibatalkan. Kebetulan sehingga kini Shima belum menampakkan wajahnya.
Shahrul menarik nafas menahan panas yang membara di hati.
"Jom, mari kita balik. Nanti saya ceritakan hal sebenarnya…," suara Shahrul pula sambil menarik tangan Suraya. Suraya berdegil tidak mahu berganjak.
"Awak tak malu ke bertempik melaung kat sini macam gajah mengamuk…. Tengok, semua orang pandang kita… Awak tak malu ke….," ujar Shahrul dengan nada perlahan, malah seolah berbisik.
"Jom, mari kita balik…" sambungnya lagi. Suraya memuncung.
"Ooo.. tau malu.. tapi keluar dengan perempuan lain tak malu…," luahnya masih tidak puas hati.
"Dah, mari kita balik…" dia mencapai tangan Suraya. Mahu tidak mahu terpaksa dia mengikut. Mereka berjalan bersama menuju ke arah kereta Suraya. Mulutnya masih memuncung. Tumpuan pengunjung-pengunjung kembali kepada makanan mereka. Setelah tiba Shahrul menghulurkan tangan meminta kunci kereta. Suraya menghulurkan tanpa bersuara. Setelah alarm dipetik, masing-masing menembusi ruang duduk di hadapan kereta. Setelah itu Shahrul memandu kereta ke arah destinasi yang ditujui. Masing-masing masih tidak bersuara. Saling memendam perasaan yang bersemarak di hati.
"Awak tak patut tampar Erin tadi. Dia tak bersalah apa pun terhadap awak…," akhirnya Shahrul bersuara memecah kesunyian.
Suraya pantas berpaling. Hatinya yang panas makin bersemarak mendengarkan kata-kata Shahrul yang membela budak perempuan tadi. Dia berpaling kasar melemparkan pandangan ke arah Shahrul. Mata bundarnya membutang.
"Apa? Awak cakap saya tak patut tampar budak jahanam tadi tu…. What do you expect me to do..?? Treat her like a princess..??! Damn…! Shit…!”
"Siapa dia tu pada awak sampai awak bela dia macam tu..? Gundik awak..?" Kasar Suraya bersuara. Masih belum puas meluahkan rasa hatinya.
"Dia yang tak sedar diri merampas kekasih kita…. Macam tak ada lelaki lain dalam dunia ni…. Kekasih kita jugak yang nak dikebasnya… Yang si lelaki ini pula satu, semua pompuan dia layan. Dasar gatal….!!" cemuh Suraya panjang lebar. "Macam takde perempuan lain…," sambungnya lagi. Dadanya berombak kencang. Mukanya merah umpama udang dipanggang. Marah benar nampaknya dia.
"I dah agak dari dulu lagi, You memang ada hubungan dengan budak gatal jahanam tu……" belum puas dia bersuara mencemuh Charina.
Berdesing telinga nipis Shahrul mendengarkan cemuhan Suraya terhadap Charina. Shahrul tidak sanggup mendengar Charina dicemuh sebegitu kerana dia tidak bersalah apa-apa pun ke atas mereka. Dia terlibat kerana hubungan pertunangan mereka, sedangkan Shahrul masih belum memutuskan hubungan kasihnya dengan Suraya anak manja Dato' Zaharuddin tu. Lagipun telah lama mereka bersama, terasa sayang pula untuk memutuskan hubungan begitu sahaja. Bermadu? Pernah ungkapan itu berlegar di kepalanya sikit masa dulu. Tapi mahukah mereka….. dan…. Mampukah aku…??!
Untuk membuang Charina pula dia tidak sanggup. Terasa seolah ia mengingkari hasrat kedua orang tuanya pula. Tambahan lagi semenjak akhir-akhir ini dia seolah-olah sudah terjatuh kasih kepada gadis itu di atas kesabaran anak gadis sahabat karib ayahnya itu. Belum pernah sekali pun Charina mengganggu hubungan mereka, malah tiada seorang pun yang tahu hubungan pertunangan mereka sehingga kini. Jika tidak pasti orang akan mencemuhnya kerana sudah bertunang tetapi masih menjalin hubungan cinta dengan perempuan lain!
Shahrul membelokkan kereta Hyundai Coupe itu ke arah sebuah pokok rendang di tepi jalan. Kereta yang lalu lalang pada waktu ini tidaklah terlalu sesak. Suraya yang kehairanan menoleh memandang tepat wajahnya. Mungkin tertanya-tanya kenapa mereka berhenti di situ.
Shahrul menghempaskan tangannya ke stereng kereta. Tangannya tertekan pada hon melahirkan satu bunyi yang nyaring. Suraya yang tadinya panas tertanya-tanya akan gelagat aneh Shahrul itu. Sudahlah memberhentikan kereta secara tiba-tiba, sekarang ini dia menggenggam rambutnya pula sambil meletakkan kepalanya ke stereng kereta. Suraya hanya memerhatikan segalanya tanpa bersuara. Biarlah Shahrul dulu yang membuka mulut menerangkan segalanya. Marahnya yang bersemarak kian mereda melihatkan aksi kekasih hatinya itu. Mungkin dia mempunyai masalah! Telah hatinya pula.
Namun Shahrul tetap tidak bersuara. Malah dia membuka pintu kereta dan keluar menuju ke arah sebuah bangku simen berbentuk batang pokok yang berada di taman mini di tepi jalan yang mereka berhenti itu. Suraya kehairanan namun akhirnya dia turut turun dan berjalan ke arah kekasihnya itu. Dia memilih untuk duduk di kerusi yang berhadapan dengan Shahrul.
"Kenapa ni, Shah? You ada problem ke..?" Soalnya mengambil berat. Marahnya tadi hilang serta-merta. Kini perasaan keliru muncul melihatkan wajah Shahrul yang kusut merenung kanak-kanak berkejaran di taman itu. Suraya sendiri tidak pasti bagaimana mereka sampai ke situ. Mungkin dia tadi sibuk melayan marahnya sehingga tidak sedar Shahrul membawanya ke taman perumahan yang tidak dikenalinya ini.
“Hmmh…”, Shahrul mengeluh. Namun dia tetap tidak bersuara. Suraya turut membatu.
"Kenapa ni..?" sekali lagi dia menyoal.
Shahrul berpaling lambat-lambat ke arahnya. Matanya yang biasa tajam memikat itu nampak kusam. Sekali lagi dia mengeluh berat. Namun akhirnya dia bersuara lemah.
"I minta maaf, Sue. I harap you dapat memahami keadaan diri I…," dia memulakan kata bicara. Suraya menunggu kata-kata seterusnya.
“Biarlah I berterus-terang.” Senyap. “Dah lama I nak cakap benda ni pada you, tapi I tak sanggup…”
"…sebenarnya, gadis yang bersama I tadi adalah….. ," dia berhenti seketika menelan liur.
"Sebenarnya apa?"
"Sebenarnya Erin adalah tunangan I…..," perlahan dia bersuara. Kepalanya tunduk memandang rumput yang menghijau. Selepas itu kepalanya diangkat untuk melihat reaksi Suraya.
Tunang..!? Shahrul sudah bertunang….?? Suraya terpaku. Perkataan itu umpama petir menerjah ke hatinya.
Shahrul sudah bertunang…..??

Sunday, May 13, 2007

~SeveNTeeN~

Bab 17

Malam itu, Faizul datang secara tiba-tiba. Berseorangan. Dia memang sering ke mari. Kadang-kala dia datang bersama teman rumah bujangnya, Rahmat dan kadang kalanya Shamsul. Hubungan antaranya dengan kami satu bilik sudah mesra. Kerapkali kami keluar bersama-sama satu bilik, kadangkalanya pula hanya aku, KaK Linz dan Faizul. Biasanya kami hanya keluar makan di kawasan berdekatan. Paling tidak pun kami berborak-borak di bawah.
Aku melangkah menuruni tangga, juga berseorangan. Kak Linz ke rumah abangnya yang berada di Desa Serdang. Yati pula masih sibuk dengan aktiviti ROTUnya, sedangkan Syikin pula dari awal lagi dah lesap. Berdating dengan Abang Hakimi agaknya.
Ini merupakan kali pertama Faizul ke mari selepas peristiwa yang menimpaku hari itu. Aku merasakan kedatangannya sekali ini pun pastinya sedikit sebanyak berkaitan dengan hal ku itu.
Perasaan segan menguasai diriku di kala ini apabila mengingatkan peristiwa yang memalukan itu. Mujurlah sehingga kini tiada siapa lagi yang mengetahui akan hal itu. Aku amat-amat berharap agar Faizul dan rakannya Azmi menyimpan rahsia ini. Padaku, Farid dan Budin mungkin tidak akan menghebohkannya kerana ia juga akan menjatuhkan maruah mereka, apatah lagi dengan Farid yang baru sahaja dijatuhkan hukuman digantung tiga semester. Pastinya Budin juga tidak akan menempah maut untuk digantung semester sekiranya menghebahkan hal di Port Dickson hari itu.
Dari jauh aku perhatikan Faizul sedang enak bersandar menantiku di sebuah kerusi batu yang berada di Persada Kosass. Dia duduk membelakangiku. Agak ramai juga pelajar yang sedang santai berborak. Tidak kurang juga ada yang tidak segan silu berdating di tengah-tengah orang ramai ini. Masing-masing riuh bercerita dengan hal tersendiri. Sesekali kedengaran gelak keras dari kumpulan mereka jika ada cerita yang mencuit hati.



“Hait….,” Aku menepuk bahu kerusi yang Faizul duduki. Tujuanku untuk mengejutkannya berjaya apabila melihat raut wajahnya yang terperanjat sambil tangannya mengurut-urut perlahan dadanya. Aku ketawa mengekek perlahan. Beberapa pelajar berdekatan yang perasankan gelagatku tadi turut tersenyum kecil.

“Sorry… just for fun….,” aku menyambung gelakku. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Aku duduk di kerusi yang bertentangan dengannya.

“Nasib baik saya takde penyakit lemah jantung tau ..… kalau tak dah lama Erin kena tangkap atas dakwaan membunuh…. !” balasnya penuh perasaan, namun dalam nada bergurau.



“Kalau begitu, nah…! garilah saya, tangkaplah saya dan bawalah saya ke muka pengadilan…. Saya tak rela bebas di sini sedangkan hati saya tidak tenang dengan perbuatan saya itu…. sob! sob! …,” aku turut membalas gurauannya dan pura-pura menangis. Kedua-dua tanganku aku suakan ke arahnya.

Dia berpura-pura mencari gari di kedua poket seluar jeansnya.

“Alamak, gari tertinggal kat rumahlah…,” balasnya lagi. Aku tergelak dan akhirnya dia turut sama tergelak.

“Hiiii… mentang-mentanglah dia tu pelakon, ngan kita pun dia nak berlakon. Jangan awak berlakon ngan Abang awak besok, udah…” ucapnya lagi tidak mahu mengalah.

“Eh, dengan Abang sayang saya takkan saya nak berlakon… Kita ni baik tau…. Jujur… Setia… Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah…,” aku tidak mahu mengalah.

“… And excuse me… kita ni bukannya pelakon…. Kita berlakon hari tu pun hanya suka-suka saja tau…. ,” tambahku lagi. Dia tersenyum menambahkan kekacakan di wajahnya.


“Kak Linz dan yang lain-lain tu takde kat bilik. Kak Linz balik umah Abang dia. Yati ada ROTU dan Syikin lak ada hal….,” aku menerangkan biarpun dia tak bertanya.

Dia angguk.

“Tu lah… sapa yang suruh awak datang mengejut camni….”

“Takpe… saya datang ni bukannya nak jumpa depa tu… kita nak jumpa awak…,” dia membalas tenang.

“I come here to see you… and... only you that attract me to come here…..” sambungnya lagi.

“Forever…” dia menambah. Raut mukanya diseriuskan.


Terasa dadaku bergetar mendengar kata-katanya yang dilafazkan dalam nada perlahan itu. Namun aku tergelak kecil. Pastinya dia bergurau.

“Buat lawak pulak…”

“Saya serius ni…” raut mukanya selamba. “Jom keluar sekejap.” Ajaknya.

“Nak gi mana?”

“Mmm… kita gi makan sate Kajang, nak…?”

“Kita berdua jer ker…” Soalku lagi.

Angguk.

“Ee… tak nak lah… segan …” Sebelum ini kami belum pernah keluar berduaan. Biasanya kami satu bilik, atau paling tidak pun , kami bertiga bersama Kak Linz.

“Ala jom la, takkan awak tak biasa ngan saya… Jangan bimbanglah, saya ni bukannya jahat…. Saya tak akan buat benda tak senonohnya kat awak…,” Balasnya pantas. Namun kemudian kata-katanya tersekat. Mungkin teringatkan peristiwa di PD tempohari. Aku turut terdiam. Terasa perasaan malu yang teramat kembali di saat itu. Telingaku merah seketika. Namun aku cuba mengatasinya.

“Sorry, I don’t mean it…” dia cuba menjelaskan.

“It’s okay…,” aku pantas memotong.

“It’s okay….,” sekali lagi aku mengulanginya perlahan seolah-olah memberi semangat terhadap diriku sendiri.

“So…. Let’s go….,” aku cuba menghilangkan rasa bersalahnya, sekaligus cuba mewarnai kembali corak perbualan kami. Aku bingkas dari kerusi batu yang berbentuk batang pokok yang di potong itu. Dia turut bingkas.
“Jom…. Kita serang Kedai Haji Samuri….,” Ujarnya berlucu sambil berjalan menghala ke arah Nissan Altisnya.

“Jommm….,” aku menyambut sambil tergelak kecil, cuba menutup perasaan malu yang masih bersarang di hati.

Lebih kurang 20 minit kami tiba di Medan Selera Sate Kajang itu. Setelah mengunci keretanya, kami berjalan mencari tempat yang strategik. Beberapa minggu yang lalu aku juga pernah ke mari bersama Shahrul. Kini aku kembali lagi ke sini. Namun dengan jejaka yang berlainan.

Teringat kembali semua kenanganku bersama Shahrul pada malam itu. Malam itu merupakan malam pertama dia mengajakku keluar sepanjang kami bergelar tunangan dan berada di Kampus Hijau ini. Malam itu juga yang mula mewarnai corak hubungan kami, dan malam itu juga dia membahasakan dirinya ‘Abang’ sehingga kini. Ikhlasnya, malam itu merupakan salah satu kenangan manis buat diriku.

“Ha… kita dok di meja tu lah ya….,” Suara Faizul mematikan lamunanku. Aku menoleh ke arahnya sebentar dan kembali menoleh ke arah meja yang ditunjuknya. Meja bersebelahan yang pernah aku dan Shahrul duduki dulu.


Aku mengangguk dan kakiku pantas mengekori langkahnya. Suasana sekitar masih belum berubah. Tetap sama seperti dulu, cuma di pentas persembahan sana terdapat satu pertandingan karaoke anjuran Unit Kebudayaan Majlis Daerah Hulu Langat. Selepas seorang pelayan berlalu bersama pesanannya, aku leka memerhati gaya seorang gadis dan jejaka yang sedang melagukan Lagu Mawarku dendangan Siti Nurhaliza dan 2 by 2 itu. Boleh tahan suara mereka.

Faizul berdehem mematikan perhatianku terhadap aksi pasangan duet itu. Aku berpaling ke arahnya.

“Asyik nampak…,” suara Faizul.

Aku senyum. “ Best jugak suara diorang tu, kan…” aku memberi komen.
Dia mengangguk. “… tapi bagi saya, suara awak laaaggiiii bestt….”

Senyum.

Aku turut sama senyum. “Memuji pulaakkk….,” tambahku membalas dengan nada bergurau.

“Kalau orang cakap camtu, cakaplah terima kasih… ni …,” dia membalas.

“Okaylah… okaylah…. Terima kasih, awak….” cepat aku membalas cakapnya. Tidak berapa lama kemudian, pesanan kami sampai, dan kami makan dengan penuh selera. Sehingga kami habis makan, Faizul belum menyuarakan hasratnya datang berjumpaku. Biarlah…. Mungkin dia menunggu masa yang sesuai. Apa yang nak dibicarakan belum dapat aku teka. Apa pun, hatiku tetap berdebar menanti luahan katanya.


Mataku masih segar biarpun jam sudah menunjuk ke angka 3.30 pagi. Puas sudah aku menukar arah badanku, namun kantuk belum menjelma. Sesekali terdengar dengkuran Syikin di katil bawah. Sementara Yati di atas katil di sebelah sana pula sudah berapa kali berpaling arah, namun tetap lena. Kak Linz pula tidur di rumah Abangnya di Desa Serdang malam ini.
Cemburu aku melihat Syikin dan Yati yang ‘Lena di Ulit Intan’ sedari tadi. Aku seorang yang masih terkebil-kebil melayan perasaan. Suasana blok sunyi sepi. Cuma sesekali terdengar derapan selipar menuju ke arah tandas. Mungkin masih ada yang belum tidur mengulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan akhir yang makin mendekat.

Masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata romantis dari Faizul tadi. Dia ingin menjadikan aku sebagai teman wanitanya! Sekaligus, dia ingin melamarku sebagai bakal isterinya dan ingin membawa aku bertemu kedua ibu bapanya. Masih terasa hangat tangannya yang menggenggam erat tanganku. Laaa…. Sudah…. Masalah… masalah… Macam mana nie…?? Aku dah bertunang…. Dulu, aku akui, aku ada juga menyimpan minat terhadapnya kerana sikapnya yang sering memanjakan dan mengambil berat tentangku, sikapnya yang seolah-olah sukakan aku, tetapi pandai mengawal perasaannya. Apapun, aku amat meminati cirri-ciri dalam dirinya yang bertanggungjawab, juga sabar dan mempunyai harga diri yang tinggi. Juga tidak gelojoh dalam menyatakan perasaan.
Aku kira, aku juga meminatinya di dalam diam. Tambahan pula dia hadir di saat hubungan aku dan Shahrul yang masih terumbang-ambing. Lagipun, Shahrul menyintai Suraya. Apa salahnya aku menyintai orang lain. Itu hak aku. Lagipun, layanan Shahrul yang dingin seolah menguatkan lagi perasaanku terhadap Faizul. Namun, aku tidak mahu perasan sendiri. Aku tidak mahu melayan perasaan. Aku cuba hindarkan perasaanku terhadapnya. Aku tidak mahu mengingkari keinginan orang tua kami yang mahu menyatukan kami. Entahlah…. Kini, di saat kasih antara aku dan Shahrul mulai berbunga, dia pula datang mencurah kasih dan merayu cinta. Aduh! Pening makcik pening….

Gambo²

Penulis² Alaf 21 dari kiri (yg kaler pink- lupa .. huhu.. sori), Lily Suriani (purple/lilac), kita, Kak Meen Zulaikha (merah) and Kak Anis Ayuni (biru)

with Kak Aisya Sofia and Kak Norzailina Nordin
-PICS DELETED-

with Kak Ramlah Rashid (Kak La) - kanan and Atiqah Farhana (kiri) -PICS DELETED-


Kat sini pulak aku tempek gambo masa makan² kt umah aku aritu la.. tak banyak gambo di ambik.. sket yo.. makanan pun tak hambek pongg.. :D



Antara yg hadir di umahku pada malam ittew... TQ so much... ;)


Make Over

Hehe... sambung lagi kesah dia 2 May plak... Lepas balik anta Kak Miah ke umah dia, aku rasa awal sangat nak balik umah... Lagipun kat humah sensorang jek.... So aku terus call Kak Hentan (Intan) nak gi umah dia.. sebab smlm (1 May) dia soh aku g umah dia... nak wat testimonial mekap dia... Skang dia tgh bajar Mekap Pengantin.... so nak try bega2 muka aku.... Biasa dia bega muka Kiki.... so... aku rasa aku nak tempek la gambo muka haku setelah dia mekapkan tuh... Sapa yg b'minat nak dapatkan khidmat dia.. bolehlah hubungi aku.... ekekek.. (cam agen la plak) wakakaka...

Errr.. apa pendapat korang eks..? Tak merah sangat ke..? Cam tepung gomak ke.. (kalo kak hentan tau neh... mau marah kat haku.. wakakka.. )

Hmm.. alang² dah tayang gambo ni kan.. wakakka... nak tempek ah dua tiga keping lagi... Thn lepas, aku penah gak beli barang SK11 kat Mid Valley, so dia pun ada la free makep gak n free gambo sekeping... so inilah hasil tambah bedak ngan mekap mata.... kening aku tak kasi toreh.. tapi yg kak hentan dia toreh gak aku nyer kening.. hampehs gas tul.. huhu...


-DELETED-

gambo yg atas tu, professional photographer yg hambik.. yg bawah tuh, guna hp aku masa tu jek, Innostream.. Masa mula² siap mekap... kawan haku yg hambek gambo neh....


Itu je le.. sekian...
(Segan plak letak gambo² neh. wakakka.. wat poyo je la eks... thee hehehe... )






Weh.. korang, haku hapdet neh weh.. ekekek...



Yeah yeah.. arini aku nak hapdet blogku yg hampir dah bersawang neh.. (tanak la mewarisi hatta menandingi kesawangan blog polis angkasa gaban tu la kan.. ekekeke).

Ok, citer pasai agenda cuti yang 5 hari aritu la ek… (lamanya... kekekek..) Yg sebenarnya cutiku banyak dihabiskan dirumah aje le yg sebenornya… 28-29 Apr’ 07. Kemas umah.. Ambik adik... Lepak².. Men games… Nonton TV.. Ari senin t/hari 30 Apr ‘07… aku kuar pi beli barang kat Mid Valley.. Sampai umah kul 3 pm aku siap² la masak tuk majlis makan² kecil kt humah aku tu… Smpai ke Maghrib gak la aku nak siapkan bihun goreng, maggi goreng, nugget dan sosej cocktail (pun goreng)… Serta bubur pulut hitam… Selain potong buah² pisang la.. Air sirap bercampur telur katak (biji selasih daa..) Hmm… almost 80% makanan yg ku sediakan tu.. berlemak serta tinggi kalorinyaa.. adesh la…. Nasib la korang ngan aku skali.. Kui kui.. Dari almost 10 ke 15 org yg aku panggey… 7 orang yg datang ok la kan… tapi makanan tetap berlebihan.. Tima kasih bebanyak pada yg sudi hadir.. ~jiang + kiki, isis, jms aka munge, capt. angkasa gabanz, tepungss jugak kak hentan… I lap u ols… Tapi ucapan selamat tu banyak gak la kan..sampai ke tongah malam… huhu.. aku semakin bertambah udah usia ku kan… Alhamdulillah..

Ok, next day plak… 1 May, sempena ari pekerja.. Aku ngan adik lepak umah lagi… T/hari Kiki msj cakap Red ajak pi Bkt Tinggi.. Malas pulak aku rasa.. lagipun dah nak ptg kan.. kul 1 t/hari baru plan… nak siap lagi nak gerak lagi nak kumpul jumpa² lagi.. kul bape sampai nak gerak kan… So kensel plan, lenkali la na.. (jgn mayah ha Red.. ) ;) Dalam kul 6 ptg lak aku g anta adik kat hostel dia kat IKM Kg. Pandan. Balik, singgah nak transfer duhet kat adik yg bajar kat Poli Ungku Omar. Aku naik eskelator je.. nampak ada satu mamat tuh senyum jek ke arah aku.. kat bakang dia aku pasan ada budak kecil.. Aku hengat dia senyum kat kawan dia kot yg mungkin ada kat bakang aku.. Aku menonong je le jalan sensorang.. Tiba2 mamat ada org tegur aku kt sebelah, t'gezut gak sbb laki tadi yg dok b'diri t'sengih di sebelahku... Aku wat derk je... Apahal Mamat neh..Ish.. Aku jalan je le menuju ke bank.. Dia ikut je... Macam2 dia tanya.. pastu dia tanya aku, apa dah ntah nama dia sebut.. Aku balas je la.. U silap org ni.. Sori.. (tatau dia mmg silap org atau sengaja wat camtu) Tapi.. aku p bank dia tggu aku. Lps aku settle keje aku dia ikut jugak.. Aku masuk Isetan dia pun ikut jugak.. ish...Layan je le sesikit dia borak.. Kan kata sombong plak..Pastu aku nak balik sbb dah kul 7.15 pm dah masa tu.. dia ikut aku sampai ke kereta.. siap nak masuk kete aku lagi.... isk.. naya btul... Aku tak takut sangat la sbb kebetulan kete yg aku parking dekat je ngan tempat cuci kete, papehal aku leh jerit arr... fikirku.. Dia mintak no phone plak... Adeh... Soh wat miscol.. hmm... biasa aku bagi no pun aku akan kosongkan no dia la.. cam gini la 01_ - 33_ 6_93 camtu la.. aku ni mmg jenis camni.. susah sket.. ekeke.... tapi t'paksa la.. pastu dia masuk lam kete aku.. Aku bukak je pintu sebelah aku... pastu leh dia tanya.. awak nampak takut je ni.. napa? boleh dia tanya kat aku macam tu... bodo punya soklan.. aku cakap la mmg la takut... saya tak kenal u.... kalo u buat apa2 kat saya.. kesian la kat saya.. dia diam jek.... at last aku t'paksa wat miscol kat dia n pastu aku cakap nak b'ansur dah.. dah 7.30pm.. nak balik solat Maghrib kt umah... Dia cakap tak puas borak... nasib baik dia kuar gak ar.... B'diri depan kete aku tu kt luar.. aku angkat tangan and angguk je kapla... pastu dia jalan naik tingkat atas la kot... Logo den.. Pastu esoknya dia call, n skang ni ada gak la sesekali dia call... Aku tgk mood, kalo ada dia call dua tiga kali tak angkat aku angkat la kali ke 4 tu... Erm, ekceli dia tu.. budak TLDM kot...Navy.. itu ajalah kesahnya..

2 May 2007, hari Rabu, last ari cuti.. Esok Khamis dah koje... Aku kuar p pesta buku kat pwtc ngan kak miah (opismate). Dia habis RM200 plus kot.. Aku lak dalam RM 100 ++ Adesh la.. makan pasir la nampak gayanya aku bulan neh.. ekekke.. :D sempat la pulak b'jumpa n berbual serta bergambar dengan few authors.. antaranya Kak Anis Ayuni, Kak Ramlah (tima kasih Kak La sbb bagi few tips utk saya sudahkan novel yg lama t'bengkalai neh) ;)
















Saturday, April 21, 2007

Bab 16

Tiga minggu telah berlalu semenjak peristiwa Farid, Budin dan Charina dulu. Namun sehingga hari ini tiada lagi gangguan dari pemuda berdua itu. Diam-diam Charina bersyukur. Semoga mereka tidak akan mengganggunya lagi! Seingatnya, dia telah menolak secara baik setiap kali Farid membicarakan pasal mereka. Farid seringkali datang menemuinya di kolej. Dia faham maksud Farid, namun dia melayan Farid sekadar teman biasa sahaja. Tiada keistimewaan langsung yang ditunjukkan.
Layanannya sama seperti layanan rakan-rakan lelaki sekolej yang lain. Dia sedar dia sudah terikat, meskipun pada mulanya layanan dari Shahrul amat dingin. Sehinggalah baru-baru ini sikap Shahrul terhadapnya mulai berubah. Charina bersyukur di atas perubahan itu. Walaupun perhubungan antara Shahrul dan Suraya masih erat, namun sekurang-kurangnya Shahrul mulai sedar akan kewujudannya dan juga dengan ikatan mereka. Charina sedar, bukan senang untuk Shahrul menangani masalah peribadinya itu. Dia tahu Shahrul memerlukan masa. Lagipun, jika Shahrul memilih untuk bersama Suraya, dia rela. Dia tidak mahu mengganggu-gugat perhubungan mereka yang sudah terjalin sekian lama. Dia tidak mahu digelar perampas, biarpun pertunangan mereka adalah atas kehendak keluarga Shahrul.
Ketukan di pintu bilik menyebabkan dia tersentak. Dia bangun dan bergegas ke pintu. Rupanya budak Cina bilik sebelah yang mengetuk kerana mahu membuat aduan kerosakan lampu meja study.
"Masuklah dulu.. takde orang pun." Pelawaku sambil berjalan mengambil buku catatan di atas meja tulisku. Buku nota kecil itu biasa aku gunakan untuk mencatat apa-apa aduan sebelumku bawa ke pejabat kolej.
"Tak mengapalah, saya nak pergi makan ni…" balas Poh Yee halus, dalam bahasa Melayu yang lancer. Dia senyum.
"Makan kat kafe ke?" Soalku berbahasa.
"Ya…" balasnya lagi dan berlalu.
Tidak lama selepas Poh Yee berlalu, Yati balik dari kelasnya. Ita pun ada sama.
"Aduh! Penatnya…." Ucap Yati sambil meletakkan beg kuliahnya di atas meja.
"Kak Linz tak balik lagi?" Soal Ita pula kepadaku.
"Belum. Kenapa?"
"Takda pa aih, saja ja tanya…" Jawab Ita pekat Kedah. "Takpa no.. Ita balik bilik dulu.. sat gi Ita mai balik ah…"
Aku angguk.
"Dah lama balik?" Soal Yati sambil menyalin baju.
"Sempat la berangan," jawabku ringkas. Senyum.
"Laa… pasal tak tepon saya dulu nak balik tadi, boleh Erin ambik…" tambahku lagi. Di dalam bilik ini hanya aku yang berkenderaan. Yati, Syikin dan Kak Linz hanya berjalan kaki ke kuliah. Adakalanya aku menghantar dan mengambil mereka jika sehaluan. Kerap kali juga aku menghantar dan mengambil jika ada kuliah di waktu malam.
"Takpa la, kelas kat fakulti hari ni.. dekat sikit…" balas Yati yang mengambil program Bacelor Sains Pembangunan Manusia. Dia adalah pelajar Fakulti Ekologi.
Aku angguk.
"Dah makan?"
Aku angguk. "Tadi beli kat Jas Kafe…"
"Saya makan ya…" kata Yati lalu duduk bersimpuh di lantai. Dia mengalas dengan surat khabar.
Aku angguk lagi. "Makan la.."
Sebentar kemudian Ita datang untuk makan bersama-sama. Aku berjalan ke tandas. Sekarang sudah pukul 2.00 petang. Zohor sudah masuk waktu dari tadi lagi. Niat di hati mahu mengambil wuduk. Kebetulan Zazila dan Mira ada sama . Kami bercakap-cakap sebentar sementara menunggu giliran mengambil wuduk. Ramai pulak orang hari ni….
Tiba di bilik Yati dan Ita sudah siap makan. Mereka keluar menuju ke tandas. Aku mencapai telekung yang di simpan di dalam almari yang aku kongsi bersama Syikin. Sebenarnya terdapat dua biji almari besar di setiap bilik di kolej ini. Aku berkongsi dengan Syikin sementara Kak Linz dengan Yati. Selepas siap bersolat, Syikin dan Kak Linz kembali hampir serentak. Syikin sampai dulu 2 minit lebih awal.
Aku melipat telekung dan sejadah.
"Haa.. Rin, nak tau… saya ada berita gempar ni tau…" Ujar Syikin memberi intro.
"Apa dia?" Aku menuju ke almari dan menyimpan telekung. Syikin duduk di kerusi meja tulisnya.
"Assalamualaikum…" Kak Linz muncul di pintu bilik dan membuka sandalnya.
"Waalaikum salam.." kami menjawab serentak. Kak Linz melangkah masuk.
"Ha Linz, saya ada cerita gempak tau…" ulang Syikin lagi.
"Apa dia?"
Syikin senyap seketika membuatkan kami tertunggu-tunggu.
"Apa diaaa?" Soal Kak Linz tidak sabar. Syikin senyum. Taktiknya untuk melengah-lengahkan hal itu telah berjaya.
"Berita ni mesti gempak gila aa, especially to Erin la…" tambahnya lagi meng'saspen'kan lagi keadaan.
"Ya la, apa dia… " aku pula bersuara.
"Nak tau…" dia berhenti.
"Tengok nie…" dia menghulur sebuah akhbar. Tribun Putra, akhbar rasmi milik UPM yang menceritakan kegiatan semasa UPM.
"Ya lah Tribun Putra ni, kenapa?" Soal Kak Linz pula hairan.
"Ya la Tribun Putra, tapi bukak la dulu… muka surat 11…" tambah Syikin lagi.
Kami pantas membelek ke muka sebelas.
"Eh, betul ke ni?" Soal Kak Linz terperanjat setelah membaca satu berita di ruang 9 dalam ruangan UPM sana-sini itu. Dia memandang ke arahku.
Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Entah, " sepatah jawapanku.
Aku sebenarnya turut terkejut, namun kejutanku itu tidaklah sebesar kejutan mereka berdua. Sekali lagi aku membaca laporan yang dikeluarkan oleh Tribun Putra itu.

20 Ogos 1999…, Seorang pelajar UPM telah didapati bersalah kerana di dapati cuba mencabul maruah seorang pelajar wanita di Taman Penyelidikan Universiti, di Bukit Ekspo baru-baru ini. Kedua pelajar berkenaan diberkas oleh pengawal keselamatan yang sedang bertugas dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.30 minit malam di satu kawasan yang gelap di kelilingi belukar. Pelajar berkenaan yang di kenali sebagai Tengku Farid Tengku Azman, 21 sementara pelajar perempuan yang enggan memberitahu namanya telah dijatuhkan hukuman digantung pengajian selama 3 semester…… ………………

Charina beristighfar beberapa kali. Tiba-tiba teringat ceritanya tiga minggu yang lalu. Diam-diam dia bersyukur kerana terselamat dari gangguan Farid. Sehingga kini tiada siapa yang mengetahuinya selain mereka berlima. Nampaknya Faizul benar-benar menepati janjinya untuk tidak memberitahu Kak Linz pasal hal itu.
"Haa, nasib baik Erin tak jadi mangsa dia…" Suara Kak Linz memecah keheningan.
"Ha ah, nasib baik… Dah lama dia tak datang sini kan?" Soal Syikin pula.
Aku mengangguk. Tapi saya hampir-hampir menjadi mangsanya, Kak Linz, Syikin…., ujarku dalam diam.
Yati muncul di muka pintu. Dia juga turut diberitahu berita itu dan mengucap beberapa kali.
"Padan dengan muka dia, kena gantung 3 sem… " ujar Yati.
"Tu lah, jahat sangat…" Syikin pula menyambung.
"Dahlah dah nak habis sem ni…," sambung Yati lagi.
"Haah, dah nak habis sem pulak tu…. Rugi je… Tak dapat lah ambik final…" celah Kak Linz pula.
Aku angguk.
"Tak sangka… budak-budak pandai camni pun berani buat perkara tak senonoh macam ni…. Harap akal saja pandai… tapi tak pakai…." Yati bersuara.
"Nak buat camna, depa pun ada nafsu…. Cuma tak pandai mengawalnya. Selagi bernama manusia, kita tak serik dari melakukan kesilapan, Yati… cuma cara kita menanganinya sahaja yang berbeza…" Sahut Kak Linz pula.
"Yalah, semua orang ada nafsu… tapi pandai-pandai la cover… Ni buat malukan nama universiti saja…. Nasib baik Tribun Putra ni tak dijual meluas di kawasan lain." Syikin pula menambah.
"Kalau dah gatal sangat, kahwin je la… Abis cerita…." Sambung Syikin lagi.
"Betul tak Erin?" Soal Syikin lagi.
Aku angguk.
"Eh, awak ni asyik dok angguk dari tadi lagi, tapi tak bersuara pun…" Yati terperasan dengan perangaiku.
Aku tersentak.
"Dah awak semua dah cakap semuanya, saya nak cakap apa lagi…" balasku.
"Apa yang saya nak cakapkan tu sama lah seperti yang awak semua cakap tadi…." Tambahku lagi.
"Ke… awak dah pernah ringan-ringan dengan budak Farid tu…" Syikin serkap jarang.
Sekali lagi aku tersentak.
"Hish, budak nih… Nau'zubillah…." Aku beristighfar. Meskipun aku pernah hampir dinodainya, namun untuk mengaku jauh sekali. Apatah lagi itu semua bukan atas kerelaanku. Biarlah ia menjadi kenangan yang amat pahit dalam lipatan sejarah hidupku.
"Haa, kalau tak pernah baguslah…" Ujar Kak Linz pula.
Semua angguk.
"Eh, saya tak sembahyang Zohor lagi la…" Suara Syikin.
"Saya pun…" Sambut Kak Linz setelah terleka dengan beita gempar dari Syikin tadi. Mereka bergegas ke tandas. Aku kembali bersiap untuk ke kuliah Organizational Behaviour pukul 4.00 petang nanti. Setelah siap aku mencapai beg kuliah dan kunci kereta. Aku singgah mengambil Anita di Blok Pelanduk yang berada di sebelah blokku sebelum memandu pantas ke Dewan Kuliah 2 yang berhadapan dengan Restoran UPM. Setelah mendapat parking kereta, kami berjalan pantas menuju ke kelas.

Errmm.... 9 days to GO...


Errmm... arini dah 21 hb. Apr.. senin depan dah 30hb... sombilan ari yo laie...
uwaaaa.. wa udah tuooo... hehehe tuo takpo, janji menten kiut kan..
wakakkaa.. dak dew poyo.......
ermm.. kalo ikutkan plan kapla haku la kan.. hengat nak wat makan2 le sket kat humah bujang haku tuh... kalo gaji dah bley la kan... err... korang free dak time tuh... 1hb. tu kan coti... aku masak simple je le... goreng tu goreng ni.. kukus ktu.. kukus neh... janji leh makan dak.. hehe... hang nak melalak kt humah aku pun bley... papo hal.. nnti den konpom kendian la yea.... tapi raso cam konpommm jek.. hihiihi....

ok.. cakap pasal dah makin tuo neh.... apo yo azam aku... utk peningkatan umurku ini..??
ermmmm... ermmmm... (pk jap la dulu... :D)
dapat nanti wa sambung balik... wakakaka..... :D :P

--->> cont. Dark Side of ur SigN ;)



Gemini (May 21 - Jun 21)
Your devil-may-care attitude sometimes could bring harm to yourself you
tend to live on the edge sometimes.
Many of you believe that you don't deserve success, somehow feeling guilty
for it.
You may give others too much of yourself sometimes that you lose yourself.

You may be prone to suppressing motions as well.
And at times that makes it difficult for you to accept affection and love.

Advice
Work at listening to others and don't be tempted to try daring devil stunts
all the time.
Try doing something for yourself and once in a while, in between, doing
favors for others.
You're human, after all.




Cancer (Jun 22 - Jul 22)
You can get carried away with emotions - your anger is overwhelming and
your sadness can depress all those around you.
You're also ultra-sensitive to other people's emotions and are affected by
these as well.
You tend to react before you think and then brood about what you may have
done or said wrong.
You are also prone to periods of morbidity, thinking dark thoughts.
Feelings of insecurity creep in now and then, making you snappish or else
you try to win the approval of everyone at your expense.

Advice

Accept that you are hypersensitive to emotions and work with yours.
Go with the flow and by doing the right thing, you set an example for
others.
Work with others and this will help build your confidence and open you up.




Leo (Jul 23 - Aug 22)
On the rare occasion you lose your temper, you can turn into a savage
beast.

You seem to need an audience as well, to help boost your confidence and
ego, sometimes.
Other times, you get caught up in the outward dramas of your life that you
neglect what you're feeling inside.
This results in a delayed reaction when emotions sneak up on you and you
get hit with a whammy.

You also tend to be proud and aggressive, cloaking these with your charm.
When things don't go your way, you get impatient and may even throw a
tantrum.

Advice
Learn to spend some time alone with yourself and get to know yourself
better.
Learn to experience your emotions at the moment; don't store them up for
another time.
Know that not all means justify the ends.




Virgo (Aug 23 - Sep 22)
You have a martyr complex, feeling that you were put on this earth to do
good work and not receive any credit for it.
You tend to be ultra critical of yourself and others and you also worry
about things that are beyond your control.
A little pessimistic sometimes, you tend to be an intellectual snob.
You bottle up all your insecurities and fears, and hesitate to reach out
for help.
And once in a while, you become a busybody that's when you also feel
responsible for other people's problems.

Advice
Modesty has its own limits - take credit for your efforts.
Give yourself a break and know that you do not have to be successful in
everything you do.
Keep focused and don't get tangled in other people's affairs too often.




Libra (Sep 23 - Oct 23)
Your inability to reach a decision in matters of personal action is
legendary.
You like to weigh all the alternatives and hear every side of an argument -
but this may take time and opportunities may pass you by because of it.
You also like to expand energy on people who may not deserve it you want to
help the underdog.
You are also sensitive to criticism and may take mild statements of fact
very personally.

Advice

Follow your instincts and act on them - stop sitting on fences.
Don't blindly trust people; learn to be a little more discriminating in
your offers of help.
Learn to think for yourself and don't be swayed by persuasive tongues.




Scorpio (Oct 24 - Nov 21)
You have a revengeful streak and a long memory for past hurts.
Sometimes you're downright spiteful.
When you suffer, you make sure others suffer along with you.
Sometimes, you may even use deception to get what you want and to influence
others to stay out of your way.
You may even believe these untruths and unrealistic fears will grow on you.

Once in a while, you may come across someone that just rubs you on the
wrong side for no apparent reason and you make it your mission to bury him
or her.

Advice
Flight the negative emotions that arise in you, and resentment will not
sour your life.
Don't give into temptation to tell lies, learn to conquer your strong
tendency towards revenge and things will fall into place for you.




Sagittarius (Nov 22 - Dec 21)
You've got a big mouth and unwittingly hurt an insult people with it.
You can even go to utter strangers and give unsolicited advice and
comments.

You also seem to enjoy verbal duels with others whenever you can.
You sure can make sore losers, even suspecting foul play if things don't go
your way.
You have a knack for confrontation and you can't resist being sarcastic.
You also don't think too much of many people, because you have mild
superiority complex.
Vanity is also a trait in many of you.

Advice
Learn with whom you can be frank otherwise keep your comments to yourself.
Discretion is the better part of valor.
Curb your cockiness, and you can combine it with your concern for serious
issues, aiding in your search for truth.





Monday, April 16, 2007

DARK SIDE OF OUR SIGN


Dark Side of your Zodiac Sign


Hehehe.... sebab aku sign mendalah lombuu ni.. aku letak lah Sign Taurus ni dulu....




bab2 dogil tuh.. mmg lah botul lah sangat.. Tapi... degil pun degil bermakna taw.. botompek bak kato orang tuo.. ekekek....... bacolah sendirik macam mano korang nyer ke'gelapan' kenegetifan kepangaian hangpa lak noo (kalo rajin nak baca la..) :D ..... aku boh hak ni je dulu..




hak len lain kali lak.... tungguuu.. (kalo rasa nak tunggu la..) hehehe..


Taurus (Apr 21 - May 20)




You are stubborn and like to hold onto things, not wanting to let go of anything or anyone. You are slow to anger, but when you do get a rage - everyone step aside! You also have a selfish streak and can be quite sneaky as well. And although people may see you as helpful and agreeable, you sometimes have an inner struggle wanting the approval of others while sticking to your own opinions. You also tend to be suspicious of others and question their motives.




Advice


Stop being mean and try to be nice. Learn to forgive and let go of your past disappointments. Learn from your mistakes and have faith in yourself and others as well.



Capricorn (Dec 22 - Jan 19)




You are rather materialistic and it is fueled by your fears of financial disaster. This makes you complain about monetary woes, irritating many with your obnoxious attitude. You can also be a social climber, manipulating your way up the ladder; name-dropping all the way to the top.
Once in a while, you'll have morbid thoughts about death something that scares you because you have no control over it. You tend to be obsessive about your mortality sometimes.



Advice
Stop worrying about losing money, and you'd rid yourself of unfounded nightmares. Stop manipulating others and you'll be free to concentrate on attaining your goals. Get rid of your phobias and you'll be able to relax more and enjoy yourself.


Aquarius (Jan 20 - Feb 18)



You tend to be too idealistic and naive sometimes. Practicality gets thrown out of the window by you many times. Cool and aloof, you rarely want to deal with deep emotions. You like to give advice but don't like to receive it. Ideas and inspirations that you sometimes neglect or follow through with them are constantly bombarding you. Or else you are constantly shifting focus, giving people the idea with no staying power.



Advice



Take time to explore your private feelings. Not all people see things your way. Just because you come up with ideas, don't expect other people to do all the work for you.


Learn to trust people and accept advice.





Pisces (Feb 19 - Mar 20)




You are an escapist - you have this knack of avoiding issues if they seem unpleasant. You delve into past memories to escape your present woes. There is also a tendency towards alcoholism and even drug abuse - you are on a search for some kind of 'high'. You also love to flirt and too much of it may send the wrong, dangerous signals out to other people. Once in a while, a dark mood will descend on you and you become rather unsociable and withdrawn.




Advice




Trust your instincts, but also be in control of your perceptions. Whenever the escapist tendency hits you, join a seminar or get a pep talk from a friend to get your perspective right.



Aries (Mar 21 - Apr 20)



A warrior at heart, you thrive on challenges and any strife and dramas, you are tempted to stir things up, just to keep yourself happy. You are also rather intolerant of mistakes and don't have patience for weakness or failings in others. Sometimes, you can be quite a snob as well you like to be seen at the right places or wear the right clothes.




You're also prone to bossiness. Your restless nature may make you quit a project suddenly if you can't sustain the interest.


Advice


Get off your high horse and pay your dues before people will accept you. Learn to be more tolerant of others and try to see the other person's side of the story. If you believe in what you do, you can move mountains.

~FifteeN~

Bab 15






Shahrul
datang sewaktu aku sedang berborak rancak dengan rakan-rakan sebilik dan beberapa orang lagi rakan searas yang sering melepak di bilikku. Sebenarnya bilikku ini sering menjadi port mereka melepak. Sama ada petang atau malam, bilikku sentiasa penuh di datangi tamu. Apatah lagi dengan tugasku sebagai AJK Kebajikan aras dua yang sentiasa didatangi rakan searas yang ingin mengadu masalah bilik mereka seperti kerosakan lampu, tingkap, kipas dan sebagainya. Selain itu, Kak Linz selaku senior yang dihormati. Dia dulu pernah menjawat Floorept sebelum meletak jawatan dari sebarang tugas meskipun menang dalam Pilihanraya Kolej bagi peringkat blok bagi jawatan SU Kebajikan Blok itu.
Syikin pula dihormati kerana dia merupakan antara pelajar yang paling tua di blok ini meskipun wajah dan perwatakannya yang masih keanak-anakan. Dia juga di kagumi kerana dia merupakan bekas pelajar luar negara, tetapi terpaksa balik kerana masalah kesihatan. Kesemua pelajar blok ini memanggilnya dengan nama Kak Syikin kecuali aku dan roomatesku. Ini kerana kami pada mulanya mengagak umurnya yang sebaya kami sewaktu awal pertemuan. Waktu itu, Kak Linz belum memasuki bilik itu lagi kerana senior datang lewat seminggu. Kami selaku pelajar yang baru mendaftar datang awal seminggu untuk mengikuti sesi orientasi. Namun setelah mengetahui umur sebenarnya, kami masih mengekalkan panggilan asal kerana sudah terbiasa memanggil Syikin.
Yati pula dikenali sebagai Yati Ganu kerana terdapat beberapa orang lagi bernama Yati di blok ini. Lagi pula, seramai tiga orang Yati yang turut menyertai ROTU bagi sesi pengambilan baru ini. Selain itu, perwatakan kami yang peramah, periang dan sekepala menyebabkan ahli-ahli blok yang lain terutamanya searas sering mencari kami sekiranya terdapat masalah.
Aku cepat-cepat bersiap. Mereka semua galak mengusikku.
"Dating…! dating…! " Mereka semua sepakat mengusik. Aku buat muka bodoh meskipun perasaan malu bersarang di hati. Namun sesekali menyengih.
"Mana aci dia nak gi dating…… Kita intai nak…" Ujar Syikin sambil disahut gelak ketawa dari Yati, Kak Linz, Ita, Kak Ina, Kak Lia, Jatt, Zazila dan Mira. Aku membuat muka selamba.
"Helleh, semalam pun dia gi dating…… Nak jelous kat orang pulak…." Usik Yati dan Kak Linz pada Syikin. Dia terdiam.
"Haa? Kak Syikin gi dating ngan sapa semalam?" Soal Kak Lia, Zazila dan Mira serentak. Rahsia Syikin berhubungan dengan Abang Hakimi itu hanya diketahui kami satu bilik sahaja. Aku gelak menyindir ke arah Syikin. Sengaja membakar hatinya. Dia buat muka bodoh.
"Mana ada Kak Syikin dating. Semalam Kak Syikin gi beli tiket nak balik Johor minggu depan la…." Dia berselindung.
“Ada orang tak nak mengakuuu….,” sambung Kak Linz lagi. Kak Linz., Yati dan Aku berpandangan sambil mengangkat kening dan tersenyum simpul. Aku memberus rambut ikalku yang mengurai melepasi bahu. Selepas itu aku mengoles nipis lipstik di bibirku. Siap! Setelah itu aku mengatur langkah menuju ke foyer meninggalkan mereka yang masih giat mengusik Syikin pula. Shahrul bangun dari kerusi menunggu setelah melihatku muncul. Aku berjalan ke arahnya. Aku teragak-agak untuk bersuara namun gembira memandangkan dia sudi ke mari berjumpaku. Inilah juga kali pertama dia ke mari berjumpaku semenjak kami bergelar tunangan di antara satu sama lain. Biasanya kami hanya bertemu secara kebetulan di fakulti atau di pasaraya.
Aku melemparkan senyuman ke arahnya sebelum memulakan bicara. Terdapat beberapa orang pelajar yang berada di foyer itu sedang menelefon. Nasiblah tiada yang aku kenali secara rapat.
"Kenapa nak jumpa saya?" Soalku padanya lembut.
"Hujan takde, ribut takde alih-alih nak jumpa…. Pelik tu…." Sambungku lagi bergurau.
Dia senyum kecil.
"Rindu…." Jawabnya turut bergurau. Aku terperanjat dengan jawapan dan layanannya terhadapku namun aku cuba mengawal dari menunjukkan reaksiku itu kepadanya.
"Ada hal la…" dia menambah ringkas.
Aku mengangguk, namun wajah tertanya-tanya.
"Nak bercakap kat mana?" Aku menyoal.
Dia diam seketika.
"Kita gi Kajang, nak?" Dia pula menyoalku.
Aku mengangkat bahu tanda tidak kisah.
"Boleh jugak…." Balasku akhirnya.
Dia senyum lagi. "Commelll…," ujarnya pula.
Aku sengih sambil berjalan mengekorinya. Benar juga kata Mamanya dulu, anak bujangnya ini baik orangnya namun aku memerlukan masa untuk mengenali hati budinya. Sebentar kemudian aku berhenti berjalan. Dia turut berhenti.
"Kenapa ni, ada masalah ke?" Soalnya padaku.
"Kita gi dengan kereta saya lah ya…" ucapku pula.
"Okay." Ringkas jawapannya.
Setelah itu kami beredar menuju ke arah kereta Kancilku yang berada di belakang blok. Setelah itu Shahrul memandu laju menuju ke Kajang. 20 minit kemudian kami tiba di Medan Selera Sate Kajang yang menempatkan beberapa buah gerai sate yang glamour di Malaysia ini, terutamanya Sate Haji Samuri.
Kami melangkah laju menuju ke arah meja yang masih kosong. Ramai pengunjung yang datang ke mari di hujung minggu ini. Aku memilih untuk duduk di bawah gerai payung yang agak redup. Shahrul duduk berhadapan denganku. Setelah mengambil order, pelayan terus pergi.
Kami sama-sama terdiam buat seketika. Aku menunggu bicara dari Shahrul kerana dia yang mempelawaku ke mari. Mestilah ada hal yang ingin dia bincangkan. Aku memerhati aksi orang ramai yang sedang enak menjamu selera. Aku perasan mata Shahrul sesekali merenungku tajam namun tidak aku endahkan. Aku memerhati seorang anak kecil dalam usia empat tahun yang sedang mencubit pinggang abangnya dalam usia enam tahun. Sesekali abangnya mengaduh kesakitan dan memukulnya perlahan. Setelah itu ibu mereka memarahi si abang kerana memukul si adik menyebabkan si abang mencebek mahu menangis. Aku yang memerhati adegan itu ketawa kecil. Kasihan si abang. Si adik yang mengusik tapi si abang pula yang dimarah. Aku mengulum senyum menyerlahkan kedua lesung pipit yang dalam di kedua pipiku.
Shahrul memerhati wajah manis Charina dalam diam.
Lawa! Pujinya dalam hati.
Tiba-tiba Charina berpaling seolah mengetahui Shahrul memuji kecantikannya. Senyumnya masih bersisa. Shahrul kalut sebentar, namun cuba disembunyikan.
"Ketawa kat siapa ni?" Soal Shahrul membuka bicara. Sebenarnya dia turut memerhati aksi kedua beradik tadi.
"Takde apalah. Aksi budak tu yang melucukan saya…." Jawab Charina disulami ketawa yang masih bersisa. Pandangannya dialihkan kepada keluarga tadi.
Shahrul mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan. Dia memerhati wajah bersih Charina. Tetap ceria seperti biasa. Tiada tanda dia menghadapi masalah! Shahrul bingung. Dia pasti, gadis shemalam adalah tunangnya itu. Sekali lagi dia merenung wajah ayu tunangnya yang berada berhadapan dengannya. Charina yang perasan akan gelagat Shahrul itu tetapi sengaja buat tidak tahu sambil terus memandang sekumpulan pemuda selang dua meja dari mereka.
Apo kono dongan tunang den nie aee..? Soal Charina dalam hatinya.
Konfius aku. Masuk kali ni dah empat kali dia renung aku! Getusnya dalam hati.
Dia berpaling ke arah Shahrul semula.
"Err, apahal awak nak jumpa saya?" Bicara Charina membuka tajuk perbualan setelah nampaknya Shahrul belum mahu membuka mulut.
Shahrul memandangnya. Senyum.
"Macam mana pelajaran. Okay?" Soal Shahrul pula.
Charina mengerutkan kening. Bertambah konfius.
Takkan datang sini semata-mata nak tanya pasal pelajaranku aje…..? Dia memandang wajah kacak Shahrul. Keningnya yang lebat terbentuk dan hidungnya yang mancung merupakan aset Shahrul memikat gadis. Matanya tajam memikat. Deep set eyes! Namun dia tahu Shahrul hanya setia kepada Suraya seorang sahaja.
"So far, okay la…." Charina tetap menjawab soalan Shahrul tadi.
"Penting jugak soalan awak ni yea…." Sambung Charina lagi, bergurau plus menyindir.
Shahrul terbatuk. Keningnya diangkat sebelah. Matanya mencerun. Dia memahami sindiran Charina tadi. Jauh-jauh datang semata-mata menyoal pasal pelajaran. Tak logik langsung! Macamlah dekat UPM nun takde tempat untuk dia bersoal soalan itu. Selama ini mereka tidak pernah bertegur sapa apatah lagi keluar berdua! Tiba-tiba keluar semata untuk menanyakan soal pelajaran. Ish…. Dalam diam dia senyum. Mengakui ketajaman fikiran Charina.
Dia baru membuka mulut untuk menyoal peristiwa semalam apabila tiba-tiba seorang pelayan datang membawa air minuman dan kemudian datang pula seorang lagi pelayan membawa sate yang dipesan. Setelah itu mereka berlalu.
Charina menghulurkan milo ais kepadanya dan meletakkan orange juice di hadapan dirinya sendiri. Kemudian dia menyenduk kuah sate dan sambal lalu menghulurkan kepadanya. Shahrul menyambut. Setelah itu Charina menyenduk untuk dirinya pula.
"Makan la…" Suara Shahrul setelah semuanya siap. Setelah itu mereka menikmati hidangan sate itu. Setelah habis tiga cucuk, dia kembali membuka mulut.
"Erin, semalam Erin gi mana?" Soal Shahrul tiba-tiba membuka bicara.
Charina berhenti makan dan memandang Shahrul. Fikirannya berputar ligat. Semalam dia ke PD. Jangan-jangan…..
"Err, semalam Erin gi jalan kat Sunway Piramid….," pantas dia menjawab. Hatinya gementar. Mungkin Shahrul ada melihatnya sewaktu mereka melalui kawasan pantai yang ramai orang semalam. Mungkin dia ada bersama Suraya semalam…
"Jalan-jalan jer.. tak beli apa pun….. " Charina menambah. Dia berlagak selamba. Bukan niatnya untuk menipu Shahrul, tapi sekiranya Shahrul mengetahui rakan sekolejnya cuba mencerobohi tunangnya semalam pasti kalut satu kolej dan seterusnya satu Universiti. Dan akhirnya namanya sendiri yang tercemar! Ini yang ingin dia hindari. Dia nekad untuk menyembunyikan rahsia itu dari semua orang.
"Betul nie….?" Soal Shahrul meragui kata-kata Charina.
Charina mengangguk.
"Betul!" Jawabnya tegas.
"Awak pergi sorang diri?"
Charina mengangguk. Semalam pun dia membuat helah yang sama kepada rakan sebiliknya cuma kepada mereka dia mengatakan seorang rakan dari kolej KMR yang datang secara tiba-tiba mengajaknya ke sana, sehinggakan nasinya pun tidak sempat dimakan. Nasib baik mereka tidak bersoal jawab panjang.
Shahrul terdiam. Fikirannya memutar kembali wajah gadis yang dilihatnya semalam.
"Betul nie?" Soalnya lagi. "Awak tak tipu…?" Duganya lagi.
"Betul…." Charina tetap berkeras. "Kenapa ni, ada apa?" Soalnya lagi berlakon.
Mungkin Shahrul nampak dia semalam. Hatinya mengecut. Macam mana kalau Shahrul tidak percaya? Matilah aku! Dia tidak dapat membayangkan jika Shahrul masih berkeras menyoalnya soalan tadi.
Shahrul kelihatan berfikir sebentar.
"Takpelah, mungkin saya salah lihat…." Suaranya perlahan sambil menyambung makan. Kemudian dia meneguk air milonya. Darah Charina terasa meluru ke mukanya.
"Lihat sapa…?" Soalnya ingin mencungkil.
Sekali lagi Shahrul meneguk airnya.
"Semalam saya rasa saya melihat awak dalam sebuah kereta Wira mengekori sebuah kereta polis di PD." Terang Shahrul panjang lebar. Diam seketika.
"Tapi… mungkin mata saya silap.." sambungnya lagi perlahan seolah bercakap pada dirinya sendiri.
Hati Charina berdebar kencang namun dia cuba berlagak selamba. Dia melindunginya dengan tunduk mengacau air jus orennya berkali-kali sambil menarik nafas perlahan. Moga-moga Shahrul tidak perasan! Doanya di dalam hati.
"Takpalah… mungkin saya silap…" suaranya lagi. Dia berfikir-fikir seketika.
"…tapi, saya rasa lelaki yang memandu Wira semalam tu kawan awak yang kita jumpa di X-tra hari tu…," Sambungnya pula. Charina tersentak.
Pulak dah…!! Tak habis lagi…..
Mampusss akuu….., rintihnya dalam hati.
Shahrul memandangnya tepat. Mencari jawapan. Charina serba-salah.
Apa aku nak jawab nih? Fikirannya berputar ligat mencari helah.
"Mungkin orang lain tak…." Charina menjawab pendek. Mencipta helah.
"Tapi mukanya mirip wajah kawan awak tu… sapa namanya tu, Faizul ya…?" Rupanya dia masih mengingati nama Faizul. Rasa cemburu menyelinap di hatinya.
Aku mengangguk.
"Faizul Azlani." Aku menambah nama belakang pemuda berumur 24 tahun itu.
Shahrul angguk.
"Mungkin jugak dia… manalah saya tahu sebab saya takde kat situ…. Tapi perempuan tu bukan saya… Awak yang silap tengok kot." Ucap Charina mencipta helah, berlagak seolah dia tidak mengetahui apa-apa. Dia mengelus-elus rambutnya yang terurai melepasi bahu.
Shahrul berfikir seketika. Mungkin juga…. Mungkin juga sebab wajah Charina sering bertamu di matanya sejak akhir-akhir ini menyebabkan perempuan yang dipandangnya itu dikelabui oleh wajah Charina.
Dia mengangguk-angguk seketika.
"Yalah kot…." akuinya sambil tersengih. Dia malu untuk memberitahu Charina bahawa wajahnya sering menghantui fikirannya sejak akhir-akhir ini. Entah-entah budak ni gunakan ubat kenakan aku kot …. , fikirannya menakal sebentar.
"Awak pakai ubat ke?" Soalnya tiba-tiba. Apa yang difikirkan terluah tiba-tiba tanpa disedarinya.
"Apa?" Soal Charina terperanjat.
"Apa apanya?" Soal Shahrul kembali kepada Charina.
"Awak cakap pasal ubat tadi…." Jelas Charina pula.
"Ubat? Ohh….!" Laa… terlepas cakap plak. Ingatkan cakap dalam hati tadi. Ish…
"Ubat apa?" Soal Charina lagi.
"Takde, kawan saya sakit. Dia suruh belikan ubat. Tolong ingatkan saya nanti balik ya. Nak singgah farmasi sekejap." Shahrul berdalih.
"Ooo, begitu… ingatkan ubat apa tadi…," balas Charina. "Sakit apa?"
"Sakit orang perempuan…." Shahrul tersengih.
"Gatal! Orang tanya serius ni…."
"Okay.. okay… serius ni," Shahrul mempamerkan raut serius. "… Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika…." Dia senyum.
"Waa.. jauh tu kena gi beli tu…. Kena gi Afrika nampaknya ni…." Balas Charina pula berlawak.
Mereka sama-sama ketawa. Kemudian mengingatkan inilah pertama kali mereka bergurau senda penuh mesra sebegitu, kedua-duanya serentak terdiam. Melihatkan kebetulan itu mereka tersenyum sendiri akhirnya.
"Okaylah, Insya Allah…. Nanti saya ingatkan."Ucap Charina sejurus itu.
Shahrul mengangguk.
Saya tipu jer la….., hati kecil Shahrul berkata-kata. Dia meneguk air. Setelah itu menghabiskan cucuk terakhir sate. Charina sekadar memerhati.
"Kita bayar ya…" soal Shahrul setelah semuanya selesai.
Charina mengangguk. "Bayar la…."
Shahrul mengangkat tangan memanggil pelayan untuk membayar. Kebetulan brader yang berbaju belang bertopi merah itu sedang memandang ke arah ini. Dia terus berjalan ke mari. Setelah siap mereka kembali ke kereta. Setelah itu Shahrul memandu balik ke Serdang. Sampai di persimpangan lampu isyarat menuju UPM, Charina mengingatkan pasal ubat tadi.
"Haa… nasib baik Erin ingatkan, Abang lupa tadi…" ujar Shahrul ringkas. Dia memandu terus menghala ke Seri Serdang melalui lampu isyarat yang sedang hijau itu.
Erk, Abang??!
Shahrul dan Charina sama-sama terkejut dengan kata-katanya tadi. Meskipun agak malu dengan katanya tadi, namun Shahrul selambakan mukanya sambil bersiul rancak. Mungkin ini bermakna hatinya sudah mulai menerima diri Charina…., fikirnya sendiri. Dan dalam masa yang sama Charina turut berpendapat demikian. Mereka senyum sendiri akhirnya. Lama mereka terdiam sebelum sekali lagi Shahrul bertanyakan soalan awal mereka tadi.
"Betul Erin tak gi PD semalam ni?"
Charina berpaling ke arahnya dan mengangguk. "Betul…." Sambungnya meyakinkan anggukannya tadi. Sekali lagi hatinya kalut sebentar.
"Takde, Abang takut Erin ada menghadapi apa-apa masalah saja… " terangnya tanpa dipinta. Charina mengangguk.
"Kalau ada apa-apa tu, beritahulah Abang … Jangan segan….." sambungnya lagi.
Sekali lagi Charina mengangguk. "Yalah…" Angguk lagi. Senyum.
"Macam tu lah tunang Abang…" senyum meleret.
Charina turut senyum. Dia merasa bahagia memandangkan sikap Shahrul padanya telah berubah. Nampaknya dia sudah dapat menerima kehadiran aku sebagai tunangannya…., bisik Charina sendiri. Dan dah membahasakan dirinya sebagai Abang pun.….
Allhamdulillah….
Sekilas dia memandang Shahrul yang leka memandu. Namun dalam diam dia merasa bersalah kerana berbohong kepada Shahrul. Dalam diam Charina mengakui dia masih terasa agak ketakutan mengenangkan kisah semalam. Masih terasa tangan kasar Farid menyentuh dan merabanya. Masih terasa cengkaman tangan sasa Farid di pipinya. Dan juga ciuman Farid di mukanya……. Dia memejam mata. Ingin dia lemparkan semua ingatannya, namun dia gagal. Dia sedar, selagi dia masih bernyawa, ingatan itu tetap kekal di ingatannya sebagai lipatan memori. Betul kata-kata Azmi semalam, nasib baik mereka cepat sampai kalau tak… entahlah apa yang akan berlaku kepadanya… Dalam diam dia mengeluh.
"Kenapa Erin…?" Suara Shahrul yang menyoalnya mengembalikan dia ke alam nyata.
"Kenapa mengeluh ni…?" Soalnya lagi ingin tahu.
"Takde apa-apa." Geleng kepala.
"Masakan takde apa-apa boleh mengeluh…" duga Shahrul pula.
"Takde… cuma risau dengan result Intermediate Accounting baru-baru ni je…" Charina mencari helah.
"Ooo…. Macam mana hari tu, okay tak menjawab?" Soal Shahrul lagi prihatin.
"Okaylah… tapi risau gak ni… satu soalan tu Erin terlupa jawab, lepas habis baru Erin sedar. Ish…!" Jujur dia menjawab. Namun bukan itu yang dia fikirkan tadi.
"Soalan besar ke soalan kecil?" Soal Shahrul lagi.
"Soalan kecil…"
"Hah, kalau camtu banyak can lagi la nak lulus…."
"Yalah, tapi entah yang lain tu betul ke tak…."
"Sebab tulah dia dinamakan test… ujian.. Sebab dia nak uji minda kita… Reti..?"
"Saya faham, cikgu…." Jawab Charina.
Mereka ketawa.
"Yalah, cikgu pun cikgulah…." Balas Shahrul.
Dia membelok kereta menghala ke kanan dan berhenti di sebuah farmasi di situ. Selepas meletakkan kereta di tepi jalan, dia keluar.
"Erin tunggu sini ya…" pesannya.
Charina mengangguk.
Shahrul berjalan menuju ke farmasi dan membuka pintu kacanya.
"Kopaklah duit akuuu….." ujarnya perlahan kepada diri sendiri. Dia senyum. Takpelah, nak cover line punya pasal duit dia melayang dalam RM 7.50 kerana membeli ubat batuk seperti yang diberi alasan tadi kepada Charina. Setelah selesai dia kembali ke kereta.
"Dah beli dah?" soal Charina.
"Dah!" Sambil menunjukkan ubat batuk itu kepada Charina.
"Ooo… tak lah jauh sangat nak membelinya… tak lah sampai Afrika nun…" Charina berlucu.
"Haa, yalah tu…" Ujar Shahrul sambil memasukkan gear dan menekan pedal minyak kereta. Kereta meluncur laju. Dalam 7 minit kemudian mereka sampai di kolej Charina. Selepas mengucapkan terima kasih dan jaga diri, Shahrul pun beredar.
"Shah…. Eerr.. Abang…" Panggil Charina dari belakang.
Dia berpaling.
"Terima kasih…." Terputus kata-kata Charina.
Shahrul mengerutkan dahi tanda tidak faham.
"Pasal belanja hari ni…"
"Oh…"
"…dan… pasal bunga hari tu…" sambung Charina lagi. Menduga sebenarnya. Dia tunduk.
Shahrul senyum dan mengangguk.
"Abang balik dulu…" ujarnya dan terus menyambung langkah gagah.
Charina mengangguk. Dia berdiri di situ melihat Shahrul menuju ke TZMnya sehinggalah bayang Shahrul lenyap ditelan kegelapan malam. Setelah itu dia berlalu ke biliknya sendiri.